🌸
Pejam celik tinggal lagi seminggu sebelum final exam. Rutin biasa, habis saja kelas aku kena heret dengan Chanhee pergi library.
“ Dah siap soalan aku bagi semalam? ”
“ Dah. ”
Aku tolak buku aku padanya, penuh dengan jalan kira matematik.
“ Dah ready? ”
“ Ready apa? ”
“ Final exam. ”
“ Siapa je yang ready untuk final exam. Lain lah kau. Hari hari study, mesti lah boleh score. ”
Chanhee memutar bebola matanya. Aku tahu dia menyampah. Dia tak suka aku cakap macam tu.
“ Aku pun manusia biasa juga. ”
“ Ya, kau manusia biasa dengan otak kalkulator. ”
“ Leah, aku maksudkan benda lain. ”
“ Apa? ”
“ ... ”
“ Hey, apa dia? Cakap lah. ”
“ Tak ada apalah. ”
Paling aku geram dengan dia ni, suka sangat cakap separuh jalan. Maksud ayat tu tak pernah sampai pada aku.
“ Kau ni kan. Selalu cakap ayat berbelit. Aku tak faham. ”
“ Kau nak aku cakap macam mana? Terus terang pada kau? ”
“ Ya. Takpayah berkias sangat. ”
“ Aku nak cakap aku ni pun ada perasaan juga. Bukan setakat otak kalkulator yang kau sebutkan tadi. Boleh tak kau anggap aku ni macam orang lain juga? ”
“ ... ”
“ Leah? ”
“ Aku tak faham lah, Chanhee. Maaf, otak aku dah tak mampu nak tafsir ayat berbelit belit macam dalam kelas sastera. Sejak masuk sini, otak aku mampu terima fakta dan teori yang tepat dan padat macam biology dengan chemistry je— ”
“ Aku suka kau lah, puas hati? ”
Wow, fakta ni lagi susah untuk difahami daripada fakta Markovnikov’s rules.
YOU ARE READING
confession. chanhee
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ a confession from me to you. ft. choi chanhee random malay short story © -sarahee, 2022