holiday

21 5 0
                                    

Krys berhenti berfikir lalu tidur di atas katil

Krys mengambil keputusan untuk tidak menghadiri kelas tambahan kerana kepenatan

Sementara itu di dalam kelas

"Ada kerja ke? Aku tak ingat pun" Chan menarik buku yang digunakan oleh Mark

"Aku ulangkaji je." -Mark

"Rajin ek." -Chan

Kelas mereka kedengaran seperti sebuah zoo walaupun hanya mempunyai 28 orang pelajar

Kembali kepada Krys

Krys bangun dari tidur kemudian bersiap untuk makan malam

"Malamni makan apa?" Krys duduk di atas kerusi tepi Ara

"Entah, dorang tak hidang lagi." -Ara

Makanan telah pun dihidangkan. Ruang makan itu kedengaran seperti pasar kerana suara mereka

Selepas makan, mereka pulang ke dorm dan bebas melakukan apa sahaja

Krys dan Ara mengemas beg kerana mereka dapat pulang ke rumah masing-masing pada hari esok

Selepas selesai mengemas, mereka pergi ke atas katil lalu tidur

Next day

Mereka bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Ara dan Krys keluar dari dorm bersama-sama.

Semasa turun dari bangunan

Tangan Ara terasa seperti ditarik, Ara menoleh ke belakang lalu tersedar bahawa Fiq sedang menarik tangannya

"Janganla balik lagi." Fiq meminta sambil memandang Ara dengan matanya yang bulat

"Oke." -Ara

Krys yang sudah terbiasa dengan situasi begini meneruskan perjalanannya keluar dari kawasan itu

Krys masuk ke dalam kereta lalu dibawa pulang ke rumah

4 jam telah berlalu, Krys menerima pemberitahuan mesej dari sebuah group chat yang disertai oleh Han, Rin, Fiq, Ara, Chan, Chu, Nish dan Krys

Mesej:

Chan
Lepak taman jom

Fiq
Bole je

Rin
Jom

Nish
Boleh, kau belanja aku makan

Ara
Bole la

Chu
Belanja stabak banh

Krys
Jom a

Mereka bertemu di taman tempat Fiq dan Ara kantoi mempunyai hubungan

"Kau ingat ak tempat ni?" Chan mengusik Fiq

Fiq yang sedang bermain rambut Ara merasa terganggu

Sementara itu, Chu baru sahaja sampai di taman dengan tangan yang sedang memegang plastik penuh makanan

"Nah sorang satu." Chu menghulurkan makanan sepadan semua

Ternyata Chu lambat kerana dia pergi membeli makanan di kedai

"Nak buat ape je?" -Ara

"Pargoy jom, post kat tiktok." -Nish

Semua ketawa mendengar kata-kata Nish

"Aku ajak lepas sini sebab nak bincang, nak tak kita gi holidays. Alang-alang cuti lama." Chan mengajak mereka

"Boleh kami ikut skali?" Suara seorang perempuan didengari oleh mereka

Rupanya itu hanya Rin dan Han yang mahu menyertai percutian mereka

"Boleh je." -Chan

"Psst. Mesti jadi cam honeymoon kan nanti, pastu kita jadi kanak-kanak riang tengok Didi kat bilik sebelah." Krys membisik kepada Nish

Nish berusaha menahan tawa

"Gempak ni, tiga couple ada." -Nish

"Hari Sabtu ni kita gerak." -Chan

• Sabtu

Mereka telah sampai ke lapangan terbang lalu mendaftarkan diri. Mereka pergi ke kedai yang berada di dalam lapangan terbang untuk membeli makanan selepas mendaftar.

"Aku nak yang ni." -Krys

" Ha amek je nanti aku bayar." -Chan

Merka makan di tempat menunggu kapal terbang kerana tidak mahu kehilangan tempat.

Selepas 1 jam, kapal terbang yang akan dinaiki telah sampai.

Mereka bergegas pergi ke laluan khas untuk masuk ke dalam kapal terbang.

"Duduk dengan partner masing-masing ek." Han mengarah

"Aku?" Nish bertanya

"Krys tu ade." -Han

Nish pergi ke arah Krys lalu meminta untuk duduk di tepi tingkap.

Selepas beberapa minit, kapal terbang itu mula berlepas.

"Ara ni tak penat ke jadi comel?" -Fiq

Fiq menggenggam tangan Ara yang berada di sebelahnya.

"Rin tido ke?" Han melihat mata Rin yang tertutup

Tiada jawapan dari Rin, bermakna dia sudah hilang di alam mimpi.

"Chu lapar tak?" Chan menanyakan soalan itu kepada Chu kesayangannya

"Lapar." Chu menjawab

Chan menyuapkan makanan ke dalam mulut Chu.

"Sedap." -Chu

Tersenyum Chan melihat pasangannya itu.

Krys memandang ke arah Nish yang sedang melihat permandangan di luar tingkap kapal terbang.

"Comel je dia ni." Ucap Krys di dalam hati

Krys memakai earphone yang dibawanya lalu memasang lagu not for sale.

Semasa Nish memandang tingkap, Krys mengambil gambarnya kemudian membuat status whatsapp dengan caption emoji hati.

Ara yang melihat status Krys merasa makin yakin dengan tekaannya yang mengatakan bahawa Krys telah jatuh hati terhadap Nish.

Ara menghantar mesej kepada Krys yang berada di belakangnya.

Mesej:

Ara
Kau suke dia ann

Krys
Dah tau diam je

Selepas membalas mesej Ara, dia menoleh ke arah Nish. Rupanya Nish sudah tertidur kerana kebosanan. Krys mengambil kesempatan menangkap gambar Nish yang sedang tidur dalam keadaan yang sangat comel.

Ara melihat ke arah Han, Rin dan Fiq. Mereka semua juga tertidur kerana sebab yang sama dengan Nish.

Tangan Fiq yang menggenggam tangan Ara menjadi longgar kerana Fiq sudah  hilang di alam mimpi bersama Rin.

Ara meletakkan kepalanya di bahu Fiq kerana dia juga mahu tidur selepas tidak tahu apa lagi yang mahu dilakukan.

Krys termenung sambil memandang wajah Nish yang sedang tidur, banyak perkara yang difikirkannya.

"Nish oh Nish, kalau tak jumpa kau takde aku jatuh hati." Krys bercakap di dalam hati.

Seorang penumpang lain yang berada di sebelah Krys bertanya.

"Ni abang adik ke?"

"Eh bukan, dia kawan saya je." Krys membalas dengan sedikit gugup

"Ouhh." Penumpang itu membalas

Perjalanan mereka masih panjang, Krys mengambil keputusan untuk tidur sebentar.

Dia mengambil gambar selfie bersama Nish yang sedang tidur sebelum tidur kemudian membuat story ig.

Bersambung

Fav secretWhere stories live. Discover now