Azalea melangkah masuk ke dalam pekarangan kolej, kini semua mata berpusat kepadanya, mungkin di sebabkan kejadian di mana Javier memutuskannya di khalayak ramai.
“Kesian gila kak Aza”
“Javier tu keluar kandang arnab masuk mulut harimau”
“Lah kenapa pula dan sejak bila ada peribahasa macam tu”
“Maksudnya, kak Aza tu cantik, bijak, pandai, boleh pula Javier putuskan sebab nek lampir cam si Naya”Dan macam macam lagi yang dapat ia dengarkan.
“Lah kau fikir aku masih nak nangis ke pasal jantan tu” monolognya. Ia mempercepatkan langkah agar dapat masuk ke kelas dengan lebih awal.
>>>
“Weh kau kenal ke tu yang tu” tanya Aiden kepada kawannya, Alianzo.
“Gila tak kenal, Azalea Hazel, salah satu murid yang famous dalam sekolah kita,” sampuk Arjuna
“Haah, lagi pun si Lea tu famous sebab cantik. Maksud aku bukan sebab cantik je, dia tu sudah la pandai - senang cerita semua la dia ada” ujar Alianzo. Aiden hanya menghela nafas, lain di tanya, lain juga jawapannya. Lantas ia membuka sebuah buku untuk mencatat apa yang baru ia dengari daripada mulut kawannya.
Namun tanpa ia sedari, perbuatannya itu dipandang pelik oleh kedua kawannya itu.
“Raf, kau jangan cakap kau jatuh cinta dengan Lea?” tanya Arjuna, pelik dengan kelakuan temannya.
“Kalau ya pun kau ada masalah ke?” ujar Aiden ; lupa bahawa kawan kawannya berada di sekitarnya.
“Aih, sibal. Kenapa aku terjujur pulak ni” monolgnya, lain kali bercakap tu berpadah padah, kan dah kena.
“WEY KAU SERIUS LA NIE”
“WEY AIDAN ASHRAF SUKA ORANG WEYH”
“WEYH MIMPI WEYH”
“AAAA LIAN KAU DENGAR KAN”“AAAAA” teriak Alianzo dan Arjuna serentak sambil memeluk satu sama lain. Habis heboh satu kelas di sebabkan mereka berdua. Bukan heboh sahaja, mereka juga menjadi pusat perhatian semua orang di dalam kelas. Aiden?
Aiden jangan cakap lah. Ia hanya bisa menahan malu ; berfikir macam mana dia boleh berkawan dengan manusia seperti mereka.
bintang additional cast (pt2) :
naya adline
lee jeno as alianzo nathaniel
lee haechan as arjuna wishaka
inaaʼs notes :hello, untuk yang ingin tahu buku yang
aiden buka tu, you all can check my twitter
@/jnmeyed or korang tekan link dkt profile
inaa tu, nanti muncul la 'aiden journal book'.dan, kalau korang ada sebarang
kritikan atau saranan korang tekan je link
tellonym inaa, nanti korang cakap je apa apa
yang korang nak kata kat situ. don't worry you all can set your profile as an anonymous.tu je, thank you! <3