"Salam takziah ye Zah" para tetamu yang datang memberi ucapan takziah kepada ibu aku. Ye, ayah aku baru sahaja meninggal. Dia dilanggar kereta ketika ingin balik dari solat subuh pagi tadi.
Aku tak sangka orang yang gelak ketawa dengan aku semalam dah pergi buat selamanya. Aku melangkah pergi ke dapur untuk melihat keadaan di dapur yang sedang menyiapkan hidangan untuk tahlil pada malam ini.
"Ibu ada apa-apa yang ayong boleh tolong?" Pelawaku sebaik sahaja melihat sekeliling dapur.
" Takde apa-apa yang nak dibantu tapi gula dah habis ni boleh ayong pergi beli gula dekat kedai runcit Pak Mat ?"
"Boleh je ibu, ibu nak berapa paket?"
"Dalam 5 paket? Nanti ayong pergi ambil duit dalam dompet ibu atas meja solek tu ye" Aku melangkah keluar dari dapur dan pergi ke dalam bilik ibu. Aku mengambil dua keping duit berwarna merah.
Aku mengeluarkan sebuah basikal yang banyak berjasa padaku dan itu juga merupakan hadiah ulang tahun aku yang diberi oleh ayah. Aku pergi membeli gula yang diminta ibu menggunakan satu satunya peninggalan ayah kepada aku itu.
"Dush" badan terasa pegal sakit kerana jatuh dari basikal. Aku dirempuh oleh kereta Honda Civic sehingga jatuh tepi jalan.
"Cik okay? Ade luka kat mana-mana tak?" Tanya tuan kereta itu. Muka dia punya takut macam baru bunuh orang.
" Saya okay je takde apa-apa" Aku memaksakan diri untuk bangun walaupun agak sakit sebenarnya.
"Tapi kaki awak tu luka. Jom saya bawak pergi hospital nak?" Pelawa tuan Honda Civic.
"Eh takpelah boleh jalan lagi ni" tak naklah aku pergi hospital yang menyeramkan tu. Tempat tu macam rumah hantu tau bagi aku.
"Takde takde awak kena ikut saya pergi hospital jugak kalau tak saya rasa bersalah tau" alahh mamat ni, langgar sikit pun nak rasa bersalah?
"Kaki saya macam mana doktor" sampai je hospital doktor terus mengarahkan aku untuk pergi buat x-ray dahulu.
"Kaki awak ada crack sikit dekat bahagian ni. Jadi saya rasa awak mungkin perlu simen kan kaki awak" Simen? Wuish seumur hidup aku. Aku tak pernah lagi kena simen kaki wehh.
"Ha? Luka macam ni pun boleh crack, biar betul doktor? Tak nak x-ray kali kedua ke?" Tadi kata hospital ni seseram rumah hantu, ni nak request x-ray kali kedua? Nak duduk lama kat sini ke Myra oiii.
"Betul saya tak tipu mungkin kerana awak jarang banyak sayur dan minum susu jadi tulang awak mudah crack" macam tahu tahu je doktor ni aku tak suka sayur dan susu. Bagi lah makanan apa pun semua aku makan kecuali dua perkara tu hehe.
"Cik, sekarang ni saya nak hantar cik ke mana?" Tanya lelaki itu kepadaku.
"Awak boleh hantar saya dekat rumah teres damansara tu" cepat cepat aku memberitahu alamatku. Ingatkan nak beli gula untuk tahlil ayah tapi lain pulak yang jadinya.
"Ye cari siapa?" Pelik. Kenapa orang yang membuka pintu bukan adikku atau abangku? Kenapa dibuka oleh orang yang aku tak kenal? Bukan tadi ramai orang ke sebab tengah bersiap untuk majlis tahlil?
" Rumah ni bukan rumah Encik Aatiff ke?" Tanyaku kepada si pembuka pintu itu tadi
" Tak , ini rumah saya dan saya tak kenal siapa tu Encik Aatiff" Tak kenal? Bukan keluarga aku ke duduk rumah ni? Sekeliling rumah ini jugak kelihatan sedikit lain.
"Cik sebenarnya rumah cik dimana?" Tanya Azreel untuk kepastian kepadaku.
" Rumah saya disini la tapi tak tahu la kenapa pulak ibu saya takde" hairan jugak aku kenapa ibu takde. Ibu pergi mana kan?
Mata melilau melihat didalam kereta. Tanpa sedar aku terlihat screen kereta. 18/03/2018. 2018?? Tahun 2018???
YOU ARE READING
Loneliness : Let Him Go
RomanceDisebabkan satu perkara, mereka berdua harus mengikut alur takdir yang ditentukan oleh yang Maha Esa. "Kenapa pulak dia kena duduk dekat rumah aku?" "Ala sekejap je, sampai dia betul-betul sembuh okay?" Hari demi hari menerima cacian dari si dia...