Chapter 3

1 0 0
                                    

017-867 XXXX
satu nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon pintar Aaira. Dibiarkannya telefon itu berdering sambil matanya sibuk melihat dress yang dijahit rapi.

'Minah ni tak reti nak angkat call ke?'
Iffat yang sedang duduk di sebuah sofa yang tidak jauh dari Aaira memandangnya pelik.

Tidak lama kemudian telefonnya berdering nombor yang sama terpapar di skrin telefonnya. Aairaa mengambil keputusan untuk menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Aaira."

"Waalaikumussalam. Ni siapa ya?"

"Ni Daiyan."

"Maaf saya tak kenal awak."
Aaira agak bingung siapa Daiyan? Selama dia hidup tidak pernah dia mengenali mana-mana Daiyan.

"U tak kenal I ke?"

"Maaf sangat-sangat tapi aku memang tak kenal kau. Nak apa ya?"
Aaira yang mula merasa tidak selesa dengan perbualan tersebut mula menukar intonasinya menjadi tegang.

"It's okay if U don't know me. Why don't we meet each other?"

"Hah? Kenapa kau nak jumpa aku pulak. Aku dah cakap aku tak kenal kau. Aku rasa kau salah nombor ni."

"Sharifah Aaira Aamina Binti Syed Razak." Is it you?"

"Wait. How can you know my full name?"
Aaira mula meninggikan sedikit suaranya. Iffat yang memasang telinga dari tadi memandang wajah Aaira yang sepertinya sedang gelisah.

"I tak minta banyak pun I nak jumpa U ja. Next week U free ta?"

"Untuk apa kau nak jumpa aku?"

"I nak kenal dengan U."
Daiyan mengeluarkan hasrat yang sudah lama terbuku di hatinya.

"I'm sorry but I'm not interested in this kind of thing."
Emak yang tiba di sebelah Aaira mencuit bahu Aaira sambil membuat isyarat untuk membuka speaker. Setelah Aaira membuka speaker emak memasang telinga. Bukan sahaja emak sudah semestinya Iffat dan ibunya mendengar segalanya. Aaira hanya membiarkan mereka mendengarnya kerena dia tidak selesa dengan perbualan tersebut.

"I'm begging U Aaira I just want to know you more."

"I don't want to. Kau tak ada hak untuk memaksa aku."

"Aaira why U ni keras kepala sangat. I dah cakap I nak jumpa U sebab I want to know more about U. Why don't you just listen to me."
Daiyan meninggikan suaranya.

"Ishh kau dengar sini aku tak kenal kau sapa dan aku tak nak jumpa kau."

"It's okay Aaira. I give U masa for U to make choice. Don't forget to save my number, sweetie."

"Aku takkan jumpa kau."
Aaira terus meletakkan panggilan tanpa menunggu kata balas dari lelaki yang bernama Daiyan tersebut.

"Orang lain pulak ke?"
Emak sudah lali dengan situasi yang berlaku tadi kerana memang banyak lelaki pernah buat benda yang sama.

"Ni orang lain. Katanya nama dia Daiyan. Adik tak pernah kenal pun nama Daiyan."
Aaira menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg tangan.

"Mana la dia dapat nombor adik? Pelik emak dengan diorang ni."

"Malas la adik nak ambil tahu. Sekejap adik nak try baju ni."
Aku mengambil baju yang berada di sebelahku lalu melangkah ke bilik persalinan.

"Kenapa tu Sarah?"
Aunty Firda yang hanya mendengar dari tadi mengajukan soalan.

"Biasalah tu Aaira memang selalu ada lelaki yang telefon dia. Termasuk yang ni dah 4 orang."

"Aaira tak nak tukar nombor telefon ke?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Let's love laterWhere stories live. Discover now