Part 3

6 3 0
                                    

Hari yang dinantikan sudah pun tiba dimana Syafira dan Evie akan pulang Ke Malaysia.
Evie tu sebenarnya sibuk saja, Mommy dan Daddynya tinggal di Jepun . Di Malaysia hanya ada rumah saudara mara belah ibunya yang berasal dari Terengganu sahaja.

"Tak sabar nak jumpa bonda." kata Syafira seorang diri sambil merenung ke luar tingkap kapal terbang itu.




"Assalamualaikum". Anak kepada tuan rumah itu memberi salam.

"Waalaikumussalam ,eh sampai dah anak mama". Kata Datin Farah kepada anak sulung kesayangannya ini.

"Zayn bawak anak pungut Mama ni juga, TERpaksa." kata Harraz sambil tersenyum manis. Manis sangat!.

"Lah, yeke?. Mana diaorangnya?." Teruja dibuatnya. Bukan selalu dapat jumpa.

"Itu ha, tengah angkat barang. Seminggu la juga duduk sini." Harraz berkata sambil berjalan hendak masuk ke rumah itu.

"Lagi lama lagi bagus. Hehe." Ada lah tu rancangannya.


"Yeayy dah sampai!!!." seronok benor dengar suara si Evie ni. Mereka baru sahaja tiba di KLIA.

Banyak mata yang memandang, mungkin kerana minah sebelahnya ini. Almaklumla, berketurunan Jepun. Dia hanya keturunan Melayu sahaja. Tapi dari segi paras rupa, kalah si Evie. Hehehe.

"Jap aku call driver." kata Syafira sambil mengorek kocet seluarnya.

"Cik Syafira Elfira ya?." Tanya seorang lelaki yang berbadan sado itu. Sekali pandang macam bodyguard, dua kali pandang pandang macam guard. Heh!.

"Iya, jom." balas Syafira.

"BONDAAAA!!!." Jerit Syafira kuat dari arah depan pintu berlari ke ruang tamu dan berlari ke dapur. Sempat maraton sikit.

"Ya Allah anak aku." kata Puan Sri Amani.

Syafira bersalaman dan berpelukan dengan bondanya lalu dia bersalam- salaman dengan ayahandanya.

"Evie pon ada sekali tau bonda."

"Iya, bawa la siapa-siapa pun. Bonda tak kisah, janji bawa jumpa bonda dulu macam Evie. Kalau future Husb-." belum sempat mahu habis bercakap, Syafira sudah potong.

"Ha?! Ha kejap-kejap. Okay la bonda, El nak tengok Evie. Daaa...." Syafira dengan gayanya meninggalkan bondanya yang terkebil-kebil.

"El, besok ikut Ayahanda pergi meeting." kata Tuan Sri Mustaqim ketika makan malam.

Syafira mengeluh "Buat apa ayahanda?. El bukannya tahu apa-apa pun." dia baru sahaja bercadang nak pergi jalan-jalan di Pavi. Ehh . Bukan jalan-jalan, tapi menghabiskan duit. Ala, duit banyak, apadehal.

"Besok ayahanda nak jumpa kawan ayahanda sekali." terang Tuan Sri Mustaqim.

"Jadi? Tu kawan Ayahanda, bukannya kawan El". Dia malas!

"Nak tak nak kena pergi juga . Muktamad."

"Baiklah" malas mahu gaduh sebab memang tidak akan menang.
















































Tbc.

Who's MineWhere stories live. Discover now