Part 2

97 0 0
                                    

Setelah seminggu menenangkan jiwa di kampung halaman. Tidak mahu keluarganya mengesyaki kegoyahan yang berlaku dalam rumahtangganya Hannah memilih untuk pulang semula ke bandar. Mujurlah apartmen yang dibeli dahulu tidak laku dijual lagi. Siapa sangka dia akan kembali ke rumah bujangnya itu. Senyuman tipis terbit dibibirnya memikirkan nasib diri. Ditipu hidup hidup oleh lelaki.

Fikirannya sudah rasional. Apa yang dia inginkan sekarang hanyalah penceraian. Bukan tidak mahu merebut kembali Harris, namun jika Harris sendiri yang memilih untuk mendua buat apa lagi dia terhegeh - hegeh.

Sesampai saja di depan rumah,  kelihatan kereta Harris ada di garaj. Keluhan terbit dibibir. Malas mahu bersua muka dengan lelaki pembelot itu. Nafas dihela. Muka diceriakan. Dia tidak lemah. 

Dengan secebis semangat yang ada, Hannah menolak pintu rumahnya yang tidak berkunci. Buka sahaja terpempan wajah Harris di sofa sedang menonton televisyen.  Sakit hatinya melihat Harris yang seperti gembira sahaja dengan pemergiannya. Dengan selamba kaki dibawa naik ke atas untuk mengambil semua barangannya.

" mak abah sihat? " Harris bertanya tanpa memandang. Kaki yang ingin melangkah terhenti. Mata aku julingkan ke atas. Malas mahu menjawab terus saja aku seret kaki terus ke kamar tidur.

" aku minta maaf Hannah, aku ingat aku dapat lupakan dia. Tapi aku silap. Perjumpaan semula aku dengan dia 3bulan yang lepas buat aku sedar, yang aku masih sayangkan dia " kata-kata Harris semakin menghiris hati aku. Jadi, selamani dia tak pernah sayangkan aku?  Persoalan yang muncul tidak aku luahkan. Mata memandang Harris yang berada disisi katil melihat aku mengemas . Tiada bantahan yang keluar dari mulutnya untuk aku terus tinggal disitu bersamanya.

" oh okay,  takpelah saya tak nak tahu dan dengar apa-apa tentang awak dengan dia. Sebab seingat saya,  saya kahwini lelaki yang tak pernah bercinta, kononnya. Rupanya lelaki penipu. Takpelah kita selesaikan benda ni secara baik di mahkahmah. Boleh keluar tak saya tak selesa ada awak kat sini. "

Aku memberi pandangan kosong kepadanya. Seperti tidak terkesan langsung dengan kejujurannya. Aku nampak Harris seperti ingin berkata lagi namun terus aku berlalu ke kereta dengan storage box di tangan.

Setelah 3jam bertungkus-lumus mengemas semua barangan, aku ke dapur untuk minum air. Harris ada juga ingin menolong aku memunggah barangan. Namun aku menghalang. Pedih rasanya bila dia sendiri menawarkan bantuan seolah ingin aku keluar dari rumah yang dahulunya dia ingin mencipta 1000 kenangan manis dengan aku. Seperti dia sudah tidak sabar sabar ingin membawa masuk Amera.  Kemunculan Harris didapur melenyapkan segala fikiran di dalam kepala.

"Hannah aku minta maaf, dan terima kasih untuk segalanya. Aku tak paksa kau kalau kau taknak bercerai. Aku mampu. Amera pun sanggup bermadu" kata kata Harris begitu lucu di pendengaran aku.  Bodohkah dia? 

" kalau aku taknak bermadu kau rela tak kahwin dengan dia? Tak payahlah kau nak bajet lelaki baik di depan aku setelah apa yang kau tipu aku Harris. Cukup dengan sandiwara yang kau mainkan. Sudah lah kita tamatkan hubungan kita dengan baik. Aku taknak kita bergaduh atas sebab bodoh macam ni je. Jumpa di mahkamah minggu depan. " usai berkata aku terus berlalu. Tanpa salam dan memohon maaf aku terus memandu ke apartmen ku. Penat namun kemarahan di hati membakar semngat aku untuk mengemas apartment yang akan didiami aku.

Sambil mengemas otak aku ligat terkenang kembali disaat aku mula berkenalan dengan Harris 3tahun yang lepas.

Peluang Where stories live. Discover now