TEKUN RAYYAN MEMBACA maklumat yang di hantar oleh Leoz.
sesekali dia sengih melihat gambar gambar Rose ketika masih kecil
"Cantik"
selesai membaca dia menyimpan maklumat itu ke dalam laci, dan dia memandang wajah Leoz
"Aku nak kau intip dia. Ke mana sahaja dia ada kau ikut dan inform dekat aku, kau boleh pergi dengan Adrian" kata Rayyan dan menghulurkan dua sampul coklat
"Satu untuk kau dan satu untuk Adrian"
Perlahan tangan Leoz mengambil sampul yang berisi duit
"Banyak sangat ni Tuan" kata Leoz. Terkejut juga dia mengira duit berjumlah 1 juta itu.
Rayyan senyum sinis. Bagi duitnya banyak pun bising
"Kalau aku bagi kau 99 juta, duit aku takkan habis pun" kata Rayyan dan menjeling Leoz yang tersengih seperti kerang busuk
"Dah pergi keluar, menyampah" kata Rayyan dingin
"Tuan nak saya ikut Puan Muda Rose mulai Harini ke atau esok?" Tanya Leoz
"Hari ni" balas Rayyan ringkas
Leoz mengangguk dan keluar dari pejabat Rayyan
"You will be mine, baby Rose" bisik hati Rayyan. Dia mengambil gambar Rose dan ditampal pada dinding bilik pejabatnya
Tidak sabar dia ingin menunggu Rose menjadi haknya
Melia menjeling Rose . Kenapa semua asyik lebihkan Rose sahaja? Dia cemburu
"Rose nak makan apa? Nak aunty masak tak?" Tanya Tengku Rosmizah lembut. Dia ingin Rose menjadi menantunya
"Tak nak lah aunty, Rose dah kenyang. Masa nak datang sini dah singgah kedai makan" balas Rose sambil senyum manis
Tengku Rosmizah hanya mengangguk sahajalah
"Mana Haura? Lambatnya dia bersiap" matanya memandang sekeliling kawasan ruang tamu dan tangga
"Haura? Budak tu kalau bersiap lambat" kata Tengku Rosmizah. Haura kalau bersiap lambat, entah apa yang dibuat
Rose tertawa
"MAMA, HAURA PERGI DULU. TATA TITI TUTU" Haura turun dan berlari ke arah Tengku Rosmizah lalu memeluk tubuh tua Tengku Rosmizah dengan penuh erat
"Ya la, hati hati" kata Tengku Rosmizah dan dia mengusap rambut milik Haura lembut
YOU ARE READING
Rayyan Iskandar's | 𝐂
Romance[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerjaya dandia juga seorang yang Dingin,tegas dan tidak suka dengan mana mana perempuan selepas dikecewa...