ep 2

18 1 0
                                    

"Ariana!" Panggil seseorang.
"Ye."
"Hari ni kamu ada kes baru nak Kene handle," kata ketua.
"Kes apa tu,encik?"
"Kes ni agak sulit juga untuk diselesaikan. Kes ni berkaitan dengan suami yang bunuh isterinya tanpa niat," terang ketua.
"Ouh,faham. Okay,saya ambik kes ni,"
Jawab Ariana.
"Tapi kes ni Kene berdua tau kamu akan ada partner."
"Partner? Siapa? Eh,sebelum ni elok je saya buat kerja sorang. Tak payah lah encik," bantah Ariana.
"Tak pe. Hmm...sila masuk," arah ketua kepada seseorang.

Apabila dia masuk,mereka berdua terperanjat.

"Kau?!!" Jerit mereka serentak.
"Kau buat pe kat sini?" Tanya Ariana.
"Aku nak selesaikan kes tu lah,tak tau pulak kau jadi partner aku. Macam ni lah ketua,saya rasa saya tak jadilah nak ambik kes ni," kata Arif.
"Hey,kau ingat aku nak sangat ke kerjasama dengan kau?"
"Kau ingat aku ni teringin sangat ke nak jadi pembantu kau? Memang tak lah," Arif menjeling.
"Hey,hey,hey, diam! Aku bukannya suruh Korang kahwin pun. Aku suruh Korang selesaikan kes ni berdua," kata ketua.
"Heh,kalau perempuan ni perempuan melayu terakhir ke,satu satu nya perempuan dekat dunia ni pun aku tak inginlah nak kahwin dengan dia,puih!" Sinis Arif.
"Okay,macam ni. Kalau Korang settle kan kes ni, aku akan naikkan gaji Korang berdua," kata ketua.
"Berapa?" Tanya Ariana.
"50%," jawab ketua.
"Biar betul ni?" Serentak mereka bertanya.
"Yup,betul. Ada nampak macam muka aku menipu ke?"
"Okay! Setuju," serentak mereka berdua setuju.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Dalam kereta)
"Oi,kau ni tak reti bawak kereta ke? Asal slow sangat ni? Bila nak sampai kalau macam ni,dari tadi 40km je," rungut Arif.
"Mestilah reti,asal tak reti pulak? Kang bawak laju takut pulak nanti."
"Alah,bawak jelah 200 km pon. Cepat lah sikit," arah Arif.

Pin! Pin! Pin!!

"Oi,kau tengok orang belakang dah marah dah. Dahlah kau duduk Line Kanan."
"Okay,kau nak sangat kan."

Pedal minyak ditekan sehingga meter kereta menunjukkan 150km/j. Arif panik.

"We,we,we!!! Slow sikit oi,ingat Allah! Aku tak nak mati lagi. Alif ba ta! Alif ba ta! Alif ba ta! Allah! Bismillahirrahmanirrahim," jerit Arif.
"Heh,tadi suruh bawak laju," sinis Ariana.
"Woi,mati lah aku! Mama,maafkan Arif," jerit Arif merayu.

Ariana hanya menjeling. ' Penakut rupanya,' desis hati Ariana. Mereka pon tiba di sekolah untuk menjemput Aiman dan Arin.

"Arin,hari ni abang saya cakap kita balik sama ii. Kakak awak naik kereta apa?" Tanya Aiman.
"Haah, kakak saya pakai kereta Volkswagen colour biru," jawab Arin bersahaja.
"Ouh,hah! Tu diorang."
"Arin! Aiman! Sini ii," panggil Ariana.

Mereka berdua pon datang ke arah Ariana. Aiman melihat abangnya dalam keadaan panik dan pucat lesi mukanya.

"Abang, abang kenapa ni? Okay ke?"
"Okay."
"Kakak,kakak memang bawak kereta slow je eh," tanya Aiman.
"Weyh,kau tak yah cakap pape. Biar lambat asal selamat," jawab Arif. Arif dah phobia dah tu. Ariana senyum sinis.
"Boleh je kalau nak laju..." Jawab Ariana.
"Weyh,kau jangan cakap dengan kakak aku macam tu. Tu kau dikira mencabar dia tau. Dia ni pernah bawak 180km tau masa tu aku rasa aku patut tawakal je aku siap mengucap lagi." Ketika itu,Ariana menekan pedal minyak dan meter kereta menunjukkan 160km/j. Matilah Korang semua! Wkwkwkw
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Korang tunggu dekat sini tau, kitorang nak pergi jumpa seseorang kejap. Kunci pintu eh," arah Ariana.
"Okay."

Ketika di dalam penjara Kajang,mereka pon bertemu dengan pegawai penjara di situ.

"Boleh tak kami nak jumpa dengan banduan 2408," tanya Ariana.
"Boleh, ikut sini."

Mereka pon tiba di sel penjara banduan 2408.

"Banduan 2408,ada orang nak jumpa kamu."
"Okay."
"Jadi encik,saya Ariana. Dan hmm..ini partner saya,Arif. Kami berdua yang akan handle kes encik. Jadi boleh encik berikan keterangan lanjut tentang apa yang berlaku?"
"Baiklah, masa tu saya baru balik dari kerja. Lepastu..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hah,Korang rasa boleh tak diorang berdua settle kan kes ni? Ini hasil imaginasi aku tau so aku harap Korang okay 🤣

Touch Your HeartWhere stories live. Discover now