'IREONAA YAA IREONAA PABOYA PALLI IROENAAA!!!'
Laju tanganku menggapai ke arah bunyi bingit tersebut. Uishh dah pukul 7.15 ke malasnya lahai aku nak bersiap bagai. Emak ni hari cuti ni bagila aku tidur dengan aman ni tidak boleh ajak aku date pulak. Hurm takpa selamat sayang emak. Lambat-lambat aku turun dari katil lalu mengambil tuala. Selesai mandi aku terus bersiap sambil memekak lagu kegemaranku.
'TOK TOKK TOKKK'
"Iye kenapa? Silakan masuk."
Jawabku pendek sambil tangan sibuk memakai sunscreen."Lahh adik tak siap lagi ke? Kamu ni bersiap lama sungguh ye."
Tegur emak apabila dia melihat anaknya masih bersiap itu."Lahh emak awal lagi kan. Semalam mak kata nak bertolak pukul 8.00 sekarang baru pukul 7.35 makk. Emak juga suruh adik pakai comel-comel."
Pantas aku menjawab setelah mataku melirik melihat jam di dinding yang baru menunjukkan pukul 8.35."Hurmm yela. Adik pakai baju warna hitam kan?"
"Haah warna hitam. Kenapa mak tanya?"
Dia suruh orang bersiap cepat tapi banyak pulak soalannya."Okay bersiap cepat. Emak tunggu bawah okay."
Aku sekadar mengangguk.
___________________________
Okay siap pun. Wah cantik jugak ehh aku pakai dress cenni. Lahh Aaira puji diri sendiri lagi ke tu? Emak suruh aku pakai comel-comel. Boleh la tu hitam pun comel apa cukuplah muka aku yang comel ni. Sudah Aaira sudahhhh. Mataku lirik melihat jam di dinding. It's already 8.05 I need to go right now or mak akan start nagging for the whole journey. Tangan aku pantas menggapai telefon bimbit di meja lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Kunci kereta telah di dalam genggaman.
"Jom! Saya sudah siap."
Kataku sambil menuruni tangga ke ruang tamu."Ishh adik. Kalau sampai lambat salah kau ya!"
Emak menarik muka tidak puas hati."Baik boss."
Sepanjang perjalanan kami hanya berbual tentang perangai ayah yang makin berubah. Emak kata ayah dah banyak berubah sejak aku keluar rumah. Katanya ayah makin selalu meluangkan masa di rumah berbanding dahulu yang sentiasa keluar dengan rakan sepejabatnya. Setelah memandu selama 20 minit alhamdulillah tiba di kafe yang ditujui.
"Adik kenal ke kawan emak yang emak nak jumpa ni?"
Tertanya-tanya pulak aku siapakah kawan emak aku ni?"Adik pernah jumpa dia sekali dekat supermarket. Adik ingat tak Aunty Firda?"
"Hurm macam pernah dengar nama. Tapi muka dia adik tak ingat pulak."
Aku ni bukanlah ingatan scientist ke apa dahla senang lupa aku ni."Kalau macam jom kita turun. Nanti ema kenalkan adik."
Emak membuka pintu kereta sambil bertutur."Jom boss."
______________________________
"Assalamualaikum Firda! Apa khabar? Lamanya kita tak berjumpa."
Emak melajukan langkahnya setelah menjumpai raut wajah yang amat dikenalinya itu."Waalaikumussalam Sarah. Khabar baik. Tengoklah aku sekarang ni makin berisi. Terlebih sihat dah agaknya."
Balas seorang wanita yang agak dikenali olehku. Ouhh aku dah ingat aunty dekat supermarket tu."Aaira kan nama?"
Tergur Aunty Firda yang mengukir senyuman manis sambil menghulurkan salam."Iye aunty, Aaira."
Balasku sambil menyambut huluran salam. Jangan lupa senyuman manis kuberikan seikhlasnya."Cantiknya anak kamu, Sarah.
Kata Aunty Firda sambil menarik kerusinya lalu melabuhkan punggungnya."Kamu datang sendiri ke, Firda?"
Laju kepala emak dipanjangkan seperti mencari seseorang.
YOU ARE READING
Let's love later
Romance"Iffat perkenalkan anak Aunty Sarah, Aaira" Kata Aunty Firda kepada anak lelakinya itu. "Hai" Senyuman dilemparkan kepada perempuan dihadapannya. Aaira sekadar membalas senyuman Siapa sangka pertemuan yang dirancangkan oleh emak mereka telah berjaya...