P6🖤

794 28 0
                                    


Malam yang gelap ditemani dengan cahaya lampu yang cantik dan orang ramai yang memeriahkan lagi suasana,disapa pula oleh angin yang segar,lama mereka menyaksikan keindahan permandangan di London ketika itu sehingga puas.Selepas puas melihat pemandangan mereka semua bergerak menuju ke arah pusat beli belah yang berada di London.

"awak! Jom Pergi kedai tu!"jari telunjuknya naik menunjukkan sebuah kedai yang sememangnya tidak jauh dari mereka.

"Pergilah..malas aku layan kau." Tengku Aiman Adryan kembali bermain dengan handphone nya.

Mya Armanda yang mahu memujuk suaminya itu, tangannya naik memeluk erat lengan kekar suaminya sambil menayangkan muka comel di hadapan suaminya.

"pahal! Pergilah!..tak tergoda langsung!" Kata Tengku Aiman Adryan yang konon kononnya tidak 'cair' itu.Dia merentap kuat tangannya supaya terlepas dari pegangan isterinya.

Mya Armanda kembali mendapatkan lengan suaminya dan tetap memandang dengan wajah comel nya.

"argh! jom lah! Aku tak cair eh dengan muka kau tu! jangan nak perasan! kang aku tak gerak..berapa lama pulak kau nak peluk tangan aku dekat situ!" Sempat dia menjeling tajam kepada isterinya sambil kakinya bergerak kearah sebuah kedai yang ditunjukkan oleh mya Armanda tadi.

"Yey! I don't care! Asalkan awak nak teman saya..hehe" selamba gadis itu mencubit pipi ketua mafia itu dan memberikan senyuman manis kepada suaminya.

"Tch! Rimas lah kau ni!" Tengku Aiman Adryan menepis kuat tangan isterinya.Haih macam biasa, 'RIMAS' sekadar di bibir tapi tidak dihati!.

Mya Armanda yang terpegun melihat baju baju yang berada di dalam kedai itu langsung tidak memperdulikan tepisan kasar dari suaminya.kakinya bergerak melangkah ke dalam dan mencapai sehelai baju. "Wow!..cantiknya...!" Mya Armanda membelek belek baju dress yang dipegangnya.

"ha..beli lah cepat..aku nak balik!" Tangannya masuk ke dalam poket seluarnya dan memandang kearah isterinya dengan wajahnya yang biasa ditayangkan.BENGIS!

Mya Armanda yang tidak mahu menaikkan kemarahan suaminya,terus mengambil beberapa helai baju, coklat dan diletakkan di atas kaunter bayaran.

Tengku Aiman Adryan tidak berkata apa-apa terus memberikan kad kredit nya kepada penjaga kaunter.

Selesai pasangan suami isteri ini membeli belah mereka duduk di luar ditepi pusat beli belah.



"jom masuk kedai ni." Laju lelaki itu menarik tangan kekasihnya melangkah masuk ke dalam kedai pilihannya.

"wow..! Cantiknya...!" Teruja Fatyn melihat pakaian pakaian yang berada di dalam kedai itu.

"ha pilihlah...aku bayar...apa kau nak kau ambik je.." haizy memberikan satu senyuman kepada fatyn.

"err..takpelah..Saya tak nak habiskan duit awak..Lagipun saya ada duit.." lembut sahaja nada suara gadis ini ketika itu.

"alah...kau simpan je duit kau tu..aku ni nak habiskan duit pun untuk bakal isteri aku jugak..kan?" Haizy mengangkat keningnya berkali kali.

"Eish! lemah aku!" Kata fatyn di dalam hati."Hehehe O..okey."

Haizy mengambil sehelai baju berwarna merah dan diberikan kepada fatyn."Apa kata kau ambik baju ni..."

"ni?" Fatyn menunjuk ke arah baju yang di pegang oleh haizy.

"haa kenapa? Tak okey ke? Buruk eh..?" Haizy membelek belek baju dress yang sedikit seksi ditangannya untuk memastikan apa yang tidak kena dengan dress pilihannya.

"Bu..bukan..tapi mahal sangat lah..tujuh ratus ringgit kot..bukan murah.."

"alah tujuh ratus je..tak berkurangnya lah harta aku.." haizy membetulkan Kolar baju kemejanya sambil menayangkan muka riaknya.

SWEET MAFIA! TENGKU AIMAN ADRYAN?!Where stories live. Discover now