B A B 1 1 [HEROIN]

2.1K 124 8
                                    

“APA hal lagi?” Geretu Mikaela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


APA hal lagi?” Geretu Mikaela. Bukan apa sahabatnya mungkin sangat ketakutan jadi terus menerus bertanya kepada dengan soalan yang taj berfaedah dan terus membuang masa. Sudahlah wanita separuh abad ini nyawa-nyawa ikan.

“Macam mana kau tahu ada bilik operate tingkat 3?” Soal Angela mewakili Luna. Sungguh dari tadi mereka
ligat berfikir seolah Mikaela sangat hafal dengan selok belok arah hospital ini.

“Mika kau tahukan kita semua boleh kena tangkap polis menyusup masuk tanpa kebenaran ditambah lagi dengan makcik ni...” Luna mencantas soalan Angela lalu mendegus kecil.

“Korang stop asking! Aku faham perasan takut korang, bukan korang jer aku pun macam tu saat ni. Tapi kita dah tak mampu buat apa dah kita dah pun setengah jalan. Please Luna, Ela.” Mikaela sedikit membentak sebelum mereka akhirnya keluar dari lift tingkat 3. Luna dan Angela masing-masing berdiam diri.

Hal itu dilupakan seketika dan mereka terus menolak stretcher memasuki wanita separuh abad itu ke bilik bedah. Ya! Rancangan gila mereka. Sejujurnya Angela masih ragu dan ketakutan sejarah perubatan mereka lulus secara virtual tidak akan sama dengan realiti. Seperti saat ini! Tidak mampu berbuat apa lagi Luna turut bersetuju untuk mengeluarkan peluru dari dada wanita itu.

Tangan milik Luna terketar-ketir menyentuh leher wanita separuh abad itu mencari nadi.

Sungguh lemah!

Untuk kali pertama dalam hidupnya dia alami situasi ini sebelum rasmi menjadi seorang dokter pakar bedah membuatnya sangat terlihat bodoh. Makcik ini boleh kehilangan nyawanya jika mereka terus membuang masa! Luna kemudian pandang darah merah pekat memenuhi di bahagian dada sebelah kanan wanita tua itu. Nafasnya naik turun tidak stabil.

“Pindahkan cepat!” Angela memberi arahan pertama.

“Dalam kiraan 1... 2... 3... Angkat!” Kata Angela lagi.
Mereka membaringkan Datin Sri Fatin Razia diatas katil pembedahan segala alat yang mereka rasa perlukan dalam ruang itu mereka menghidupkan termasuk monitor alat penting untuk membaca tanda vital.

“Apa kita nak buat sekarang ni?” Soal Mikaela sidikit tinggi dan kebigungan.

“Hah! Gunting... gunting dulu baju makcik kita tengok keadaan cedera terbakan itu” Jawab Luna tangannya gelabah mencari peralatan basic.

“Tapi kita tak boleh macam masuk bilik pembedahan. Keadaan dan tangan mesti bersih kan? Apa nama sabun tu? Chrol...Choco...” Angela yang perah otak mengingati nama sabun perubatan yang digunakan sebelum pembedahan menyentakkan Luna dan Mika. Nama sabun pun berbelit!

“Chlorhexidine gluconate (CHG)!!” Jawab Luna dan Mikaela serentak atau secara umumnya sabun itu dipanggil hibiclens. Dengan pantas Angela dan Mikaela berlari keluar mencuci tangan masing-masingdan lengkap mengunakan sarung tangan menutup mulut dan apron isolation gown sementara Luna pula berkeliling pantas mencari peralatan yang rasa-rasa mereka perlukan. Selepas kedua sahabatnya siap kini gilirannya pula. Cara mereka masih belum sempurna dan salah tapi mereka sudah tiada pilihan lain. Menyelamatkan dengan cara mereka adalah satu cara yang tinggal.

LELAKI MYSTERIOUS: NEW VERSION [EDITING]Where stories live. Discover now