🌸
Ujian bulanan pertama berlalu. Walaupun aku tak tengok keputusan. I know i will lose. Chanhee wins.
“ Ppalli, cakap lah. Kau nak makan apa. ”
Memandangkan small party tu berlangsung selepas habis waktu kelas, sempat la aku menyelinap keluar dari kolej tengah hari ni nanti.
Chanhee diam saja dari tadi.
“ Berapa markah kau? ”
“ Tak payah tahu lah. ”
“ Teruk sangat ke markah kau? ”
Aku mengetap bibir. Kenapa dia nak tahu sangat?
“ Aku tak tengok pun markah aku. Sebab aku tahu kau yang menang. ” Chanhee pandang aku, berkerut. Dia diam lagi sebelum membuka phone.
“ I need your matric number. ”
“ Apa? ”
Dia tidak menjawab, sebaliknya menarik kad matrik yang tergantung pada leher aku. Hampir saja aku terlanggar badan dia— tak guna.
“ Tak ada lah teruk sangat. ”
Aku mencebik geram. Patutlah minta nombor matrik aku. Dia masuk laman web kolej untuk tengok markah aku dengan mata sendiri.
“ Berapa aku dapat? ”
“ 68% ”
“ Kau? ”
“ Em— 98% ”
Aku dah agak. Mana mungkin aku mampu lawan Chanhee.
“ Tak teruk kau cakap? Cuba kira berapa beza kita— ”
“ 30% ”
Geram pula aku dengan dia ni. Sengaja betul rosakkan mood aku. Entahlah, aku memang dengki sikit dengan orang bijak. Aku ni bila la agaknya nak jadi pandai.
Penat jadi beban kelas sendiri.
“ Dahlah! Aku beli saja apa apa, jangan complain pula! ”
Makin lama makin menyampah pula aku pandang dia ni. Aku berlalu sambil menghentak kaki, sakit hati punya pasal.
YOU ARE READING
confession. chanhee
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ a confession from me to you. ft. choi chanhee random malay short story © -sarahee, 2022