Terang. Mimpi yang sama lagi. Aku bangun dan perhatikan keadaan sekeliling .Ya..ini adalah mimpi yang takkan pernah berakhir dalam hidup aku.
Tempat yang sama aku pergi . Baju yang aku pun tak ingat berapa kali aku pakai. Mimpi ni lah yang buat aku benci diri sendiri .
" Haih...mimpi ni lagi . Aku tau la aku ni famous plus lawa tapi kalau dapat mimpi macam ni setiap hari , boleh jadi gila . Tapi kan kalau dipikirkan balik, memang setiap hari pun."
Aku melihat sepohon pokok yang tidak jauh dari sini. Bosan dan malas . Untuk tamatkan mimpi ni , aku kena pergi ke pokok itu.
Aku berjalan mendekati pokok yang aku sendiri menjangka umurnya lebih dari seribu tahun . Pokok yang sangat tua. Hampir setiap kali aku bermimpi , pasti aku akan pergi ke pokok ini.
Aku memang bencikan mimpi ni . Sebab mimpi ni buatkan aku benci diri sendiri dan puncanya datang daripada-
"Ain. Mama rindu sangat dekat Ain. Dah lama mama tak jumpa Ain."
Itulah penyebabnya. Mimpi ni menunjukkan kisah silam yang aku sendiri malas nak ingat .
" Mama? Kau bukan mama aku la. Tak penat ke asyik muncul dalam mimpi orang . "
Aku bercekak pinggang sambil melihat kearah perempuan yang mengaku dirinya sebagai 'MAMA' aku. Memandangnya dari atas ke bawah .
" Ap..apa Ain cakap ni , Ain dah tak ingat dekat mama ke?Ain cakap yang Ain sayangkan mama. "
Aku dah tahu bagaimana mimpi ini akan berakhir . Jadi , aku sudah pun bersedia. Aku melihat darah yang mulai muncul dibahagian dahinya .Riak wajahku hanya kosong .Bosan apabila melihat benda yang sama.
Dia akan menangis . Dia akan merayu kepadaku untuk menolongnya . Dan selepas itu , rebah tepat dihadapan mata aku sendiri .
Aku mula merasakan gegaran yang berada di bawah telapak kaki . Mimpi yang sudah tiba ke penghujungnya. Baguslah . Aku pun malas nak berlama di sini . Menyusahkan .
Semuanya mula musnah . Awan yang sangat cerah bertukar mejadi gelap gelita . Aku jatuh . Jatuh di lubang yang gelap . Suatu hari nanti , aku pasti mimpi ni tak akan muncul lagi. Aku pasti.
"Aduh!"
Dapat aku rasakan seseorang menghadiahkan penumbuk di perutku . Kuat betul . Nak aku mati awal agaknya .
" Bangunla! Ain awak buat saya risau la . Tolonglah..bangun ."
Aku berasa sangat gembira apabila mendengar suara yang lembut bagaikan bidadari itu . Perlahan - lahan aku membuka mata .
Inilah dia Arya Medeena . Kawan yang sentiasa berada di sisiku .Tiba - tiba aku rasa kepalaku dihempuk oleh sesuatu dan ia bukanlah sesuatu yang sangat lembut.Berita yang sangat menyedihkan bukan?
" Auch..kau ni dah kenapa ? Nak aku hilang ingatan time aku bangun ke ? "
Sekali lagi , tapi kalini ditampar dengan kuat di bahu.
" Awak la..terjerit - jerit . Mimpi benda yang sama lagi la tu . "
Arya menjeling tajam . Aku baru bangun dah kena maki . Apa la salah aku hidup dekat dunia ni.
Dia menyuruh aku untuk cepat bersiap dan pergi kerja secepat mungkin . Katanya sudah pukul 9. Tapi jangan la risau kat aku . Aku boss jadi boleh masuk bila - bila masa sahaja yang aku nak.
Nak tahu aku kerja sebagai apa? Aku bekerja sebagai seorang pelukis dan aku akan menjual lukisan yang aku telahpun lukis dengan sedaya upaya.Walaupun, Aku tak pernah tahu untuk apa aku melukis .
YOU ARE READING
AIN MAISARAH •| I'm Your Devella |•
AventuraAkibat sebuah pertemuan yang tidak dijangka , Ain berjumpa dengan musuh lamanya . Ya...tidak lain lagi Tuan Ezran Ammarez atau lebih dikenali sebagai Mamat Kemenangan Sedunia. " Miss ... did you know who am I ? " - EZRAN AMMAREZ " Encik tengok muk...