3 - BMW vs Honda

1.4K 22 0
                                    

"Mana nak parking ni? Semua penuh. Kau turun kan aku dulu boleh? pinta Intan kepada Rizal.

"Cantik muka kau. Sabar sikit ya!" Rizal membalas tegas.

"Aku dah kata on-time, pukul 1 baru kau muncul" Intan tak nak mengalah. Rizal diam tanda salah. Dia ketiduran tadi.

Satu lagi pusingan dilakukan di tempat parkir. Rezeki ada sebuah Myvi merah menyusur keluar. Rizal ambil peluang untuk pantas masuk ke kotak parkir tersebut.

Kedengaran bunyi hon sebelum Rizal sempat membelok. Hon itu datang dari sebuah BMW 4 Series Coupe berwarna biru metallic. Lampu signal kereta itu berkelip-kelip sebagai tanda "aku dah chop dulu"

Myvi merah menyusur keluar untuk membiarkan BMW itu bertelingkah dengan Honda Type R milik Rizal.

BMW tangkas mengambil tempat. Begitu juga Honda. Berlaku perebutan.

Tingkap BMW di bahagian pemandu di turunkan. Zain menjengah keluar mukanya.

Di kereta Honda, Intan pula memunculkan kepala di tingkap.

"Saya dah tunggu situ sebelum adik sampai" kata Zain kepada Intan. Wajah pemandu Honda tidak dapat dilihat oleh Zain.

"Sorry Abang eh bang ar.. er kami tak perasan. Maaf yer" balas Intan tergagap kerana terpesona dengan wajah kacak dan comel Zain. Iras-iras wajah Jo In-sung.

Intan memberikan arahan kepada Rizal untuk mengalah. Rizal akur dan mengundurkan Honda.

BMW Zain mengambil tempat. Honda Rizal meneruskan pencarian.

"kau lah ni.. kalau tak dah setel masuk makan nasi minyak" marah Rizal.

"Wei muka brader tadi mcm pelakon korea weh citer Winter apa ntah.. comel gila" reaksi jakun Intan.

"'Malang Burn dapat tunang macam kau ni. Ni masalah tak setel. Balik lah wei" kata Rizal.

"Takpe Burn jauh. Zal aku nak pergi toilet bagi aku turun dulu. Nanti aku masuk aku cop kan kerusi kau. Tak tahan ni" rayu Intan lagi.

Rizal memberhentikan kereta di depan lif. Intan melangkah keluar.

"Pandai-pandailah kau cari parking Zal" ketawa Intan sendirian.

Setelah beberapa kali tawaf barulah Honda milik Rizal berjaya merehatkan diri. Dia bergegas keluar kereta dan berjalan menuju ke lif.

Zain juga mula mengambil langkah keluar dari perut kereta menuju ke lif. Hampir 20 minit Zain menunggu dalam kereta untuk memastikan Zalika datang dulu. Itu konon nak datang awal kalau dah perempuan bersiap. Sinis senyum Zain sendirian.

Pintu lif hampir tertutup.

"sekejap" laung Zain.

Pintu terbuka kembali. Zain senyum kepada Rizal

"Thank you" senyuman manis Zain dilemparkan kepada Rizal.

Zain mengangkat tangan untuk menekan butang nombor 5. Lokasi dewan.

Rizal juga mengangkat tangan untuk menekan butang nombor 5.

Tangan mereka bersilang. Jari bersentuh.

"Owh pergi kenduri ke bro" tanya Rizal.

"Yes. Tingkat 5" Zain senyum.

Lif berhenti. Zain dan Rizal melangkah keluar menuju ke dewan bersama dan seiringan.

Kawin (BoyLove❤️BL)Where stories live. Discover now