[3 AMANAH]
Pagiku, cerahku
Matahari bersinar
Kugendong tas merahku
Di pundakSelamat pagi semua
Kunantikan dirimu
Di depan kelasmu
Menantikan kamiGuruku tersayang
Guru tercinta
Tanpamu, apa jadinya akuTak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku, terima kasihkuNakalnya diriku
Kadang buatmu marah
Namun segala maaf
Kau berikanGuruku tersayang
Guru tercinta
Tanpamu, apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku, terima kasihku"TERIMA KASIH CIKGU!" ucap pelajar-pelajar yang telah mempersembahkan persembahan terbaik mereka.
Semua pelajar telah berkumpul di dewan terbuka sekolah bagi meraikan hari guru dengan meriahnya. Dewan terbuka itu dihiasi dengan cantik sekali. Membuatkan mata-mata guru dan pelajar terpesona melihat keindahan hiasan yang telah dihias oleh beberapa pelajar dan guru.
Beberapa pelajar telah cuba sehabis baik untuk persembahan hari guru. Ada yang menyanyi, ada yang lakonkan sketsa, dan ada juga yang berpatun serta bersajak.
Guru-guru juga ada yang turut mempersembahkan bakat dalam nyanyian dan lakonan. Sungguh mengasyikkan.
Tidak dilupakan pelajar-pelajar yang telah menyertai pertandingan seperti poster hari guru, melukis dan mewarna, sajak mahupun pantun, dan bercerita. Sangat hebat bakat pelajar-pelajar yang telah sertai. Mengagumkan!
Tetapi berbeza pada tahun tersebut. Pelajar tingkatan 3 telah pun, merekakan sebuah permainan khas untuk guru-guru. Permainan baling selipar, baling gelung dalam botol, bowling, tiup belon sampai pecah dan perlu melakonkan watak Sarimah dan Tukang Jahit dari filem Ali Baba Bujang Lapok.
Namun, pelajar 3 Amanah telah mereka sesuatu yang membuatkan bukan sahaja pelajar malah guru juga boleh sertai. 3 Amanah telahpun menukarkan dari kelas 3 Amanah kepada seram bilik darjah. Dari luar boleh nampak kelas 3 Amanah sudah bertukar. Bilik darjah itu amat gelap dan menakutkan!
Seminggu sebelum Hari Guru
"Hari guru dah dekat! Tak tau nak bagi apa pada cikgu," ucap Nadia. Pelajar 3 Amanah sedang makan di dalam kelas. Bau makanan yang mereka beli di kantin memenuhi kelas 3 Amanah.
"Nak tak, kita buat apa yang senior sebelum kita pernah buat?" tanya Puteri.
"Buat apa?" Syakur memandang Puteri setelah membuang plastik sampah makanan yang dia beli di tong sampah di belakang kelas.
"Aku ingat lagi, masa tingkatan satu, aku dan Qaira selalu pergi ke bilik Cikgu Aliza. Ada satu event ni, ada senior tingkatan lima buat seram bilik darjah. Masa tu kita darjah 5 atau 6. Kira senior sebelum-sebelum ni la," kata Puteri.
"Nak buat ke?" tanya Najah. Puteri hanya angkat bahu.
"Jangan tiba-tiba ada lebih seorang dalam kelas kita sudah lah!" ucap Najah sekali lagi. Puteri memandang ke arah Najah lalu tersenyum apabila dia mengerti maksud Najah.
"Tiba-tiba ada Haruto dalam kelas ni, eh-" kata Puteri lalu tergelak kecil.
"Tak apa, Haruto handsome," kata Qaira membuatkan Najah angguk kepala tanda setuju.

YOU ARE READING
2A 2K20 & 3A 2K21/2K22
DiversosAnuck" 2A 2020 Anuck" 3A 2021-2022 (Sampai 28 Feb 2022) See you all again✨