04

15 5 4
                                    

"Fuh! fuh! fuh!"

Ditiup maggi kari itu dengan semangat. Cuaca yang sangat sejuk ini, sesuai makan makanan yang panas-panas. Baru sedap.

Berkali-kali Baekhyun meniup tanpa henti. Entah bila dia nak makan pun tak tahu.

Maggi kari bersama bebola daging yang banyak menambahkan selera. Tapi panas.

Chanyeol turun bersama Kai. Ditangan Chanyeol juga ada kotak yang berwarna merah.

Membuatkan Baekhyun tertanya-tanya. Wajah mereka macam terlalu gembira.

"Ape tu?" tanya Baekhyun lontarkan soalan ini pada Chanyeol.

"Mercun, kitaorang nak main. Nak join? rugi kalau tak join" tanya Chanyeol mencari pemetik api yang baru saja dibeli tadi.

"Dekat luar hujanlah" Baekhyun berkata saja begitu, pemetik api ditangan Chanyeol terjatuh. Kai pun terkejut, terkentut.

Gegas Kai membuka langsir itu dengan seluasnya. Mereka betul-betul tidak percaya apa yang Baekhyun katakan.

"Chanyeol hyung, hujan. Macam mana ni?" tanya Kai dengan wajah cemberut.

"Kalau macam tu, malam esok jelah. Cakap dekat Chen, tak jadi main" arah Chanyeol.

"Kesian, tak dapat main ye"

PAK!

Pemetik api itu dibaling tepat disebelah Baekhyun. Tergelak terbahak-bahak Baekhyun dibuatnya dengan wajah Chanyeol.

Dengan lantas Chanyeol naik keatas untuk khabarkan berita yang buruk.

Kai pun ikut sama juga, beria ingatkan nak main malam ini.

Baekhyun pun hairan, takkanlah tak dengar bunyi guruh yang jelas lagi nyata.

Pekak ke ape diorang tu?

TINGTUNG!

Baekhyun memandang pintu sebaik saja dia mahu memasukkan maggi kedalam mulut.

"Kenapalah banyak sangat syaitan yang nak kacau" rungut Baekhyun.

Baekhyun mengambil pelitup muka disebelah rak kasut. Lantaklah terbalik ke tak terbalik, asalkan Baekhyun pakai.

"Ye nak apa?" tanya Baekhyun dengan berkeadaan yang sangat marah.

"Boleh tak saya nak tumpang teduh, saya sejuk sangat. Pakaian saya tak kena dengan waktu macam ni" katanya dengan suara serak.

Sebenarnya, kalau diikutkan dengan perangai Baekhyun yang nakal. Memang Baekhyun tak nak benarkan dia masuk.

Tapi kesian juga, hujan diluar. Lagikan guruh pula itu, siapa saja yang tak takut?

"Masuklah" ajak Baekhyun membuka pintunya lebih meluas lagi.

Kaki kanan Jisoo menapak masuk ke dalam rumah sebaik saja membuka kasutnya.

"Terima kasih, saya ingat jasa awak" Jisoo menundukkan pandangannya, sudahlah dia masuk ke dalam rumah orang.

Kalau macam mana ini rumah, sasaeang? matilah Jisoo dibuatnya nanti.

Baekhyun melabuhkan punggungnya terlebih dahulu. Dia mahu makan maggi itu secepat yang mungkin.

Sudah tentu maggi itu sudah sejuk, tak sedaplah kalau nak makan nanti.

"Saya menganggu awak makan ke?" tanya Jisoo yang masih dihadapan pintu.

Digeleng kepala Baekhyun tanda tidak.

"Kenapa berdiri saja disana? duduklah" ajak Baekhyun menepuk tangannya pada sofa.

Childhood  [ C ]Where stories live. Discover now