1

65 4 2
                                    

RESTORAN KENANGA kelihatan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk mengisi perut. Deretan lauk yang diletakkan di atas meja amat menyelerakan. Semua pekerja-pekerja pejabat keluar serentak untuk makan tengah hari, menjadikan semua orang berebut-rebut memilih lauk kegemaran mereka. Seolah-olah lauk yang berbagai jenis itu akan habis.

Aku menggeleng-geleng kepala melihat aksi manusia-manusia yang sedang berebut makanan ini. Aku dan Silmi segera melolosksn diri antara celahan manusia, menuju ke arah bilik yang berhawa dingin dan bertutup.

Kalau tak disebabkan tugasan pertama yang diarahkan oleh Puan Rara setelah aku diterima bekerja di syarikat Akhbar Harian, tak mahunya aku ke sini. Aku fikir, mungkin di restoran akan ada bahan untuk aku persembahkan kepada Puan Rara apabila aku balik ke pejabat petang nanti. Masa semakin suntuk. Aku perlu mencari bahan dengan segera.

"Eh Ainul. Sure ke ada bahan yang boleh dijadikan berita kat sini?" tanya Silmi, jurukamera yang diarahkan oleh Puan Rara untuk mengikutiku hari ini.

Aku segera menolak pintu gelangsar untuk masuk. Lalu ditutup oleh Silmi yang membuntutiku. Ah, ramai juga di sini, keluh hatiku. Mataku melingkas mencari tempat duduk.

"Kita lunch aje kat sini dulu boleh? Aku lapar ni. Kalau tak ada apa yang menarik, kita cari kat tempat lain pulak."

Silmi mengangguk. Aku akui, tak mudah untuk mencari bahan berita. Aku hampir berputus asa, namun segera bayangan ibu tua di kampung menerjah tubir mata. Janjiku untuk membantu ibu, kembali menguatkan semangatku.

Aku segera menuju ke tempat yang masih kosong. Leganya dapat melabuhkan punggung setelah penat berjalan mencari bahan berita. Mataku tajam memerhati gelagat orang ramai dari dalam bilik berkaca sementara Silmi leka dengan kameranya.

Tak sanggup rasanya untuk memilih lauk pada ketika semua orang berebut-rebut tekak terlehih dulu. Paling lewat pun, jam 2 petang nanti, mereka semua terpaksa beransur pulang ke pejabat. Pada ketika itu, aku akan dapat menikmati makan tengah hari dengan tenang tanpa perlu berasak-asak.

Jam 2:15 petang, suasana di dalam restoran beransur lengang. Setelah memilih lauk, aku dan Silmi mula mengisi perut yang telah lama berkeroncong. Hanya tinggal aku dan Silmi yang masih menjamu selera di dalam ruang berhawa dingin. Baru beberapa suap nasi memasuki kerongkong, aku dan Silmi dikejutkan dengan bunyi pintu gelangsar dibuka dengan kasar. Mataku tertancap ke arah datangnya bunyi itu. Dua orang lelaki berbadan sasa sedang menuju kearah ku dan Silmi.

"Kau berdua, sila pindah ke ruang luat sekarang". Salah seorang lelaki bersuara, memandang tajam kearah kami berdua.

"Kenapa pulak?" Aku membalas pandangan lelaki tersebut.

"Eh, jangan banyak tanya boleh tak?" Lelaki itu mula menumbuk meja. Terjongket bahuku terkejut dengan tindakan mereka yang sungguhlah kurang sopan.

"Yalah, kenapa pulak nak berpindah-randah"? Tak baik tau, tengah makan pindah-pindah tempat. Nanti apa tu orang cakap, laki banyak? Ha, macam tulah lebih kurang." Aku cuba berlembut kali ni.

Silmi menolak kakiku di bawah meja. Membuat isyarat mata agar kami menurut saja kehendak mereka. Ish, perempuan ni, nampak ganas tapi penakut juga rupanya.

"Tak faham bahasa ke? Pindah sajalah." Lelaki yang seorang lagi mula mencekak pinggang. Dia menarik kerusi dengan kasar. Sebelah kakinya diletakkan di atas meja.

"Okey, kami akan angkut pinggan kami dan pindah makan kat luar. Tapi saya nak tahu dulu kenapa." Aku buat-buat berani untuk memandangkan restoran ini adalah tempat awam. Ramai orang lagi di luar untukku meminta pertolongan jika mereka bertindak di luar jangkaan.

Seketika kemudian, muncul beberapa orang lelaki menuju ke arah kami. Aku menarik nafas lega. Ada juga lelaki budiman sudi tolong kami, bisikku dalam hati. Sempat aku melemparkan senyuman mengejek ke arah samseng berdua tadi.

"Bos!" Kedua lelaki samseng tadi menunduk tanda hormat ke arah salah seorang lelaki yang semakin menghampiri.

Aku melongo. Geng ke? Aduh, matilah aku. Mencerlang mata Silmi memandangku.

"Kenapa ada lagi makhluk-makhluk asing kat sini, Bob?"

Oh, ini bosnya. Alahai kecik molek orangnya. Cute. Tak sesuai langsung. Aku menekup mulut menahan tawa. Cis, makhluk asing digelarnya aku dan Silmi. Seenak mulut dia jer nak panggil orang camtu.

"Amboi, suka hati jer panggil orang macam tu." Aku membebel sendirian.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Apr 13, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Cinta Encik SeramaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang