28 - Kau/Aku

765 15 3
                                    

"You last week masa kat kampung I ada discussed with my parents. Dia orang okay if kita nikah terus tanpa bertunang. Parents I kata tak perlu membazir buat dua majlis" Zalika memulakan bicara.

"Alhamdulillah" Zain tersenyum.

"But.. even tak perlu tunang pun tapi parents I nak ajak famili you and you also datang ke Johor untuk kenal-kenal.. you okay tak?

"Bila?"

"You plan with your family and propose date.. nanti I check with my parents"

"Ok sayang.. so untuk nikah pula macam mana? Dah ada tarikh?"

"Mak i suggest bulan February next year... 20.02.2020"

"Eh masa kat Kuantan hari tu you cakap December 2020.. ni awal pulak"

"Kenapa you macam tak suka.. I thought you will be excited kalau lagi awal" nada Zalika merajuk.

"Janganlah salah faham.. sekarang dah Ogos so kita ada lagi 6 bulan sahaja.. sempat ke nak plan majlis?"

"Sebab tu la tak perlu buat engagement... hal tu cik abang jangan risau nanti masa famili you dengan I jumpa kita discuss. Mungkin cuti hari merdeka nanti you boleh datang ke Johor"

"Ok I call my sister dulu ya... eh you makan lah asyik sembang je nanti lambat masuk ofis"

"Suap sikit nasi goreng you tu" pinta Zalika.

Zain menyuakan makanan ke mulut Zalika. Namun sumpah dalam hatinya apa yang dia serabutkan adalah Rizal. Dia tak sangka hari itu akan tiba secepat ini.

Wajah Zain senyum dalam kerisauan. Makanan yang dijamah mula terasa tawar.

————————————————————

Pagi hari Sabtu yang tinggal beberapa minit sebelum melangkah ke waktu tengah hari. Rizal sedang bersiap-siap untuk berjumpa dengan buah hati yang masih belum rasmi. Jeans Levis berwarna biru yang disarungkan itu dipadan dengan kemeja Burbery ungu pemberian Zain.

"Balik lambat ke" soal Zain yang sedang baring di atas katil sambil membaca naskah novel Benedict Wells.

"Tak sure lagi bro.. tadi masa called dengan Faz kita orang just planned for lunch. Apa-apa nanti aku WhatsApp kau ya sayang... okay?" balas Rizal sambil menyisir rambutnya di hadapan cermin besar itu. Sekilas nampak wajah Zain yang sedang memerhatikan dirinya. Rizal tahu yang Zain akan kebosanan.

"Kau tak ada plan apa-apa ke weekend ni" soal Rizal lagi.

"Ada lah.. spend time dengan kau.. my sweet lover" Zain membalas dalam ketawa.

"Adoi berkepit je.. Maksud aku keluar dengan Ika or kawan-kawan kau yang lain?" tegas Rizal

"Malas.. aku lagi suka lepak dengan kau. Balik cepat tau.. nanti aku rindu"

"Baiklah abang Zain sayang.. adinda ikut perintah. Jangan lupa makan.. maggi banyak tu and dalam fridge ada balance nasi Kfry semalam"

"Baik tapi aku makan lepas kau balik nanti"

"Ngada nyer pakcik tua ni"

"Eh next week cuti hari merdeka aku dengan famili aku pergi Johor.. jumpa famili Ika..kau nak ikut?"

"Aku orang luar lah.. lagipun Ika slow sikit dengan aku pasal Hidayah. Ingat hari tu kita pergi main bowling sama. Emo je muka dia.. Eh by the way kau pergi Johor ni bertunang ke?"

"Tak just jumpa nak kenal-kenal.. dulu"

"I see.. kalau dah ada tarikh bagitahu"

"Amboi tau la nak jumpa Faz kau tu.. tapi dengan "fast"nya kau stop kan hubungan cinta terlarang kita"

Kawin (BoyLove❤️BL)Where stories live. Discover now