Bab 9

181 10 2
                                    

Qareef dan Qaireen berjalan beriringan ke dalam syarikat milik arwah bapa saudara mereka. Bilik sepupu mereka dituju yang berada di tingkat tujuh bangunan itu. Kedengaran banyak suara yang berbicara saat memandang ke arah mereka adik-beradik. Mungkin kerana wajah 'asing' yang menyinggah.

Sampai saja di tingkat tujuh, Qaireen terus bertanya kepada kaunter yang berdekatan dengan bilik abang sepupunya itu.

Setelah ditunjuk arah, mereka melangkah ke bilik itu dan pintu diketuk perlahan.

Qareef memberi salam sambil menyelak daun pintu dan menjengok ke dalam. Kedengaran salamnya dijawab dari empunya diri. Mereka terus menapak masuk ke dalam.

"Abang Acap! Huaa.... Reen rindu abang." ujar Qaireen terus menerpa ke arah abang sepupunya itu. Tangan dihulur untuk bersalam.

"Alahai, abang Acap pun rindu adik abang yang paling cute ni." kata Haider sambil menyambut huluran tangan Qaireen lalu menghayun langkah ke arah Qareef.

"Cousin kesayangan aku." kata Haider kepada Qareef sambil mendepakan tangan.

Qareef memeluk Haider. Lama mereka tidak bertemu.

"Lama tak jumpa kau, makin hensem ye." puji Haider setelah melepaskan pelukan.

"Takdelah. Biasalah tinggal kat negara orang putih, cuaca berbeza dengan Malaysia ni. Sorry kalau kami datang ni ganggu kau kerja pula. Hari ni aku cuti, teman budak ni pergi shopping sebab gara-gara semalam aku tak pergi majlis tu." ujar Qareef sempat diperli adiknya itu.

Qaireen menjeling tajam abangnya itu.

"Sorry semalam aku busy tak dapat pergi." Qareef memohon maaf.

Tidak sempat Haider berkata lanjut. Pintu bilik Haider terbuka dari luar.

"Sayang... jom lunch." Muncul seorang gadis cantik. Namun, wanita itu seakan tersedar.

"Oh... sorry I tak tahu you ada tetamu." ujar gadis itu.

Qareef sedikit berkerut tatkala terdengar suara itu. Suara yang dirasa tidak asing lagi dari menyapa halwa telinganya. Perlahan-lahan Qareef menoleh ke belakang.

Terpaku. Saat mata mereka sama-sama bertentangan tepat. Buat seketika Qareef terkedu, begitu juga Delisya.

"Hish, baby ni... kan I dah pesan kalau nak masuk tu bagi salam." kata Haider sambil mengambil langkah ke arah Delisya yang masih terpaku berdiri di situ.

Qaireen memandang Qareerlf dari sisi. Dia juga terkejut seperti abangnya ketika melihat wajah wanita itu.

"Baby, I nak kenalkan cousins kesayangan I dan adik kesayangan I." ujar Haider. Diraih lengan Delisya yang berlapik itu. Walaupun tunangnya tidak bertudung tetapi batas tetap perlu dijaga. Bertuahnya dia kerana memiliki gadis di sisinya ini.

Delisya hanya menurut. Dimaniskan wajah semula walaupun hakikatnya dia sangat kekok.

"Qaf, kenalkan ni tunang aku, Delisya Amnah. Reen pun semalam tak sempat jumpa kan?" soal Haider.

Qaireen mengangguk laju. Ditoleh ke wajah abangnya lagi.

Sementara Qareef cuba membuat muka selamba. Nafas ditarik dalam dan lepaskan dengan tenang.

"Saya Qareef." ujar Qareef menghulur tangan.

Delisya hanya memandang sepi huluran tangan itu.

Terukir senyuman sinis di wajah Qareef. Dia cuba memerhati reaksi Delisya.

Delisya berdecit dalam hati tatkala melihat senyuman itu. Sinis benar.

Qaireen yang melihat suasana tegang itu cuba mengalihkan perhatian. Haider pula sudah sedia tahu bahawa Delisya tidak suka bersentuhan tangan dengan lelaki lain.

Qaireen terus menghulur tangan dan ianya disambut baik oleh Delisya. Senyuman diukir seadanya.

"Ha, apa kata kita berempat pergi makan nak tak?" Qaireen memberi cadangan.

Haider dan Qareef terus mengatakan persetujuan yang diutarakan Qaireen. Cadangan yang baik sekali.

"Eh, korang pergilah... I tak boleh join. Banyak kerja ni." Delisya terus menolak. Dia tidak senang sebenarnya dengan pertemuan mengejut ini.

" Alah, baby... semua ni boleh settle nanti, I kan boss." Kata Haider merengek manja. Cuba memujuk.

"Ceh, tak malu betullah kau ni Acap... malulah sikit kat Reen ni." kata Qareef cuba meredakan rasa bengang di hati. Tiba-tiba pula dia berasa panas membahang.

Haider terus tersipu malu. Tak difikirkan ada budak bawah umur di kalangan mereka.

Delisya hanya menggeleng kepala. Wajahnya turut memerah. Malu pula kerana ditegur secara direct.

" Takpe you pergi jelah... lagipun macam menganggu je. I ni baru keluar dengan Fal tadi." Delisya menolak lagi.

"Jom jelah, Cik Delisya... nanti encik tunang awak ni merajuk, susah juga kan." kata Qareef diselit nada perlian di situ.

"Mana kau tahu nama tunang aku?" soal Haider pelik.

"Bukan tadi kau yang kenalkan ke?" soal Qareef semula.

Haider menepuk dahi.

"Lupa. Sebab bila aku pandang wajah tunang aku ni, aku lupa terus segalanya." kata Haider sambil mengenyitkan mata kepada Delisya.

"Hish, ada-ada je you ni tau." kata Delisya mencubit manja lengan Haider.

"Hahaha... kelakar." Qareef ketawa tapi, dalam hati berbulu matanya melihat kemesraan di hadapannya ini. Huh!

Delisya menjeling sekilas ke arah Qareef. Kelihatan agak tegang wajah itu.

Qaireen yang memerhati dari tadi hanya mengeluh. Bukan dia tidak tahu abangnya ini sudah terluka dengan adegan ini. Tidak disangka mereka akan berjumpa dengan gadis yang selama ini abangnya cari.

"Ha, jomlah." ajak Qaireen. Tidak mahu Haider perasan tentang ketegangan antara Qareef dan Delisya.

"Jom sayang." pujuk Haider.

"Hurm, okay... you turun dulu I nak ambik handbag kat meja I." kata Delisya.

Haider mengangguk.

Setelah memastikan mereka semua itu turun, Delisya terus ke mejanya. Dia termenung seketika. Tidak menyangka selepas 8 tahun dia kembali bertemu lelaki itu. Serta-merta airmata dia menitis.

Teringat kembali bagaimana lelaki itu meninggalkannya dan saat itulah dia jatuh sakit. Sakit yang teramat.

"Saya mintak maaf." Kedengaran suara Qareef dari belakang.

Delisya cepat menghapus airmata di pipinya. Terkejut dia mendengar suara itu. Tapi, dia masih stastik tidak bergerak dan membelakangi Qareef.

"What do you mean?" soal Delisya sambil menoleh ke arah Qareef. Disilang tangan ke dada.

Qareef memandang tepat ke wajah gadis di hadapannya. Sudah banyak perubahan di wajah gadis ini. Tampak semakin matang dan...

Dingin.

"Awak sihat?" Dibiarkan soalan Delisya tetapi diganti dengan soalan lain.

Delisya tersenyum sinis.

"Awak? Sejak bila kau-aku menjadi awak?" soal Delisya sinis.

Delisya hanya tersenyum.

"Sejak saya rindukan awak setiap hari." jawab Qareef tenang.

Delisya ketawa kecil. Bertambah sinis.

"Alright." balas Delisya sepatah. Dia terus mengambil beg tangan dan terus meninggalkan Qareef di situ.

Qareef hanya tersenyum melihat gadis itu meninggalkannya. Mungkin ini balasan untuk dia apabila 8 tahun lalu dia juga telah meninggalkan wanita itu. Dalam masa yang sama dia mengeluh. Menyesal?Ya, dia menyesal.

Quotes.

Penyesalan akan wujud setelah kehilangan yang terbaik.

Kembalikan Cinta(Hiatus)Where stories live. Discover now