Chapter 1

1 1 0
                                    

"Assalamualaikum emak! Emak apa khabar?"
Sapa Aaira dengan cerianya.

"Khabar baik. Adik macam mana sihat ke dekat sana?"

"Alhamdulillah sihat. Emak sebenarnya adik otw pergi rumah mak ni. Dalam pukul 6 nanti adik sampai. Emak tak payah masak tau adik dah beli lauk nanti kita panaskan je."
Disebabkan cuti seminggu baik aku habiskan masa dekat rumah emak ja rindu rasanya nak peluk emak dan ayah

"Kenapa adik tak bagitahu emak yang adik nak balik kalau tak boleh emak masakkan sedap-sedap."

"Sebab tula adik tak nak bagitahu emak yang adik nak balik. Emak rehat ja. Bye adik kena letak dah ni nak solat sekejap.

"Yeye bye! Bawa kereta elok-elok ya. Emak sayang adik."

"Sayang mak juga. Muahh"

Ish dah lewat ni baik aku cepat pergi solat ajal ni datang bila-bila masa saja.

______________________

"Ya Allah jem teroknya. Kalau macam ni tak sempat pukul 6 ni agaknya lepas maghrib baru sampai. Itula kau gedik nak belajar jauh dari emak ayah kan dah susahkan diri sendiri."
Kata Aaira kepada dirinya. Sudah 1 jam dia tersangkut di highway rasanya ada kemalangan di hadapan.

Hurm sementara tu sini aku kenalkan siapa Aaira ni.

Aaira merupakan seorang pelajar dalam bidang architecture yang menyambung pelajarannya di Universiti Utara Malaysia. Katanya nak stay di Kedah supaya boleh berdikari duduk jauh dari emak ayah. Aaira ni lahir di perak tetapi membesar di Kedah waktu dia umur 14 tahun emak dan ayahnya berpindah ke Perak semula. Disebabkan Aaira sekeloh berasrama jadi Aaira stay saja dekat Kedah sampai dia habis sekolah.

"Pin!!! Pin!!!"
Kuat bunyi hon kereta belakang Aaira yang sudah tidak sabar dengan kesesakan jalan raya itu.

"Apa pak cik ni hon-hon pulak memang aku boleh bergerak pun kereta depa pun berhenti sabar jela. Bingit telinga orang jela pak cik ni bukan nak selawat ke apa dah tua-tua pun tak ada adab."
Ehh Aaira mana kau tahu belakang tu pakcik ke makcik ke abang ke kakak ke suka hati kau je panggil dia pakcik.

_________________________

Emak laju membuka pinta apabila kedengaran bunyi loceng bergema di rumahnya itu.

"Assalamualaikum anak emak. Lewatnya kamu sampai kata pukul 6 sekarang dah pukul 7.45 dah."
Mulut emak laju bertutur sambil memeluk anak kesayangannya itu.

"Waalaikumussalam emak. Macam biasalah emak cuti ni jem la highway tu. Ni mana ayah dengan abang?"

"Kamu lambat sangat diorang pergi masjid dulu kejap lagi balik la tu. Jom masuk."

"Emak Kak Long dengan Kak Cik tak balik ke rindu pulak adik nak dengar suara diorang."
Itulah lumrah hidup waktu duduk sekali dulu asyik bergaduh dah asing tahu pulak rindu.

"Kak Cik balik esok Kak Long kamu minggu ni dia balik rumah mak mertua dia lah. Minggu lepas dia dah balik sini."

Kak Cik sekarang dalam fasa menggatal bulan depan abang Hafiz nak datang rumah masuk minang katanya. Kak Long dah 2 tahun berumahtangga dan berjaya menghadiahkan aku seorang anak buah yang comel. Abang pula membujang katanya muda lagi baru 24. Dia la paling manja berkepit bawah ketiak emak dengan ayah.

"Assalamualaikum! Hoii sampai pun ko ingat dah lupa jalan balik rumah."
Lantang suara abang menegur kehadiran ku sambil berjalan berjalan ke arahku.

"Waalaikumussalam bro! Bukan lupa jalan balik rumah jem la. Pergh makin berisi ko abang perut dah membesar tu tapi makwe takde juga."
Sapa aku sambil menyilang tangan dengan abangku sebagai pengganti bersalam.

Let's love laterWhere stories live. Discover now