أربعة

10 2 2
                                    

.

.

.

4 years ago 


Dia berlari dengan selajunya. Tidak dihiraukan orang sekeliling yang melihatnya. Janji dia sampai di kelas walaupun sudah lambat sepuluh minit. Dia harap sangat Sir Remy tidak sampai lagi kalau tak mampuslah dia. 

Sir Remy bukan boleh main. Tegas dia, jangan cakaplah. Kalau cikgu biasa mungkin denda paling teruk pun berdiri di luar kelas. Tapi kalau Sir Remy, buat lima kali karangan bertulis tentang sebab kenapa datang lambat. Dan minimum words ialah 3.5k!  Fikir fikirlah. Cukuplah dulu dia pernah kena. Tu pun Sir Remy 'baik hati' tukar lima jadi tiga.

Akhirnya sampai jua dia di hadapan pintu kelasnya. Dengan hati yang berdebar dia membuka pintu tersebut. Dalam hati dia berdoa yang lecturernya tak sampai lagi. Fuh! Syukur, Ya Allah. Sir Remy tidak sampai lagi. 

Mata meliar mencari muka kawannya. Bila jumpa sahaja, dia terus melangkah dan duduk di sebelah kawannya. Dia menarik nafas lega. Tak rugi dia berlari dari rumah hingga ke universiti. Walaupun badannya sudah berpeluh tapi badannya bukan jenis yang mudah berbau. Jadi dia tak risau.

"Arina Safia"

Dia menoleh ke sebelah apabila kawannya memanggil namanya. Arina menjongketkan kening.

"Asal kau lambat? Kau layan p*rn ke apa malam tadi?" 

"Eish! Kau ni Mel. Otak kau ni nak kena cuci eh? Aku terlajak tidur jelah." Mel atau nama sebernanya Mellisa hanya tersengih. Ye, dia mengaku yang otaknya kekuningan sedikit. Nak buat macam mana, sudah diajar sejak kecil lagi.

"Rin, malam ni jom ikut aku. Kita lepak nak?" ajak Mellisa.

"Tak naklah aku. Macamlah aku tak tahu kau nak lepak dekat mana dan dengan siapa." tolak Arina. Dia sudah kenal Mellisa dari kecil lagi. Jadi dia sudah tahu makna 'lepak' kawannya itu.

"Alaa, jomlah. Boringlah takde kau." pujuk Mellisa sambil menggoyangkan tangan Arina.

"Malaslah wei. Lagipun aku ada kerja hari ini." 

"Kau kerja sampai pukul 7.30 je. Malam tu kau temanlah aku."

"Taknaklah. Lepas aku kerja aku nak study. Exam nak dekat dah."

"Alaa. Bolehlah Rin. Esok esok kau studylah. Pleaseeeee." kata Mellisa sambil mengelipkan matanya. Harap Arina setuju untuk keluar dengannya malam ini.

Arina hanya melihat wajah kawannya itu. Nak je dia tumbuk muka itu. Ingat comellah tu! Okay. Jujurlah separuh hati dia terpujuk dengan kawannya itu tapi separuh lagi tidak.

"Ak-"

Belum sempat Arina balas, Sir Remy sudah masuk ke dalam dewan itu lalu meminta maaf kerana dia lewat. Katanya, keretanya rosak. Eerghh! Kereta mahal tapi rosak. Patutnya sir pun kenalah denda. Sir Remy pun mula mengajar mereka.

Arina dan Mellisa hanya fokus dalam dewan itu. Lupa sudah perbualan mereka tadi.


.

.

.

.


Here we go.

Arina ingat selepas perbualan mereka terhenti di kelas pagi tadi, Mellisa akan lupa tentang itu. Tetapi sangkaannya meleset. Puas Arina tolak. Tetapi seorang Mellisa tidak akan pernah berputus asa. Sampai ke tempat kerja Arina pun Mellisa menganggunya. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧Where stories live. Discover now