P20🖤

888 42 1
                                    


"Aduh..dekat mana kita nak cari ad ni!" Haizy mula tak tentu arah memikirkan nasib isteri sepupunya.

"Kalau aku tak jumpa kawan aku! Ad akan mati!" Jerit Fatyn kuat sehingga bergema satu rumah.

"Ryn.apa yang kau buat?apa tindakan kau? Kau cakap kau akan settlekan semua ni..sekarang ni kawan aku dah hilang! Ke..kau dengan abang kau yang plan semua ni?" Perlahan Lahan ayra mendekati aryn.lengannya dilipatkan di dada.

"Ayra..kita takda masa untuk tuduh menuduh sekarang ni.." kata Airil.

"Aku tak faham kenapa.. dia taknak check latar belakang isteri dia..kalau betullah mya Armanda tu memang anak pembunuh..ki-" terhenti kata kata Adam apabila seseorang memotong kata katanya.

"Aku dah agak..korang memang sepakat sorokkan pembunuh tu daripada aku!"  Kata lelaki tua itu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

"G-grander Zeynd!" Kata Haizy dan aryn serentak.

"Mana pembunuh tu?! Mana korang sorokkan dia?!!" Tengking grander zeynd kuat sehingga timbul urat-urat lehernya.

"Kami belum jumpa pembunuh tu." Balas Airil.

"Jangan nak tipu aku! Mana perempuan tu?!"

"Grander zeynd! Perempuan tu bukan pembunuh!"

"Muahahahaha! Lepas apa yang aku dengar tadi..kau masih lagi nak menipu aku?.."

"Aku tak tipu!"

"Mana perempuan tu?" Soal lelaki tua itu kepada salah seorang anak buah Tengku Aiman Adryan.

"A-aku tak tahu.." jawab Lelaki itu.

Bang!

Satu tembakan tepat dikenakan dibahagikan jantung lelaki itu.FN herstal FNP-9 disimpan.

"Bagitahu aku! Atau aku-"

"Cukup! Jangan ganggu urusan aku! Selama ni! Aku buat Bodoh je bila kau perbodohkan aku dengan abang aku! Tapi kali ni no! Aku dah tak perlukan orang macam kau dalam hidup aku! Kau fikir aku ni bodoh ke?! Selama ni kau jaga kitaorang sebab kau nak kitaorang tukar semua harta tu atas nama kau kan?!! Kau dengar sini eh orang tua! Kalau nyawa kau dah sampai leher sekali pun! Aku tetap takkan tukar nama tu! Faham?!!" Tengking aryn.kali ni dia benar-benar tidak akan menghormati atoknya itu lagi.bagi dia,si tua itu sudah lama mati dalam hidupnya!

"Hahaha! Bagus lah kalau kau dah tahu! Aku memang nak kan harta tu! Kalau bukan sebab tu korang dah lama mati dalam genggaman aku!"

"Huh! Jangan mimpi!"

"Baik.sekarang kita adalah musuh."

"Nice" kata ayra didalam hati.

"Fine! Kalau itu yang kau nak!"

"Haih..budak budak..kau nak fight dengan aku tanpa abang kau?hahaha jangan harap kau menang!"

"Ryn.kita biarkan je orang tua ni.kita settlekan semua benda..tak baik kau lawan atok kau..apa apa bincang dengan ad..agak agak nak buat orang tua ni sampai mati ke apa bagitahu aku..aku pun nak join." Kata Ayra menyampuk.matanya tajam menikam anak mata lelaki tua itu.

"Kau nak perbodohkan aku ke budak?! Kau belum kenal siapa aku!" Tengking grander zeynd kuat sambil dia berjalan kearah gadis itu.

"Aduh..ryn..atok kau ni memang bising eh? Bingit lah..haih.kau ni umur dah tua..elok duduk surau je..buat amalan banyak banyak.. bukan apa tengok macam dah tak lama..herm" kata ayra sambil membelek-belek kukunya.sengaja dia menayangkan lagaknya supaya dia dapat melihat wajah bengang lelaki tua itu dihadapannya .

SWEET MAFIA! TENGKU AIMAN ADRYAN?!Where stories live. Discover now