Bab 11

224 8 3
                                    

Selepas habis sahaja dari Gym, Delisya dan Nelly menghabiskan masa membeli-belah. Delisya yang sememang aktif dalam Gym membuatkan Nelly turut terpengaruh. Pengaruh rakan sebaya katakan. Tetapi tidak dinafikan gadis sexy itu obses dengan "Body Goals" dan kecantikkan kerana wanita itu pernah dikutuk kerana memiliki badan gempal dahulu. Manusia hanya inginkan kesempurnaan tanpa ingin menemani prosesnya.
Biasalah girl, selain tak habiskan duit Daddy Sugar diorang mesti habiskan duit Pak we diorang, eh lupa Nelly single! hahaha.

Nelly:Si Adel ni kalau aku sekeh ni ada yang jadi arwah ni hilang sexy kau tu nanti.

Me:terima je hakikat tu,Cik Nelly Amanda. huhu.

Ketika menunggu Nelly menghabiskan duit tunangnya. Tengok! inilah sahabat sejati haha.

Delisya menuju ke kedai Popular sekadar mencuci mata. Mungkin ada buku yang menarik. Apa lagi arah dituju ke barisan novel-novel kegemarannya.

Seketika kenangan itu menerjah...

Flashback

"Reef... sini-sini, bestkan tajuk novel ni." ujar Delisya kepada Qareef yang sedang khusyuk menilik buku berkaitan perniagaan. Lelaki itu minat ke arah itu sedangkan pada dia amat membosankan. Tapi, lelaki itu tidak pernah membosakan hari-harinya hehe.

Diambil novel tersebut lalu dibaca perlahan.

"Kekasih hati Mr Bodyguard." Qareef mengangkat kening kepada Delisya. Mata Delisya sudah bersinar-sinar.

"Del, kita datang sini nak beli buku BELAJAR bukan nak beli buku CINTA kau ni." kata Qareef sambil meletakkan kembali novel tersebut di rak.

"Alah... awak ni kan bukan selalu saya nak beli. Sama je macam mama tak bagi saya beli." ujar Delisya sudah menarik muncung panjang. Benci!

Qareef menggeleng sudah tahu tabiat wanita itu yang suka sangat dengan novel cinta.

"Nope, I say no, so the answer is no, Del." kata Qareef tegas. Jika tidak tegas gadis ini pasti akan membuat hal.

"Okay, fine!" akhirnya Delisya mengalah. Sempat menghentak kaki lalu berlalu. Tiada mood terus ingin membeli.

Qareef menggeleng dengan tingkah Delisya. Dia memandang novel itu lama sebelum mengeluh.

Sepanjang perjalanan balik, Delisya hanya diam membisu. Mungkin masih merajuk.

"Dah sampai." kata Qareef memecahkan kesunyian. Gadis sebelahnya itu hanya diam membisu sejak tadi. Merajuk barangkali.

"Okay." kata Delisya terus ingin membuka pintu kereta tetapi dihalang Qareef.

"Kenapa?" soal Delisya. Nada masih dibuat merajuk. Sedangkan tidak, selepas keluar dari kedai buku lelaki itu belanja aiskrim magnum, huhuhu. Tapi jarang Cik Delisya Hot kita ni nak merajuk sekejap(kalah Author!)

Qareef terus mengacapai sesuatu di tempat duduk belakang lalu dihulurkan kepada Delisya.

Wajah Delisya sudah bertukar riak ceria.

"So, merajuk lagi ke?" soal Qareef sinis.

Delisya menjeling tajam. Tidak dihiraukan dengan senyuman sinis lelaki itu janji novel kesukaannya sudah di tangan.

Let go baby!

Itulah Qareef Mifdzal. Lelaki istimewa di mata Delisya. Walaupun dingin yang ditunjukkan tetapi Lelaki itulah yang ada ketika susah dan senang. Anugerah terindah untuk Delisya Amnah.

Kembalikan Cinta(Hiatus)Where stories live. Discover now