Ryujin yang menangis teresak-esak dipandang oleh SooAh dengan pandangan kesian. "uljima, Ryujin-ah!"pujuk SooAh seraya melap air mata milik sahabatnya itu. "Hiks, mianhae SooAh-ya... Aku minta maaf bagi pihak Haechan oppa!"ujar Ryujin.
"Aniya, Ryujin... Kau tak salah... yang salah cuma Haechan sunbae!"pujuk SooAh. SooAh faham. Ryujin pasti malu dan rasa bersalah dengan apa yang telah Haechan lakukan. Lagi-lagi Ryujin adalah kekasih dan tunang Haechan.
"Tak payah menangis sangat... Kau bukannya tahu yang Haechan tu lelaki tak guna!"sampuk Soobin yang sejak tadi menyusun bunga yang Ryujin bawa ke dalam pasu bunga. Geram juga Soobin dengar Ryujin menangis sejak tadi.
Naik rimas dibuatnya. Beomgyu terus menyiku perut Soobin apabila Soobin sedikit kasar dengan Ryujin. "Soobin hyung!"tegur Beomgyu dengan nada tegas. Soobin terus menjeling Beomgyu.
"Kau dah makan ke, SooAh?"tanya Beomgyu penuh lembut. Beg sekolahnya diletakkan diatas lantai sebelum dia mengambil keputusan untuk duduk di sisi katil SooAh. "Dah... Gyu dan Ryu dah makan?"balas SooAh semula.
Tangan Beomgyu mula naik ingin menyentuh sisi wajah SooAh tetapi perbuatannya terbantut apabila ada satu tangan menghalang dirinya. "Taehyun?"soalnya bingung. Taehyun hanya diam. "Aku dah makan, SooAh!"ujar Ryujin apabila suasana mula menjadi canggung.
Bibir SooAh mula mengukirkan senyuman lebar. Dia terus mengusap kepala Ryujin. "Good girl!"puji SooAh. "Kenapa kau lambat, Kang Taehyun?"tanya Soobin ingin tahu. Taehyun mengangkat bahunya.
Soobin ketap bibirnya. "Untuk noona?"tanya SooAh apabila Taehyun menyerahkan dia satu buku. Taehyun mengangguk mengiyakan sebelum dia bergerak menuju kearah sofa dan kembali mengulangkaji pelajarannya.
"Ulat buku betul lah kau ni, Taehyun!"ujar Beomgyu menyampah. Dia terus duduk disebelah Taehyun. Taehyun pula hanya diam dan fokus dengan pekerjaannya. "Macam mana dengan Haechan sunbae? Dengar kata dia menghilangkan diri?"tanya SooAh ingin tahu.
Soobin terus berhentikan perbuatannya. Taehyun jeling Soobin sekilas. "Tak perlu ambil tahu tentang lelaki tu, dongsaeng... Oppa yakin yang dia akan kena jumpai juga!"balas Soobin. Tanpa sesiapa sedar, Soobin mengukirkan senyuman sinis.
Ryujin dan Beomgyu mengangguk setuju. "Betul tu! Tak payah kesah pasal manusia tu!"sokong Beomgyu penuh semangat. SooAh mengangguk. "Gumawo... Korang memang kawan yang baik!"ujar SooAh seraya memeluk Ryujin. Beomgyu mencebik cemburu.
Taehyun perhatikan SooAh dalam diam sebelum satu keluhan kecil. Beomgyu menoleh kearah Taehyun. Dahinya berkerut. Dia tak tahu pun Taehyun boleh mengeluh. Biasanya lelaki itu hanya akan diam tanpa bunyi.
"Mana Ahrin noona ni?"gumam Soobin apabila kakak mereka tidak kunjung tiba. Mahu kata kelas tambahan Ahrin belum tamat. Ianya sudah tamat beberapa minit yang lalu. Jarak hospital dan sekolah mereka bukan lah terlampau jauh.
Taehyun dan yang lain sudah pun pulang. SooAh pula sudah kembali berehat. Hanya dia sahaja berjaga di wad SooAh sekarang. Soobin capai telefonnya tetapi perbuatannya dihalang oleh seseorang.
"Ahin hyung!"ujar Soobin perlahan. Dia tak mahu SooAh terbangun. "Tak perlu call Ahrin... dia dengan seseorang sekarang ni!"balas Ahin. Pakaiannya yang serba hitam membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti rasa takut.
Dahi Soobin berkerut. "Seseorang?"soal Soobin. Ahin mengangguk mengiyakan. "Bakal ahli keluarga kita."balas Ahin beserta senyuman sinis. Sekali lagi dahi Soobin berkerut. Dia tidak memahami apa yang Ahin cuba sampaikan.
*
*
*
*
YOU ARE READING
𝕋𝕦𝕓𝕒𝕥𝕦 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 : 𝑺𝒊𝒃𝒍𝒊𝒏𝒈𝒔
Misterio / Suspensokeluarga. ianya adalah satu hubungan yang tidak boleh diputuskan walau bagaimana sekali pun tetapi ianya tidak bermakna kita tak boleh berpisah dengan keluarga. pembunuhan ayahnya sedikit menakutkan dirinya tetapi dia sedikit lega kerana segala keja...