Part 5

32 0 0
                                    

Terasa masa bergerak begitu perlahan, menurut arahan mestilah menanti selama 10 minit untuk melihat keputusan.  Cukup 10 minit. Jantung ku berdetak laju, tangan ku menggeletar menanti kemungkinan yang akan tiba. Sungguh bukan ini saatnya untuk aku mempunyai hasil bersama Harris.

Garis dua yang muncul meruntun kan hatiku. Positiv.  Kelu dan kaku aku.

Bagaimana ingin aku pergi jauh dari Harris jika bayi ini jadi pengikat kami? Buntu. Terasa kosong . Entah apa yang harus aku rasa saat ini. Gembira? Ya aku akan gembira jika  Harris sayang dan cintai aku, tapi itu semua dusta. Sungguh aku benci dengan kandungan ini . Terasa berat kepala untuk memikirkan keadaan yang baru muncul ini.

Apa?  Apa yang harus aku lakukan? Maklumkan kepada Harris?  Nampak benar ia keputusan yang bodoh. Dengan longlai badan aku bawa ke katil. Mata ku menatap kosong kipas yang berputar.

********************************
Setelah 2 hari tidak ke tempat kerja, harini aku berlagak biasa memandu ke pejabat.  Dalam otak aku ada satu rencana yang harus aku laksanakan sebelum kandungan aku ini membesar.  Sampul surat berwarna coklat itu aku genggam kemas. Pintu pejabat Harris aku ketuk sebelum menolak daun pintu itu.

Kosong.

Terasa bodoh kerana aku sedikit merasa kecewa melihat ketiadaan Harris disitu. Entah apa lagi yang aku harapkan. Beginilah jika menjadi perempuan bodoh. Langsung saja kaki aku melangkah mendekati meja lantas aku letakkan sampul surat itu. 

Pusing sahaja badan, hampir terjerit aku apabila kepala  ku hampir melanggar bibir haris yang berketinggian sama dengan dahi ku. Spontan tangan naik menolak Harris ke belakang. Aku menjeling dia.

"Awak kenapa dekat dekat dengan saya,  ketepi lah saya nak keluar" dek marah dan terkejut , aku bernada kasar denganya,  lupa yang kami di pejabat.

" kau buat apa dalam pejabat aku? Hantar air ke? " berkerut keningku mendengar ucapannya. Gila kali Harris sekarang. 

Tidak betah berdekatan dengannya, terus saja aku menonong ingin berjalan keluar. Tak sempat aku menolak pintu, lengan kanan aku ditarik Harris, spontan aku terpeluknya.  Kepala aku dongakkan dan memandang dia dengan penuh tanda tanya?  Permainan apa yang dia tengah lakukan ni? 

" Lepaslah,  awak dah gila? " aku membentak sambil meronta untuk dilepaskan.

" surat apa kau letak?  Cerai ke?  Apa kau tak sabar sangat nak berpisah dengan aku?  Kita bincang dulu boleh tak jangan buat keputusan melulu? " Sambil berkata dia melonggarkan pelukan, namun tetap juga kedua belah tangannya masih elok terletak di pinggang ku.

"Awak jangan nak mengarut,  kita dah setuju nak selesai cara baik di mahkahmah minggu hadapan,  itu surat berhenti kerja saya lah. Lepaslah Harris! " aku merengus marah,  tangan ku terletak elok di  dada bidangnya. Give up meronta kerana tidak seinci pun aku terlepas dari pelukan dia. Mata marah ku menatap mata redup milik Harris yang menunduk melihat aku.

Terkedu,  kami saling merenung sehingga pandangan dia jatuh ke bibir ku dan ia perlahan lahan bergerak menunduk, merapatkan bibirnya ke bibirku. Saat bibirnya bercantum sedikit dengan bibir ku,  bunyi tolakan pintu menghentikan perbuatan Harris.

Kami berdua sama sama terkedu melihat Amera yang turut terkejut di depan pintu.  Terus Harris melepaskan aku dan mendapatkan Amera yang sudah berlalu pergi.

Bodoh. Itu yang aku rasakan. Terus saja aku angkat kaki keluar. Tidak sanggup rasanya aku untuk menunggu approval daripada Harris. Terus sahaja aku mengemas barangan aku dan meninggalkan pejabat. 

Sakit, ya sakit dengan tindakan Harris.  Terasa bagaikan aku hanyalah tempat untuk dia mengambil kesempatan atau aku hanya lah satu persinggahan?  Huh,  senyuman sinis aku berikan kepada diri sendiri kerana bodoh menilai tindak tanduk Harris.

Application untuk menyambung belajar ke peringkat master aku penuhi dengan butiran peribadi. Ya. Rancangan ku adalah untuk menjauhkan diri daripada semua orang. Dan biarlah tiada siapa yang tahu tentang kandungan ini buat masa sekarang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Peluang Where stories live. Discover now