AKU menunaikan solat Subuh dengan khusyuk. Terkumat-kamit bibirku mendoakan si Jelita. Masih berharap? Ya.Berharap agar dia tidak maksudkannya. Hampir seminggu dia hilang. Tanpa sebarang pesanan.
Mula-mula Jepun, kemudian hospital, sekarang? Alive or not
Aku pergi ke dapur melihat sarapan pagi yang disediakan. Ibuku, Puan Raisa, tersenyum melihatku berjalan ke arahnya.
Mummy menekup pipiku lembut.
"Kenapa ni Along?"
Aku menggeleng. Melepaskan tangannya daripada pipiku dengan perlahan. Aku memegang tangannya erat.
"Mummy, katakan Papa hilang, apa Mummy rasa?"
Terdiam tidak berkutik. Sudah tentulah Puan Raisa tidak mahu berpisah dengan burung merpatinya, Encik Eldan.
"Hilang tu dah terbukti apa yang ada dalam Al-Quran. Kita hadir daripada-Nya, kita kembali semula kepada-Nya. Tapi, Mummy tetap akan rasa sedih"
Aku mengukir senyuman tipis di bibir. Mungkin kata Mummy itu benar.
"Dah, jom makan. Mummy pergi panggil adik-adik jap" Mummy melepaskan pegangan tangan dan beralih pergi.
Aku mengambil tempat duduk dan menikmati Roti Telur Goreng hasil air tangan Mummy.
11.50p.m.
[ played ; traitor - Olivia Rodrigo ]
Ting-tong!
Loceng rumah berbunyi.
Adik-adikku yang kecil sibuk berlari menuju ke pintu. Aku mengikuti mereka dari belakang.
"Aaris Kiyowo-San?" Encik pos laju itu menyeru namaku.
Kiyowo-San? Macam tak ada kena mengena.
"Ya saya?" Dia menghulur sebuah kotak berukuran 20cm × 20cm.
Aku menerimanya sambil meninggalkan tandatangan di tempat yang telah disediakan. Kotak dibawa masuk ke dalam bilik, laju. Membiarkan adik-adikku di luar bilik.
Lantas aku mengambil pisau dan membuka kotak itu.
Di bahagian atas, terdapat bingkai gambar beserta sekeping gambar. Bawahnya terselit sekeping surat.
Bahagian bawah, dipenuhi barang-barangan lama. Lebih kurang seperti barang budak.
Aku mencapai bingkai gambar yang menarik perhatian. Mata menganalisa wajah di dalam gambar itu.
Dua orang budak kecil. Macam muka aku...
Surat yang terselit dibuka dengan berhati-hati. Tidak mengizinkan isinya rosak.
Terpapar tulisan tangan yang tersusun indah. Posisi ditukar, aku bersandar di dinding sambil membaca isinya.
"assalamualaikum Aaris, si jejaka widuri
aku Jelita di masa lampau - Malaysia
mungkin kau akan dapat surat ni agak lambat ataupun tepat pada waktunya.