Bab 1

891 23 12
                                    

"Welcome back, Qareef Mifdzal." jerit Jauhari dari jauh . Qareef yang mendengar suara itu terus menoleh ke arah tersebut.

Jauhari terus mendapatkan Qareef yang baru keluar dari balai ketibaan itu. Tanpa sebarang amaran, dia terus memeluk Qareef dengan selamba. Sempat dilayangkan ciuman di pipi lelaki itu.

" Hoi, kau ni agak-agaklah nak peluk aku kat sini siap kiss lagi. Orang ramai tengoklah." marah Qareef terus dilepaskan pelukan dan menjauhi rakan baiknya itu. Pipi disapu kasar.

Najis Mughalazah!

'Cis! Hampeh punya kawan. Nanti orang ingat aku gay pulak.' kutuk Qareef dalam hati. Dia mengeleng-gelengkan kepala.

" Aku rindu kau, bro." Jauhari masih lagi mahu mengusik sambil membuat gaya seakan mahu memeluk Qareef lagi sekali

Qareef terus menolak diri Jauhari jauh-jauh. Seram oiii..

"Sakai punya member!" ujar Qareef. Ditunjal kepala itu. Bahaya betul kawannya itu. Rasanya dia yang belajar ke luar negara. Kenapa seakan kawannya itu yang terkena kejutan budaya?Atau lebih tepat kejutan buaya!

" Macam mana kau kat sana, okay?" soal Jauhari. Dia buat tidak tahu dengan kerutan lelaki itu. Dicebik manja.

'Nak manja sikit pun tak boleh' rungut Jauhari dalam hati.

"Aku okay je." balas Qareef ringkas

Dia menilik tubuh itu dari bawah sampai atas. Dilihat kawannya semakin kacak. Mesti ramai yang terpikat tapi siapa jelah mampu tahan dengan kawannya ini yang mempunyai prinsip yang teguh dari dulu.

Antara dia dan Qareef memang banyak perbezaan. Dia berkulit hitam manis manakala, Qareef memiliki kulit yang cerah. Namun, kekacakkan mereka masih setaraf.

Hahahahahah.. sempat dia perasan lagi. Aduhai!

" Wey, berangan kau eh?" Qareef mencubit lengan Jauhari yang asyik mengelamun.

" Mana ada." Nafi Jauhari menyembunyikannya. Malulah lelaki macho sepertinya kantoi berangan!

" Aku nak tanya something ni." Ucap Qareef teragak-agak.

" Aku tahu kau nak tanya apa tapi sebelum tu..." tidak sempat Jauhari mahu menghabiskan bicara, terdengar satu suara memanggil dari jauh.

"Abang!" Dari jauh kelihatan seorang gadis menjerit namanya, sambil berlari anak.

Mereka berdua terus menoleh ke arah suara itu.

Terus terukir senyuman di bibir Qareef. Terlihat juga kelibat kedua-dua orang tuanya. Rindu!

Langkah terus menuju ke arah kedua-dua orang tuanya yang semakin menghampiri mereka. Dikucup lembut tangan daddynya. Dipeluk erat.

" Alhamdulillah, sampai juga Qaf." Dipeluk tubuh satu-satunya anak lelakinya.

Beralih pulak ke arah mummynya. Wanita tua itu sedang mengelap sisa airmata di pipi.

Qareef terus memeluk syurganya itu. Erat.

" Mummy rindu Qaf." Dipeluk erat anak lelakinya.

Alhamdulillah, setelah 5 tahun berjauhan dengan anaknya, membuatkan dia berasa bersyukur dikurniakan kesempatan untuk bertemu anaknya kembali.

Tidak sempat Qareef mahu memeluk adiknya yang paling comel itu, Qareef sudah dibebel.

" Kenapa abang lama sangat, ha.. kat sana? Awat? Dah jumpa bakal kakak ipar Reen ke? No! Kalau orang putih Reen tak nak, sebab dia mesti tak dapat buat sambal belacan, tau." nada Reen merengek-rengek. Manja.

Qaireen Miekyla, Itulah adik kesayangannya walaupun sudah mencecah 21 tahun, adiknya itu tetap dimanjakan seperti budak lima tahun.

" Haah, abang ada bawa bakal kakak ipar Reen. Cun tau!" Kata Qareef sekadar mengusik.

" Eiiiiiiii, abangggg!" Muncung Qaireen sudah sedepa panjang.

Qareef ketawa terbahak-bahak.

" Taklah. Selera abang masih orang kita, orang Malaysia. Sambal belacan dengan cicah budu."ujar Qareef sudah tidak sanggup lagi melihat muncung adiknya. Kalah itik tokwi! Hahaha..

Qaireen masih lagi merajuk.

Jauhari dan kedua-dua ibu bapanya hanya mampu menggeleng. Sudah lali dengan keletah dua beradik itu.

" Okok.. abang ada coklat tau." Qaireef segera menunjukkan coklat kegemaran adiknya itu.

Terus hilang muncungnya!

" Yeayyy.. sayang abang." Qaireen terus dipeluk lalu dikucup abangnya itu.

" Adik, sudahlah.. jangan buli abang tu. Jom balik, mummy dah masak special untuk Qaf. Jau pun jomlah ikut sekali" ujar Datin Syafikah terus masuk campur. Makin dibiarkan, makin melarat dua beradik ni.

Qaireen terus mengikut langkah Mummy dan Daddynya. Sementara Qareef bersama Jauhari masih dibelakang.

Qareef menggeleng sahaja. Walaupun adiknya itu seakan tidak matang tetapi sejak kecil wanita itu lah menjadi penguat semangat. Love you so much, Qaireen Miekyla.

" Ha.. jomlah, Qaf. Aku pun tak sabar nak melantak mummy kau masak ni." ucap Jauhari selamba.

Tidak dihiraukan pandangan tajam Qareef. Kenapa salah ke?Dah orang ajak takkan nak tolak? Rezeki tu huhu.

" Jau... kau ada jumpa dia tak?" soal Qareef tenang.

Jauhari mengeluh. Hanya gelenggan yang mampu diberikan.

Qareef mengeluh berat.
Dipejamkan mata. Nafas ditarik lalu dilepaskan.

" Jomlah.. kita ada masa lagi, Qaf." ditepuk bahu lekaki itu bagi memberi kata semangat walaupun dia sendiri tidak pasti apa akan jadi selepas ini.

' Awak kat mana..' Bisik hati Qareef perlahan. Sambil kaki melangkah perlahan-lahan meninggalkan airport tersebut.

******************************

Hi, i tak tahu nak cakap apa haha. Tiba2 otak gila i nak publish buku kedua ni. So, just baca je, okay?

From, Your Sexy Author, Adelia.

Ambition:Jadi Author paling Sexy, Femes, Hot, and Spicy! haha.

Happy Reading.

Kembalikan Cinta(Hiatus)Where stories live. Discover now