01

36 8 3
                                    

"LARI! LARI! LARI!"

Orang kampung menjerit dan berlari anak seperti berakhirnya dunia. Semuanya tiada tempat untuk menyorok lagi.

Serangan dari pendatang asing membuatkan penduduk kampung itu dilanda masalah.

Tambahan pula dengan ketua kampung yang tak berguna. Hanya pentingkan diri saja.

Ketua kampung yang sudah melarikan diri dulu sebelum memberitahu penduduk kampung yang bakal diserang oleh pendatang asing.

"Baekhyun! Baekhyun! bangun"

"Anak mama, bangun sayang!"

"Sayang pergi! angkat semua barang!"

BOOM!

Kedengaran satu bunyi bom yang selesai dilepaskan di sebelah rumah mereka.

"PERGI!"

Jerit si suami pada isterinya yang menangis sambil memegang tangan anak sulong.

"Baekhyun hyung! Baekhyun hyung!"

Suara Sehun membuatkan Baekhyun terjaga dari mimpi yang ngeri.

"Nae?" soal Baekhyun dengan suara seraknya. Matanya belum jelas lihat Sehun.

"Teman pergi tandas boleh tak?" tanya Sehun memegang bawah perutnya.

"Ha dah kenapa pulak?" Baekhyun bertanya dengan masih kepalanya di bantal.

"Nak pergi tandaslah" marah Sehun membuatkan Baekhyun mengeluh.

Terduduk Baekhyun dengan keadaan yang mamai. Matanya masih mahu tidur.

Ditarik selimut melihat Chen, kenapa Sehun tak mahu kejutkan Chen saja?

"Dah jom" Baekhyun turun dari katil terlebih dahulu sebelum Sehun ekorinya.

Berjalanlah mereka menuju ke tandas yang ada ditingkat bawah. Sempat juga, Baekhyun mengerling jam yang tepat pukul 2:30 malam.

"Jalan dulu" kata Baekhyun.

"Eh tak nak" jawab Sehun, takut.

Mengeluh Baekhyun lalu membuka lampu yang berada disebelahnya. Susah juga kalau tiada lampu untuk naik dan turun tangga.

"Sehun pergi dulu, Baekhyun hyung tunggu depan ni tau" pesan Sehun terus masuk ke dalam tandas.

Baekhyun mengganguk kepalanya lalu berjalan mengambil cawan untuk meneguk air.

Alang-alang sudah ada didapur, bolehlah minum air untuk basahkan tekak sekejap.

When the sun shines~
We'll shine together~

Nyanyian yang dinyanyikan oleh Baekhyun sambil-sambil menunggu air penuh.

"Baekhyun hyung nyanyi ke?" tanya Sehun dengan suara bergetar dari tandas.

"Berak berak jelah, banyak tanya pulak" Baekhyun mengambil tempat duduk dimeja makan lalu meneguk air masak itu.

Dengan mata yang tertutup, Baekhyun meneguk buat kali kedua sebelum membaringkan kepalanya pada meja.

"Baekhyun hyung! jangan pergi" panggil Sehun, risau dengan hilangnya Baekhyun.

"Nak Baekhyun rakam ke yang Sehun takut pergi tandas?" jerit Baekhyun.

"Tak nak tak nak, jangan pergi tau" Sehun membuka pili air sebelum mendiam diri.

Sambil-sambil menunggu, Baekhyun melihat sekeliling dapur yang sunyi ini.

Terasa mata sangat berat. Mata Baekhyun dilelapkan. Rasanya dia sangat penat hari ini.

Tinggalah Sehun saja yang berada didalam tandas bertemankan Baekhyun yang nyenyak tidur bersama cawannya.

Jantung laju menguasai diri Baekhyun. Sehinggakan nak bernafas pun sesak. Tangisan bayi yang tak henti-henti menangis.

Ramai ibu bapa sedaya upaya berkerja keras untuk melindungi anak-anak kecil mereka.

Begitu juga, ayah Baekhyun. Dipeluk erat tanpa dilepaskan. Berpisah sudah isterinya, emak Baekhyun dan juga anak pertamanya.

"Papa, mana mama?" tanya Baekhyun, tidak menangis langsung.

Ayah Baekhyun tidak menjawab langsung, dia hanya mendiamkan diri saja.

Tidak mahu Baekhyun terguris hati apabila berkata mereka sudah terpisah.

"Papa!"

"Baiklah semua, kita terpaksa berpecah. Separuh kampung Bucheon dan satu lagi kampung Sanbon-Dong"

Ketua penasihat memintas percakapan Baekhyun memanggilnya ayahnya.

Orang kampung yang sempat menyorok disitu semua ambil serius dan fahamkannya.

"Kenapa kena berpisah? kenapa tak semua pergi ke Bucheon?" soal salah seorang.

"Tak boleh, Bucheon tempatnya sangat kecil. Tak semua boleh dapat tempat tinggal"

Mereka mengganguk faham. Walaupun tak boleh terima kenyataan, tapi ini saja jalan yang terbaik untuk penduduk kampung.

"Ada satu jalan saja yang kampung ini sudah sediakan, lalu dibawah tu" katanya.

Mereka semua memaling belakang. Pintu yang dapat melintasi sempadan Bucheon.

"Tapi kalau kampung Sanbon-Dong, susah sikit. Sebab sempadan dia jauh dengan kampung kita" katanya lagi sekali.

"Jadi, siapa yang ambil belah Bucheon. Awak semua kena beritahu yang awak ni dari kampung Guri-ri faham. Sebab takut kampung Bucheon tak terima orang lagi"

BOOM!

Bom yang dikenakan dibahagian ladang-ladang membuatkan mereka bertambah lagi cemas.

"Baekhyun..." Jisoo menarik sedikit seluar Baekhyun. Air matanya mengalir.

"Jisoo..." lantas Baekhyun memeluk Jisoo yang comel wajahnya.

Diikat rambut dua pony tail, disebelah kanan dan juga disebelah kiri.

"Jisoo cepat, kita pergi ke Sanbon-Dong!" jerit ibu Jisoo lalu menarik Jisoo.

"Baekhyun, mari. Pergi ke Bucheon" ayah Baekhyun menarik Baekhyun setelah berbincang dengan kawan baiknya.

Pandangan mata mereka berdua tidak lepas memandang. Dua-duanya sudah berpisah.

Air mata yang bergenang didalam mata, jatuh membasahi pipi Baekhyun.

"Tak nak, tak nak!" Baekhyun memberontak. Belakang badan ayahnya dipukul.

"Nak Jisoo, nak Jisoo" jerit Baekhyun membuatkan Jisoo menangis juga.

Childhood  [ C ]Where stories live. Discover now