.
.
.
Camera tidak berhenti berkelip sedari tadi. Asyaraa yang sudah berasa gemuruh itu lagi bertambah takut mengenangkan si suami yang dalam perjalanan ke tempatnya.
"Mai, aku takutlah." bisik Asyalaa kepada kawan baiknya yang berada disebelahnya.
"Buat rilek je Syaraa. Alaa nanti malam kau kena hadap juga." balas Maira a.k.a. kawan baik Asyaraa dengan muka tersegih. Asyaraa yang faham maksud Maira hanya menjegilkan matanya. Otak kuning betul. Hilang gemuruhnya tadi.
"Bismillah. Assalammualaikum, bidadariku." mendengarkan suara itu cukup membuatkan rasa gemuruh bercampur dengan takut tadi datang semula. Orang ramai mula sengih dengan gelagat pengantin baru itu juga disebabkan muka Asyaraa yang sudah merah seperti udang panas. Aaarrghhh. Dia malu dan pada masa yang sama dia cair. Kau ada? Tak ada hm lemah.
"W-waalaikummusalam, a-awak." dengan malunya Asyaraa balas. Suara orang ramai mula sekali lagi mengusik mereka. Suaminya duduk di kusyen yang disediakan dihadapannya. Lutut mereka hampir bersentuhan.
"Syaraa, hulur tangan tu." tegur Puan Jasmine. Asyaraa dengan gelabahnya menghulur tangan kanannya untuk disarung cincin.
"Perlahan-lahan, bidadariku. Jangan gelabah sangat." dengan nada yang lembut suaminya kata.
Muka Asyaraa kembali memerah mendengarkan kata itu. Kalau perlahan takpalah jugak ni boleh pulak dia cakap kuat kuat. Malu gila Asyaraa waktu itu.
Kini gilirannya, mensarungkan cincin pada encik suami. Dia tak tahu sama ada dia atau suaminya yang gementar sebab dia boleh rasakan tangannya sejuk apabila mensarungkan cincin.
Asyaraa kembali gementar apabila suaminya memegang dagunya untuk mencium dahi. Asyaraa tak nak. Dia malu sangat. Dan apabila bibir suaminya menyentuh dahinya, dia boleh rasakan muka dia pucat tak berdarah. Asyaraa rasa mahu pengsan.
Selesai sahaja, dia dapat dengar suaminya kata sesuatu tetapi dia tak dengar kerana perbuatan suaminya tadi. Seolah olah telinganya berdengung. Tetapi yang boleh dia dengar ialah....
"Saya janji yang saya akan jaga awak with all of my heart. Saya juga janji yang saya akan bimbing awak dan anak anak kita sehingga ke syurga. Saya tahu saya dah banyak kali sia siakan awak. Kecewakan awak. Saya bodoh sangat masa tu."
"Saya hargai sangat sangat dengan peluang yang awak beri kali ini. Saya akan jadi orang yang paling bodoh kalau saya sia siakan peluang ini. Saya janji saya akan hargai awak. Setiap benda yang berkait dengan awak, saya akan hargainya."
"Jadi, Asyaraa Iris saya nak minta sesuatu boleh? Saya nak awak jadi bidadari di dunia dan di syurga, boleh tak bidadariku?" kata si suami sambil memandang tepat ke mata Asyaraa.
Asyaraa tergamam. Tiba tiba dia rasa tak boleh bercakap. Dia juga turut memandang tepat ke mata si dia. Kata kata si suami itu penuh dengan keikhlasan dan kejujuran. Asyaraa tak tahu mengapa dia rasa mahu menangis. Bukan menangis kerana sedih tetapi kerana...terharu.
"Insya Allah. Selagi saya masih hidup- tak tak. Walaupun saya yang pergi dulu, saya seorang sahaja yang akan sentiasa jadi bidadari awak di dunia...dan di syurga kelak."
Mereka berdua hanya tersenyum bahagia dan berpandangan tanpa hiraukan orang ramai disekeliling mereka. Dari pandangan Asyaraa, dia tak nak kehilangan suaminya walaupun dia tahu yang dia akan berbalik pada penciptaNya. Walaupun dia tak tahu bila dia akan pergi. Cuma bila tiba sahaja waktunya untuk pergi, dia ingin pergi saat suaminya disisinya. Dia tak nak suaminya pergi dahulu dari dia. Itu doa Asyaraa sejak dari dahulu lagi.
.
.
.
.
.
"Tahniah, Asyaraa dengan Harraz. Tak sangka jodoh korang kuat eh. Hahhaha." kata Maira dengan senyuman yang dihiasi di bibirnya.
"Hahahah. Itulah tu. Dari zaman sekolah sampailah sekarang. Kekal juga korang walaupun banyak gaduh." sambung seseorang lagi yang bernama Khairul.
Asyaraa dan Harraz yang baru diijabkabul itu hanya tersenyum manis.
"Terima kasih korang. Itulah tu tak sangka kita orang kekal sampai sekarang. Alhamdulilah. Doa orang ramai juga yang menyebabkan kita orang kekal sampai sekarang. Terima kasih sekali lagi." Asyaraa mengucapkan terima kasih dengan senyuman.
"Harraz, kau janji eh jangan sakitkan Syaraa lagi. Jangan curang. Kalau aku tahu kau buat macam tu, huh get ready lah nak masuk bawah tanah." ugut Maira sambil mengecilkan mata. Dia sudah serik dengan perangai suami kawannya itu. Bukan boleh percaya.
"Dengar tu Harraz. Jangan nak jadi macam dulu. Orang tu dah tempah kubur dah untuk kau. Oh btw Harraz kau jangan lupa bagi aku anak buah ramai ramai. Aku nak sebelas orang. Boleh aku ajar diaorang main bola sepak." kata Khairul dengan senyuman mengusik di bibirnya.
"Aku okay je. Orang sebelah nilah. Ready ke tak?" balas Harraz dengan nada mengusik.
"Eeeee. Apa korang cakap ni. Tak senonohnya. Mai, jom pergi wei. Malas aku nak layan mereka berdua ni." Asyaraa menarik tangan kawannya itu dengan muka yang sudah memerah. Mereka berdua mula pergi dari situ. Harraz dan Khairul hanya gelak melihat gelagat kaum perempuan itu.
.
.
.
.
Someone's POV
Aku hanya tersenyum pahit melihat dia. Gembira sungguh. Mana tak gembira, ini hari perkahwinan dia dengan pilihannya. Pilihannya dari dulu. Sama padan. Dua dua cantik dan hensem.
Senyuman dia buat si isteri tercinta membuatkan aku gelak hambar. Pandangannya. Membawa makna yang sangat besar. Air mata mula bergenang. Haih, apa yang kau harapkan Rin. Selama ini pun dia bukan untuk kau. Dia....milik orang lain. Dari dulu lagi. Kau hanya perampas.
Aku tersenyum sekali lagi apabila muka isterinya mula memerah. Alahai, cantiknya. Aku mengeluh sekali lagi. Enough, Arina.
Aku melihat jam tanganku. Hm, sudah pukul 5 petang. Lebih baik aku ambil Rayyan sekarang. Nanti dia bebel lagi kenapa mama dia selalu ambilnya lambat. Mulut budak tu bukan boleh main. Bising mengalahkan nenek nenek bawang. Aku melihat lagi ke arah dia sebelum mula membuka langkah ke keretaku.
'Semoga awak berbahagia bersama isteri awak yang tercinta, Harraz Daniel.'
.
.
.
.
سُبۡحٰنَ الَّذِىۡ خَلَقَ الۡاَزۡوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۡۢبِتُ الۡاَرۡضُ وَمِنۡ اَنۡفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُوۡنَ (٣٦)
Subhana allathee khalaqa alazwaja kullaha mimma tunbitu alardu wamin anfusihim wamimma la yaAAlamoona
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. ( surah yasin : 23 , ayat 36 )
.
.
how ? is it good . saya masih mencuba. kalau ada apa ii kesalahan sila tegur n pls vote n share . hehe .
me : baru permulaan *emoji muka kucing jahat
.
.
.
.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧
Romance[ Hiatus ] 𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒄𝒍𝒊𝒄𝒉𝒆 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕 𝒕𝒉𝒆𝒎 . . . . btw siapa yg suka happy ending, silalah tekan button 'start reading' cover by me . :D