ep 2 (II)

18 0 0
                                    

"Lepastu, masa tu dalam pukul 12 malam saya sampai rumah. Waktu tu hujan lebat, bekalan elektrik terputus jadi rumah saya menang gelap gelita masa tu. Saya kalau balik kerja selalu makan buah dulu jadi saya kedapur. Dan ambil pisau untuk potong buah tembikai. Lepastu isteri saya...datang dari belakang nak terkejut kan saya . Saya memang terkejut lepastu saya pusing belakang saya... Saya..saya tertikam isteri saya tepat di dada sebelah kiri," terang banduan tersebut sambil menangis tersedu sedan.
" Allah, InshaAllah kami akan tolong encik sebaik yang mungkin. Encik ada anak ke?" Tanya Ariana.
"Ada. Saya ada anak perempuan umur  5 tahun. Mak saya yang tolong jagakan dia," jawab banduan tersebut.
"Okay,kalau macam tu kami minta diri dulu ye, Assalamualaikum," kata Arif.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kesiannya lelaki tadi tu,dia tak bersalah. Kita kena tolong dia juga walau macam mana sekalipun," ujar Ariana.
"Hmm..betul. Kalau ikutkan Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara atau dengan denda atau kedua-duanya, tapi dia tak bersalah aku rasa dia boleh lepas,"kata Arif.
"Akak,kenapa akak datang sini?" Tanya Arin .
"Akak ada jumpa banduan tadi, akak Kene settlekan kes dia."
"Ouh, bila tarikh perbicaraan kes ni?"tanya Aiman.
"Kalau tak silap,3 hari lagi," jawab Arif.
"Tapi aku rasa masa kejadian itu mesti ada saksi kan? Mesti ada orang lain dalam rumah tu... Betul tak?" Ariana ragu ragu.
"Hmm.. betul jugak, tadi lelaki itu ada bagi alamat rumah dia. Mungkin kita boleh pergi ke sana," cadang Arif.
"Okay!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Saksi 1) Jiran sebelah

"Makcik,boleh saya tanya tak? Pada hari kejadian di mana isteri jiran sebelah makcik ni dibunuh,makcik berada di mana?" Tanya Ariana serius.
"Mak cik ada dekat dalam rumah masa tu,tiba tiba mak cik terdengar suara lelaki menjerit. Mak cik pon nak jenguklah apa yang jadi, bila mak cik datang ke rumah sebelah makcik nampak lelaki tu tusuk pisau kat dada kiri isteri dia. Masa tu mak cik memang terkejut sangat. Tapi.. lelaki tu perasan mak cik ada dekat situ,lelaki itu terus nak datang kat mak cik. Makcik terus masuk rumah call polis,lepastu dia kena tangkap. Mak cik rasa dah dua tahun dia kat penjara. Tak taulah apa khabar dia sekarang," terang mak cik tu.
"Okay, makcik. Terima kasih beri kerja sama," ujar Ariana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Saksi 2 ) Rakan sepejabat

"Hai,saya Arif. Saya nak tanya tentang encik Hariz. Masa 2 tahun yang lepas dia ditangkap kerana membunuh isterinya, betul?"
"Ye, benar. Kenapa ya?"
"Jadi,masa kejadian di mana kah encik Hariz berada sebelum pulang ke rumah?" Tanya Arif serius.
"Dia berada di tempat kerja sepanjang hari."
"Awak ada rasa curiga tak sepanjang awak kerja dengan dia?"
"Tak de, dia baik dan alim orangnya. Jadi saya yakin dia tak berniat nak bunuh arwah isterinya," ujar lelaki itu.
"Hmm.. baiklah . Terima kasih sebab sudi beri kerja sama."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Aku rasa kita boleh panggil dua ii saksi tu datang masa perbicaraan kes ni," cadang Ariana.
"Okay,je.."

( Hari perbicaraan)

"Baiklah, peguam sila berikan keterangan lanjut tentang kes ni," arah yang arif.
"Baik lah. Di hari kejadian, defendan pulang ke rumah sekitar jam 12 malam. Pada ketika itu,defendan mengatakan bekalan elektrik terputus dan rumah mereka gelap gelita. Defendan mengatakan apabila sampai di rumah dia selalu akan makan buah,jadi dia terus kedapur dalam keadaan gelap mengambil pisau untuk potong buah tembikai. Secara tiba tiba, isterinya datang ingin terkejutkan dia. Apabila kita terkejut,
secara tak langsung kita akan hilang kawalan. Defendan tidak menyedari isterinya berada dibelakang. Dia secara tidak sengaja menusuk dada sebelah kiri isterinya. Di sini kita boleh rujuk Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara atau dengan denda atau kedua-duanya.
Itu sahaja," terang Ariana.
" Baiklah, saksi 1 sila berikan keterangan anda," arah yang arif.

Saksi 1 dan 2 beri keterangan lanjut tentang kes tersebut.

"Baiklah, keputusan telah dibuat. Saya mengutuskan defendan dibebaskan dan didenda rm 3000." Tok! Tok! Tok!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Weyh,Ariana n Arif dah berjaya wkwkwkw btw ni hasil imaginasi aku tau so aku harap Korang okay 🤣

Touch Your HeartWhere stories live. Discover now