" Good morning ummi!" Sapa Myra kepada Puan Riyana yang berada di dapur.
Puan Riyana memalingkan badannya. Melihat siapa yang menyapanya. " Kenapa Myra tak tunggu ummi?"
" Takpelah ummi Myra boleh keluar sendiri" Aku lontarkan senyuman manis pada Puan Riyana. Aku tak nak selalu menyusahkannya. Beberapa hari ini dia menjagaku seperti anaknya sendiri.
Terdengar suara tapak kaki kemari ke arah kami. "Tak payah manjakan dia sangat ummi, setakat naik atas kerusi roda tu dengan keluar bilik sendiri apa susahnya?" Wuish sakit weh ayat dia.
Puan Riyana memukul kecil bahu Zayyan
"Tak baiklah cakap macam tu" Mungkin perkataan pedas yang keluar dari mulut Zayyan akan menjadi asam garam kepadaku nanti. Sabar Myra kau kena kuat!
"Okaylah ummi Zayyan pergi office dulu. Malaslah duduk rumah ni lama lama" tangan dihulur untuk bersalam bersama ummi.
"Hati hati drive tu!" Zayyan memberikan anggukan kecil.
" Myra makanlah nasi goreng tu" pelawa Puan Riyana kepadaku.
"Baik ummi"
"Myra ummi pergi beli barang dapur kejap ye" beritahu Puan Riyana kepadaku. Jadi aku tinggal sendiri la dekat rumah ni? Wuish seriau , takut takut ada percuri ke masuk naya aku nak halang macam mana nanti dah la pakai kerusi roda. Tetiba aku teringat kata-kata Zayyan. Mungkin betul aku menyusahkan orang dengan diriku yang tidak boleh berdiri ini.
Tengkuk terasa kering. Aku ingin pergi minum beberapa teguk air. Tangan memulaskan roda kerusi itu untuk bergerak.
Tangan mencapai sebuah gelas kaca. Kat rumah ni semua gelas kaca, takde satu pun gelas plastik aishh.
"Dush" gelas kaca itu tergelincir dari genggaman tanganku. Sekarang gelas itu sudah berderai di atas lantai.
"Myra! Kau buat apa ni!" Mata terlihat gelas kaca kesayangannya jatuh pecah. Tangan cepat megenggam tangan Myra.
"Kau tahu tak ni gelas kaca yang paling aku sayang ? Gelas ni ummi hadiahkan untuk aku! Aku pun tak pernah guna, kau nak guna? Tahu diri tu cacat tak payah nak tunjuk hebat ambik gelas tinggi tinggi! Ummi mana ummi? Tak boleh minta tolong orang ke ha?" Sekali lagi ayat-ayatnya menguris hatiku.
"Awak lepaskanlah tangan saya, sakit" merayu aku supaya tangganku dilepaskan. Kuat betul genggaman dia makan apa agaknya.
" Kau nak duduk sini buat cara macam menumpang rumah orang!"
"Tak payah buat macam ni rumah bapak kau!"
" Awak nak marah, marah saya je la tak payah nak libatkan mak bapak saya!" Sakit. Sakit dia libatkan orang yang sudah tiada didunia ini.
" Kau kutip sekarang segala sisa kaca ni! Dan kalau kau tak boleh ganti rugi gelas ni , cantumkan balik gelas ni!" Suaranya sudah naik beberapa noktah kepadaku.
Badan membongkok mengutip sisa kaca itu.Tanpa sengaja tangan terkena kaca kaca itu. Cecair pekat sudah mula keluar dari tanganku.
"Zayyan! Ya Allah Myra!" Zayyan berpaling ke belakang. Umminya sudah balik!
"Yan buat apa ni?" Ummi menuju kepadaku. Cepat cepat menghalangku untuk mengutip sisa kaca itu lagi sebaik sahaja melihat cecair merah pekat keluar dari tanggan ku.
Ummi menolak kerusi roda yang diduduki olehku lalu menolak ke dalam bilikku.
YOU ARE READING
Loneliness : Let Him Go
RomanceDisebabkan satu perkara, mereka berdua harus mengikut alur takdir yang ditentukan oleh yang Maha Esa. "Kenapa pulak dia kena duduk dekat rumah aku?" "Ala sekejap je, sampai dia betul-betul sembuh okay?" Hari demi hari menerima cacian dari si dia...