Bab 3

216 23 2
                                    

Intan kelihatan anggun mengenakan blaus berwarna nude bersama seluar palazzo berwarna hitam dan dipadankan dengan shawl berwarna hitam. Hari ini dia mempunyai janji temu dengan doktor untuk kandungannya. Setelah memastikan dirinya telah siap, dia terus sahaja mencapai beg tangan serta buku pink miliknya.

"Nak kemana?"soal Puan Mazni yang elok duduk di ruang tamu.

"Hari ni Intan ada check up. Intan dah lambat ni, Intan pergi dulu ya. Assalamualaikum."segera dia menyalami tangan Puan Mazni sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Kereta myvi miliknya didekati sebelum pintu kereta itu dibuka sebelum dia menerobos masuk ke dalam perut kereta. Dengan lafaz basmallah, pedal minyak ditekan sebelum kereta myvi itu meluncur perlahan meninggalkan perkarangan rumah Encik Sarifudin.

Sampai sahaja di klinik, Intan terus mencari parking sebelum dia mermarkirkan kenderaannya. Sebaik sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam klinik, pergelangan tangannya disambar seseorang. Terkejut Intan dibuatnya apabila melihat bekas suaminya berada di hadapannya sekarang ini.

"Abang nak apa lagi?"soal Intan terus. Malas dia ingin membuang masa melayan bekas suaminya itu.

"Saja. Abang rindu Intan."

Terbit satu senyuman yang penuh dengan rasa. Intan merentap kasar tangannya yang ada di dalam genggaman bekas suaminya itu.

"Rindu? Rindu tu dah lama mati."ujar Intan penuh sebak. Ya, dia hanya insan yang lemah yang masih rindu dengan lelaki yang bergelar suami. Salah bekas suami.

Hakim memandang Intan dari atas bawa ke bawah. Jika dilihat dengan mata kasarnya ini, isterinya makin cantik dan bertambah cantik. Dia menyesal kerana melepaskan isterinya ini.

"Intan, abang minta maaf. Abang tahu salah abang."tutur Hakim penuh rasa. Matanya masih lagi memandang tepat ke arah badan isterinya.

"Maaf tu mudah tapi nak melupakan tu susah bang. Susah sangat."usai sahaja berkata, Intan berpaling dari memandang suaminya. Dia terus sahaja menapak meninggalkan Hakim.

Hakim yang berang itu terus sahaja menyambar lengan bekas isterinya sebelum dia mengheret bekas isterinya itu. Intan yang terkejut itu terus sahaja meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Bro, baik kau lepaskan dia sekarang."ujar seseorang dengan nada yang sedikit tegas dan dingin.

Hakim tersenyum sinis. Makin erat dia menggenggam lengan bekas isterinya itu.

"Ni bini aku suka hati aku lah? Kau sibuk asal?"soal Hakim dengan berlagak.

"Ish, lepaslah. Sakit tahu tak!"bentak Intan. Dia cuba untuk melepaskan dirinya. Hakim merentap lengan Intan hingga membuatkan wanita itu meringis kesakitan.

Dean segera menepis tangan Hakim lalu di menarik Intan ke arah belakangnya. Hakim tergelak besar. Dia menepuk tangannya seakan terhibur dengan aksi itu.

"Wah, kau hebat eh. Mesti layanan dia bagus kan sebab tu kau sanggup pertahankan dia ni. Tak nak share dengan aku ke?"soal Hakim sinis.

Dean yang berang terus sahaja melayangkan penumbuknya tepat di muka Hakim.

Buk!

Intan yang terkejut itu terus sahaja melarang Dean agar jangan bergaduh di situ.

"Stop it! You dah gila ke?"soal Intan kasar.

"Lagi sekali aku nampak, mati kau!"jerkah Dean lantas menarik lengan Intan meninggalkan kawasan parking itu.

Dia terus sahaja menemani Intan yang sedang melakukan pemeriksaan kandungan sehingga selesai. Usai itu, dia membawa Intan pulang ke rumah keluarga wanita itu.

TIADA PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now