BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
"Abang, jangan tinggalkan sayang. Abang... Abang!!" serta merta Laura tersedar. Dia melihat sekeliling. Dia di hospital. Mata Laura melihat Darren yang mendekatinya.
"Laura tak apa-apa?" soal Darren.
"Mana suami Laura, abang?" soal Laura. Darren terdiam.
"Abang! Mana Rain?" soal Laura yang sudah hilang kawalan.
"Sabar, Laura. Baby tu." tegur Darren. Laura mula bertenang kerana memikirkan nasib anaknya.
"Mana Rain?" soal Laura sekali lagi. Darren menggeleng lemah dengan wajah yang sedih.
"Tak... Tak mungkin. Dia dah janji dengan Laura yang dia akan balik. Tak boleh! Laura nak suami Laura!" Laura mula memecahkan pasu bunga.
"Laura!" Darren memanggil Laura kuat. Laura menggeleng.
"Biar Laura mati sahaja. Suami Laura dah mati. Laura banyak dosa dengan dia! Biarkan Laura mati!" Darren terus memeluk tubuh adik kandungnya erat. Dia perlukan menenangkan adiknya.
"Shh... Jangan macam ni, Laura. Rain mesti tak suka kalau Laura macam ni." ujar Darren. Laura menangis dipelukkan Darren.
"Isk... Isk... Rain dah tinggalkan Laura... Rain tak boleh mati abang... Dia janji, dia dah janji... Dia bukan jenis mungkir janji... Isk isk..." air mata Laura diseka oleh Darren.
"Isk... Isk... Laura nak suami Laura... Dia tak boleh mati..." ujar Laura.
"Sabar, Laura. Ini ujian untuk Laura." ujar Darren. Laura menggeleng. Tangisan semakin kuat. Perasaan sedih. Marah. Dan penyesalan.
Itulah yang dia rasakan sekarang ini. Dia sudah terlambat untuk memohon keampunan pada suaminya itu. Dia jatuh pengsan didakapan Darren.
KAKINYA melangkah mendekati tanah perkuburan Islam. Ketika ini dia sangat lemah untuk berhadapan dengan semua ini. Tapi dia perlu kuat. Kuat untuk menghadapi ujian ini. Dia berserah kepada Allah SWT kerana dia yang menentukan segalanya.
"Assalammualaikum, abang... Abang, apa khabar? Sihat?" soal Laura. Air matanya yang membanjiri pipinya diseka. Batu nisan terukir nama suaminya dipandang sayu.
RAIN LEO DE CLERQ
20 MAC 1995 - 7 NOVEMBER 2022"Sayang dengan baby sihat je." Kedengaran sayu sahaja kata-kata yang ditutur oleh Laura. Kali ini dia merasakan sangat terpukul. Kerana dia kehilangan lelaki yang amat dicintainya. Lelaki pertama yang membuat dia jatuh cinta. Dan lelaki itu ialah Rain.
"Sayang janji... Sayang akan jaga anak kita, abang. Walaupun abang tiada disisi sayang. Tapi sayang akan cuba kuat demi anak kita. Ini bukti cinta kita, abang. Abang berehatlah disana. Abang dah terlalu banyak berkorban nyawa untuk sayang. Terima kasih, abang atas semua kasih sayang abang. Sayang minta maaf sebab banyak buat dosa dengan abang sebelum ini. Sayang ego abang. Betul cakap, Rayyan. Jangan tunggu menyesal baru nak memohon maaf. Kerana ketika kata maaf dituturkan, tidak bermakna lagi untuk orang yang sudah meninggal." Laura mengusap tanah itu perlahan.
Dia membaca surah yassin untuk suaminya. Setelah itu dia tersenyum. Dia mengucup batu nisan itu. Dia redha. Inilah takdir hidupnya. Allah memulangkan dia kembali kepadanya untuk memberikan bahagia. Dan Allah mengambilnya kembali demi memberi pengajaran.
"Abang jaga diri. Sayang pergi dulu. Assalammualaikum abang. Abanglah cinta hati Laura selama-lamanya. Selamat tinggal, kekasih terakhirku." ujar Laura dan meninggalkan tanah perkuburan itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
GADIS IGAUAN KING [C]
Storie d'amore𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1 Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan. Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...