"JAUH juga rumah kau ek, Riel?" Lelaki itu tercungap-cungap mencari nafas setelah penat berjalan jauh sehingga tiba di rumah Adriel.
Adriel melirik mata sahaja seraya membawanya masuk ke ruang tamu. Tubuh pemuda itu dipapah lalu didudukkan di atas sofa yang tersedia di sana.
"Kau duduk sini diam-diam. Jangan berani usik apa-apa. Kalau tidak, nahas kau," ugut Adriel. Pemuda itu meneguk air liurnya yang hampir tersekat di kerongkong. Takut den.
"Okay... okay. Janganlah marah, bang."
Adriel menggulingkan matanya ke atas lalu dia berjalan dan berura-ura untuk meninggalkan lelaki itu.
"Weh kau nak pergi mana tu?"
"Pergi terjun masuk dalam hati someone. Pergi cari ubat untuk kaulah, bijak!"
"Ouh okay. Eh sekejap. Someone yang kau katakan tadi tu, siapa ek? Ehem biar aku teka. Ahaa! Mesti perempuan tadi tu kan?" sakatnya sambil membuat smirk.
Bush!
Alih-alih kepalanya yang menjadi sasaran balingan Adriel.
"Ouch! Aku gurau je pun. Tak payahlah sampai nak baling barang kat aku! Hurm..." Bibirnya dicebikkan sambil mengusap kepalanya yang tadinya dibaling sesuatu oleh Adriel dengan kasar.
"Gurau, tak gurau. Tak berminat aku dengan minah tadi tu."
"Eh tapi—"
"Cakaplah apa kau nak cakap. Aku tak akan dengar. Lalalalala~" Adriel menekup kedua telinganya dengan menggunakan tapak tangan.
"Weh!"
. . . . .
BIBIR dicebikkan. Belakang badan disandarkan pada sofa manakala belakang kepala pula berbantalkan lengannya. Haih... mana Riel ni? Dah berjanggut aku tunggu.
"Nah ubat kau."
Panjang umur, dia dah sampai.
"Wah, terima kasih! Tolong sapu—"
"Sapu sendiri," pintas Adriel laju tanpa membenarkan pemuda itu menghabiskan kata-katanya.
Dia membuat muka tak puas hati. "Apa ni? Tolonglah sapukan untuk aku..."
"Banyak songehlah kau ni. Aku dah kira baik hatilah ni beri kau kebenaran untuk tinggal dekat rumah aku. Lepas tu, dah bagi kau ubat ni. Tambah lagi aku kena jaga tetamu yang tak diundang ni walaupun aku rasa... malas!"
"Urgh, fine!" Dengan hati yang tidak rela, dia mencapai kasar minyak gamat dan kapas daripada tangan Adriel.
"Hmm..." Adriel mengerlingnya.
"Ouch! Urgh... stop it lah tangan! Tak payah la tekan kuat-kuat. Sakit tahu tak. Ak-akh! Kau sakit? Aku lagi sakit tahu tak?!"
Adriel bersweatdrop di situ apabila melihat 'orang gila' di hadapannya sedang berbalahan dengan tangan sendiri.
Kepala digelengkan.
YOU ARE READING
CODE 17: K E I Z
Action[13+] Trigger Warning ━ contained homicide, blood, dark theme, profanity and angst "Siapa... Keiz?" Mereka saling berpandangan. · · · "Suatu ketika dahulu, Emircy Company merupakan syarikat yang sangat maju. Tetapi sekarang merupakan tempat yang pa...