Nasib Keluarga Meddy

3K 46 4
                                    

Malam harinya, di kediaman ayah Meddy

Setelah berurusan dengan Lenka bersama Lucy, kini Meddy sedang bersenang-senang dengan rakan-rakannya

"Meddy, aku tak sangka kalau kau sangat cerdik meracuni fikiran gadis bodoh itu" ujar rakan Meddy yang bernama Katrina 

"Betul tu, saat itu aku merasa kesal saat rakan gadis itu cuba membelanya, tak padan masih muda tapi mulut seperti cili" sahut yang satu pula yang bersama Emma, sedangkan Meddy hanya tersenyum bangga saat rakannya memuji Dirinya

"Lihat siapa dulu.. setakat untuk mengurus anak igusan seperti mereka, bukan apa-apa dimataku, tapi yang membuatku kesal adalah, mengapa Richard memperisterikan gadis kelas bawah seperti itu, bukan saja masih muda tapi kalau polosnya benar-benar hais... "

Meddy mengelengkan kepala merasa iba kepada Lenka, dia merasa sangat kebingungan dengan Richard yang begitu rela mengahwini seorang gadis seperti Lenka, memang benar Lenka memiliki paras yang cantik melebihi dirinya, dia akui itu tapi apa untungnya Richard mengahwini Lenka yang sangat bodoh itu? padahal didunia ini masih ada wanita yang jauh lebih dewasa dan cerdas

"Jadi apa rancangan kau selepas ini? apakah kau ingin menyingkirkan gadis bodoh itu?" tanya Emma sambil minum jus oren

"Hmph, sudah tentu lah, aku tidak akan membiarkan lelaki yang aku sukai jatuh lama-lama kepada wanita lain, aku akan pastikan mereka berpisah setelah itu, aku mengambil kesempatan untuk mendekatinya" ucap Meddy dengan senyum licik dan jahat

"Semoga rancangan itu berjaya"
Ucap Katrina

Mereka pun ketawa bersama sambil meradu gelas untuk meraikan hari kesenangan mereka namun tawaan itu tidak bertahan lama, apabila pintu kediaman itu tiba-tiba dipecah masuk oleh puluhan lelaki yang bersuit hitam dengan aura kuat dan mencengkamkan, Meddy bersama dua rakannya tentu saja terkejut melihat kedatangan kumpulan tidak dikenali itu

"Si-siapa kau semua?! mengapa ceroboh masuk kedalam kediaman ayahku dengan tidak sopan?!" tanya Meddy dengan badan bergetar bahkan untuk berdiri saja rasa sudah tidak mampu

Kumpulan lelaki itu tetap diam dan membuat jalan untuk seseorang, Meddy menyipitkan matanya apabila melihat seorang lelaki bersuit hitam serta kacamata hitam berjalan masuk dengan penuh kewibawa, mata Meddy melebar apabila sudah mengenali lelaki itu

"Kau yakin? tidak mengenaliku langsung?" tanya sosok itu dengan nada dingin sambil duduk dikursi yang dibawa oleh bawahannya, 

"B-bos Richard? mengapa anda ada disini?" tanya Meddy rasa tak percaya jika lelaki itu akan datang dirumahnya ditengah malam begini dan dia juga merasakan firasat buruk atas kedatangan lelaki 

"Oh.. ternyata oleh licik itu dapat ingat dengan baik.. aku ingatkan kau sudah melupakan aku" ucap lelaki itu yang tidak lain ialah Richard-Richard membuka kacamatanya dan menatap dengan tatapan yang dingin dan tajam

Ekspresinya ini sangat jarang ditunjukkan, bahkan orangtuanya pun agak sukar untuk melihat ekspresi 'dingin dan kejam' milik Richard, jika orang lain lihat sisi ramah Richard mungkin menganggap jika lelaki itu sangat baik dan ramah kepada siapa pun dan tidak merasakan kebahayaan dari Richard namun mereka tidak tahu, seramah-ramah Richard ada menyimpam sifat sadisnya saat sedang menguruskan hal didunia mafia, Richard adalah boss mafia yang paling ditakuti, bahkan pihak polis pun tidak berani berurusan banyak, kerana Richard sangat pandai menyembunyikan jasad musuh yang telah ia bunuh tanpa meninggalkan jejak oleh itu pihak polis sangat sukar untuk menemukan bukti, Meddy adalah orang dianggap beruntung dan kesialan kerana melihat sifat sadis dari Richard 

"Aku dengar.. kau telah mengusik ketenangan isteriku, kau buat dia sehingga sedih dan rasa tertekan, apa mahu kau sebenarnya?" tanya Richard masih dingin dengan sorok mata yang makin tajam, membuat Meddy secara tidak sedar menelan ludahnya

PERFECT, MY LITTLE WIFE [END] Where stories live. Discover now