BAB 2

407 42 8
                                    

"Dean, kita nak buat apa dekat sini?"soal Fakhrul bersama kerutan di dahi. Dari tadi mereka masih lagi berada di dalam kereta. Entah apa yang diperhatikan oleh lelaki itu hanyalah sebuah rumah teres dua tingkat yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Macam rumah bujang.

Dean hanya senyap sahaja, dia hanya mahukan kebenaran. Betul ke isterinya ada lelaki lain. Kalau betul, dayusnya dia kerana membiarkan perkara itu berlaku. Dia masih memerhati rumah itu dengan tajam, bukannya dia tidak tahu yang kereta isterinya ada di perkarangan rumah itu. Terus sahaja dia melangkah keluar dari kereta.

"Eh, kau nak pergi mana ni wei!"terjerit Fakhrul sebelum dia mengikuti langkah Dean yang sudah ke hadapan itu.

Makin berkerut dahi Fakhrul sebaik sahaja dia melihat lelaki itu membuka pagar itu sebelum berjalan masuk ke dalam kawasan rumah itu. Fakhrul tanpa kata mengekor sahaja kemana Dean pergi, makin ketara kerutan di dahi Fakhrul apabila melihat kereta isteri kawannya ada di situ.

"Eh, Amani ada rumah lain eh?"soal Fakhrul.

"Cuba kau senyap sekejap Rul. Nanti aku bagitahu kau, sekarang ni aku nak kau jadi saksi aku,"kata Dean sebelum pintu rumah itu diketuk kuat.

"Siapa tu? Kejap!"terdengar suara seorang lelaki dari dalam rumah itu. Tidak sampai beberapa minit, pintu rumah tersebut dibuka dari dalam. Seorang lelaki yang hanya berboxer tanpa baju berdiri di hadapan Dean. Rambutnya kelihatan agak berserabai.

"Ya?"soal lelaki itu memandang Dean dan Fakhrul atas bawah. Dahinya berkerut memandang kedua lelaki di hadapannya itu.

"Mana isteri aku?"soal Dean tegas.

"Isteri apa pula ni bang. Kau datang rumah aku, ketuk pintu macam nak roboh. Lepastu kau tanya mana bini kau. Kau ingat aku babysitter bini kau ke?"meninggi suara lelaki tu.

"Kau jangan nak buat-buat bodohlah,"sejurus itu Dean terus sahaja menumbuk wajah lelaki itu. Selepas itu, terus sahaja Dean melangkah masuk ke dalam rumah diikuti dengan Fakhrul. Dean tanpa kata terus mencari kelibat isterinya. Puas di cari di ruang tamu, tandas dan juga dapur masih lagi tidak jumpa sebelum dia menuju ke tangga.

"Apasal kau ceroboh rumah aku hah? Kau nak aku report polis ke!"tengking lelaki itu sambil mengejar langkah Dean dan Fakhrul ke atas. Dean hanya mengabaikan lelaki itu sebelum dia terus mencari isterinya.

Sampai ke satu bilik tanpa kata dia terus menerjah ke dalam bilik tidur itu. Kelihatan isterinya itu tanpa seurat benang dan sedang lena tidur.

"Amani!"jerkah Dean sekuat hati.

Amani yang tertidur itu terus sahaja bangun akibat jerkahan itu. Mukanya terus sahaja pucat sebaik melihat wajah menyinga Dean di hadapan muka pintu. Selimut yang melorot jatuh itu terus sahaja di tarik bagi menutupi tubuhnya yang terdedah itu. Kantoi dah ke?

Luluh hati Dean ketika menangkap isterinya berkhalwat dengan lelaki lain. Apa kurangnya sehingga Amani sanggup membuatnya begini. Isterinya yang sedang terkial-kial menyarung baju dan seluar itu dipandang tajam.

"Amani, you kenal ke lelaki ni? Kenapa dia cakap you ni isteri dia?"soal lelaki itu.

"Malik, you senyap sekejap."pinta Amani sebelum wanita itu menuju ke arah Dean yang masih kaku di hadapan pintu bilik.

"Abang, I can explain."kata Amani tangan lelaki itu digapai lembut.

"Abang tak nak dengar apa-apa lagi Amani. Cukup apa yang abang nampak depan mata abang ni. Sampai hati awak, curang belakang saya!"terhingut bahu Amani apabila mendengar tengkingan Dean.

"Bro, relax lah."tegur Malik bengang.

"You better shut your shitty mouth, man."dingin suara Dean ketika ini.

TIADA PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now