bab 1 (intro)

368 6 5
                                    

"Makcik, saya merayu sangat. Saya tak nak kahwin. Saya masih muda lagi makcik". Rayu Zaara sambil memegang kedua tangan makciknya.

"Tak boleh! Kau kene kahwin juga!". Jerit Rozin lalu menolak bahu Zaara kebelakang dengan kuat. Rozin actually makcik Zaara, hehe.

"Makcik, please. Saya janji saya akan berkerja keras cari duit untuk keluarga makcik. Saya tak nak kahwin. Saya janji saya takkan menyusahkan lagi hidup makcik, okay?". Pujuk Zaara pada makciknya agar perkahwinan itu dibatalkan.

"Tak boleh! Aku kata tak boleh, tak boleh la! Aku dah terima keputusan nak kahwin kan kau dengan lelaki tu! Kau nak aku buat apa lagi, hah? Kau tu sepatutnya bekerja, cari duit untuk bayar semua yang aku pernah keluarkan untuk kau! Tapi tengokla, aku dah cukup baik kahwinkan kau dengan orang yang kaya".

"Tapi saya tak pernah kata pon yang saya nak kahwin lelaki tu". Balas aku sambil menangis teresak.

"Apa kau kata?! Ini ke cara mak kau besarkan kau? Eh dengar sini eh.. Kau tu anak luar nikah! Lepas mak kau dah tau dia mengandungkan kau baru nak terhegeh-hegeh nak cari bapa kau. Kau ingat aku tak jijik ke nak jaga kau? Aku besarkan kau sebab aku rasa kesian kat mak aku, dia tu dah la tua! Tak larat nak jaga perempuan macam kau! Kau tu memang patut mati! Menyusahkan hidup aku je!". Rozin masuk kedalam dan meninggalkan Zaara seorang diri di luar rumah dengan beberapa bagasi.

"Aku nak tinggal kat mana ni?". Soal aku pada diriku sendiri. "Nak tak nak, aku kene jugak call Neeza, mana tahu dia boleh tolong aku?". 'huh'. keluh aku

...

"Hai Zaara!". Kata Neeza. Seperti biasa, dia la tempat mengaduh Zaara.
"Neeza, aku tinggal rumah kau untuk beberapa hari boleh tak?".
"Boleh! Tapi asal suara kau macam baru nangis?". Soal Neeza selepas mendengan suara rakannya.

Neeza la satu-satunya kawan yang Zaara ada. Diorang dah kawan sejak kecil lagi. Mak bapa Neeza pun rapat dengan aku sampai suruh aku panggil dorang ibu ayah. And Neeza selalu ada bila Zaara dalam masalah.

"Nanti aku bagi tahu. Bukakan pintu ni boleh tak?".
"Eh kau dah sampai ke? Lajunye".

....

"Ya allah, jahatnye makcik kau. Kalau ye pon tak ya la nak buat macam tu. Tak pe babe, i'm here for you. Nak tinggal setahun kat sini pon boleh". Pujuk Neeza cuba untuk menenangkan Zaara selepas menjelaskan perkara sebenar kepadanya.

"Aw, thanks Neeza. Kau je la yang aku ada, kalau dulu aku ada nenek. Semua benda aku luahkan dekat dia tapi sekarang dia da takde". Zaara menitiskan air matanya. Teringat di mana neneknya sahaja yang menjaga Zaara selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan langgar lari.

"Tapi.. betul ke kau nak kahwin dah?". Soal Neeza tiba-tiba.

"Nak buat macam mana? makcik aku dah sign semua tu. Aku sepatutnya cari duit lebih keras. Baru makcik tak buang aku, tak kahwin kan aku...". Jelas aku sayu.

"Ish.. Zaara boleh tak kau tak payah cakap pasal cari duit tu?! Kau tak sedar lagi ke yang kau tu da buat yang terbaik nak carikan duit untuk diorang. Kau tak penat ke? 4 pagi lagi da pergi pergi kerja kat 24 hour tu, pastu habis kerja je, baru nak solat subuh. Jam 8 kau gerak pergi sekolah. Habis sekolah, kau pergi sambung kerja pula kat restoren. Tutup kedai, kau sambung pula kerja jadi cleaner. Aku curious la, kenapa korang nak setiap hari ek bersihkan dewan yang besar tu? Dah la besar nak mampos, lepastu setiap hari pulak tu nak bersihkan". Bebel Neeza.

"Dewan tu biasanya kena guna oleh VVIP bila ada temu bual. Sebab tu la kitorang kena bersihkan. Takkan kau tak kenal dewan yang selalu keluar kat tv tu?". Balas Zaara ringkas.

"Tauuu..."

"Dah la. Jom tidur? Aku ngantuk ni.. Huaaa". Zaara menahan mengantuknya. Dalam beberapa minit Zaara dan Neeza pun tidur

...

*alarm sound

"Zaara, bangun.. Kau nak kerja kan harini?".

"Hari ni aku tak nak kerja la". Balas Zaara sambil mengosok matanya.

"Kenapa?". Tanya Nezza.

"Aku malas plus aku penat. Nak rehat je satu hari ni".

"Bagus la tu kau rehat. Tapi kau taknak bangun ke?". Soal Neeza lagi.

"Aku kan malas nak kerja, lupa le tu".

"Dah subuh la Zaara oi.. Tak nak solat ke?!".

Tanpa membuang masa Zaara bergegas menuju ke tandas dan mrngambil air wuduk.

...

"Ibu oh ibu?! Kitorang nak jalan ni, boleh ke?". Izin Neeza dan Zaara

"Pergi mana?". Balas ibunya daripada dapur.

"Shopping!".

"Okay! Hati-hati tu!" Jerit ibunya lagi yang bernama Hazlina.

"Okay, bye ibu! Kitorang pergi dulu tau!".

"Ye.."

Dalam 40 minit mereka tiba di mall

"Nak beli apa eh?". Tanya Zaara setelah masuk ke dalam mall yang luas dan cantik itu.

"Tah la, beli baju nak?"

"Haah la, aku pun da kekurangan baju dah. Jom masuk kedai tu!". Ajak Zaara lalu menarik tangan rakannya.

...

"Cantik tak?". Zaara membelek-belek pakaian yang dipakainya dihadapan cermin sementara jawapan keluar daripada mulut Neeza.

"Masya Allah, lawanye kawan aku nii!!". Jeritan Neeza membuat bahu Zaara tersentak.

"Really? Cantik ke? Macam tak cantik je.."

"You look so stunning, Zaara. Not gonna lie". Jujur. Jujur aku cakap, Zaara nampak macam orang lain.. macam bukan dia pun, ya.

Biasanya Zaara takde masa nak pakai baju cantik. Sebab dia sibuk sangat dengan dunia dia tu. Dunia yang mengerikan. Yang dia tau duit, cari duit, cari kerja. Tu je. Oh sama, yang bagus pasal Zaara aisyah ni.. dia tak pernah tinggal solat. Biar lambat macam mana pun dia tetap solat.

...

"Neeza betul ke tak payah bayar?".

"Iyeee...berapa kali kau nak tanya? Aku ikhlas nak belikan kau baju tu lagi pun kau nampak cantik bila pakai dress. Pakai tau dress tu, jangan tak pakai pula.. Oh sama, dress tu ngam kalau kau pakai dengan tudung warna putih sebab dress tu colour dia yellow pastel so kau kena la match kan dengan colour soft juga!". Jelas Neeza.

"Aw thank you so much, now biar aku pula yang belanja kau hehe". "Kau nak apa? cakap je apa-apa. Insya Allah aku dapat belikan". Risau pula kalau dia nak benda yang mahal. Ye la, aku ni pon bukannye kaya sangat.

"Betul ni, apa-apa je?". Soal Neeza dengan ragu-ragu..

Gulp

Zaara mengangukkan kepalanya perlahan .

"Okay, kalau macam tuu aku nak..."

"Kau nak??..".

"Aku nak makan la Zaara. Laparr". Kata Neeza sambil menunjukkan muka kesian.

"Alolo lapar ke?"

"Hmm..". Neeza memeluk tangan kiri Zaara.

"Ish, mengada la kau ni.. "

"HAHAHAHAH". Zaara dan Neeza ketawa selepas melihat perangai masing-masing.

"Huh". Keluh Zaara dengan perlahan. Dia tahu bahawa tidak lama lagi dia akan berjauhan dengan rakannya. And actually Zaara yang ajak Neeza shopping. Saja nak luangkan masa dengan Neeza.

"Zaara kenapa asyik tangkap gambar aku je? Kenapa tak tangkap gambar kau sekali? Or kita berdua?". Soal Neeza. Kalau boleh ini dah kali ke 100 kut dia ambil gambar aku.

"La yeke? Takpe kalau macam tu jom kita sama-sama bergambar". Ajak aku lalu menarik lengan Neeza..
"Say cheese!". "Cheesee!!". Aku menekan button camera. Dan itu la gambar terakhir kami berdua bersama. Tak tahu bila lagi dapat jumpa. Hm.

end of bab 1

so how? okay ? i'm not sure kalau okay atau tak. thts all bye guys see ya at bab 2

Until we meetWhere stories live. Discover now