Part 6

7 4 0
                                    


"Abang fikir apa tu? Jauh termenung " tegur Datin Farah apabila melihat kelibat suaminya yang berada di halaman rumah mereka itu.

"Abang tengah fikir pasal jodoh an-"

"APA?! Abang nak pasang lain?! " belum sempat Dato Haris mahu menghabiskan ayat, Datin Farah sudah memotong terlebih dahulu.

"Eh, apa pulak Abang. Jodoh anak kita lah Sayang. Si Zayn tu." Apalah isterinya itu, ada ke patut kata dia yang nak kahwin lain. Tapi, kalau boleh apa salahnya? Hehe .

"Oh Zayn, dengan siapa? Abang dah ada calon ke?" Teruja pula Datin Farah bila Dato Haris kata bergitu. Suaminya cerewet sungguh memilih calon isteri untuk anak sulungnya itu. Banyak dah perempuan-perempuan yang sudah di blacklist.

"Yup, Abang dah jumpa seseorang. Dia lain dari yang lain. Dia bukan kaki kikis, sebab dia pun banyak harta. Dia langsung tak menggatal dengan Zayn , tak macam perempuan lain. Dia siap gaduh mulut dengan Zayn lagi. Dia bertudung sopan dan lemah lembut . Dan di kategori perempuan yang cantik. Manalah tahu boleh insafkan Zayn tu juga." tinggi melangut Dato Haris memuji.

"Siapa namanya abang?" Datin Farah tidak cemburu pun Dato Haris memuji perempuan lain. Selalunya , puji perempuan lain sikit nak mengamuk.

"Syafira Elfira binti Tuan Sri Mustaqim." Jawab Dato Haris Bangga.

"Anak kawan abang tu ke?"

"Iya"

"Wahh, tak sabarnya nak jumpa! Nanti kita pergi rumah dia ya bang? " minta Datin Farah. Tak sabar nak kenal-kenal.

"Iya, boleh sayang."


"Woi Fiq, apehal kau senyap je dari semalam? " tanya Carl. Pelik dengan sikap Rafiq.

"Kau pergi mana semalam dengan Raz? Tinggal aku apehal? " berang Rafiq.

"Semalam? Ohh pergi dating dengan Fira".

"Harraz pun ikut? " tanyanya pelik.

"Haah"

Mereka diam buat seketika sebelum

"Aku rasa aku suka dia " sekali nafas Rafiq menyebut ayat itu.

"Hah???" tanya Carl ingin Rafiq mengulang ayatnya. Pelik betul Rafiq ni.

"Aku kata, aku suka dia"

"K-kau tak main-main?" Ah sudah!

"Tak, dari first time aku nampak dia. Aku dah mula sukakan dia dalam diam" jelas Rafiq.

"Erm" Carl diam tak berkutik.

"Tolong "

"Tolong aku dapatkan dia " sambung Rafiq lagi.

Carl tersenyum hambar

"Aku cuba "

'Tapi aku pun sukakan dia' ayat itu hanya mampu disebut di dalam hati.

"Evie "

"Hmm" apa minah ni nak?! Aku nak tengok Drama Korea! Oppa!!!

"Aku rasa kan "

"Rasa apa? "

"Ishh sabar lah! " geram apabila Evie memotong ayatnya.

"Kang aku tak respond , kau marah pula". Kenyataan yang disampaikan oleh Evie sungguh menyakitkan hati.

"Aku rasa aku sukakan Carl. Carl Benjamin". Dia pun terkejut dengan hati perasaan sendiri.

"Kau biar betul? " tidak disangka bahawa gadis dihadapannya ini menyukakan seseorang. Sebelum ini dia hanya sibuk berfikir tentang kerja sahaja.

"Haah. Dia sweet , penyayang dan selalu ambil berat pasal aku". Dia cairla macam ni!

"Ha lepastu? Takkan kau nak confess? "

"Kenapala perempuan tak boleh meminang lelaki?" dia mengeluh.

"Eiiii mana boleh" gila kawannya ni.

"Zayn, papa nak cakap sikit."

"Apa pa?" aktiviti menonton televisyen bersama Rafiq dan Carl terganggu.

"Papa dah bincang dengan mama, papa nak jodohkan Zayn dengan Fira. Uncle Mustaqim pon tak kesah."

Membulat mata tiga orang jejaka itu.

"What?! Zayn tak nak! " bantah Harraz.

"Tapi kenapa? " tanya mamanya.

"Zayn tak boleh dengan dia. Zayn tak nak!" bantahnya lagi.

"Nak atau tak nak, papa tetap akan tunangkan Zayn dengan Fira! " muktamad.

"Perempuan tu dah bagi rasuah ke kat papa hmm? Yelah,  dia kan lawyer- ".

"HARRAZ ZAYN!! . Papa tak pernah ajar anak papa macam ni !"  tengking Dato Haris.

"Ini keputusan papa!  Kalau Zayn tak nak ikut ke putusan ni, papa tak teragak nak ambil Tengku's Holdings opss i mean Prince's Holdings" ugut Dato Haris.

Harraz mendengus. Dia bingkas bangun dan meninggal ruang tamu rumah agam itu. Rafiq dan Carl hanya memandang satu sama lain. ALAMAK!



"Ayahanda nak El tunang dengan Harraz hujung bulan ni"

"Apa?! "

"El, jangan tinggi suara dekat papa." nasihat Puan Sri Amani.

"Sorry. Oh patutlah bonda masak makanan kegemaran El, nak pujuk rupanya. " sekarang dia faham.

"Erm"

"Ayahanda selalu buat keputusan tanpa berbincang dengan El dulu." kendur suaranya.

"Ayahanda minta maaf, tapi please El. Kali ni je. Ayahanda yakin Harraz mampu bahagiakan El". Lembut saja Tuan Sri Mustaqim memujuk.

"Tapi El ada pilihan El sendiri".

Ayahanda dan Bondanya hanya tersenyum hambar.

"Maaf " ucap mereka berdua.

Syafira hanya mengeluh. Mungkin ini yang tertulis. Dia redha.

Perbincangan keluarga ini tidak sehangat keluarga Harraz Zayn. Keluarga ni suam-suam je. HAHAHAHA.














































TBC

Who's MineWhere stories live. Discover now