Suzana meraung! Apa lagi selain itu, kalau hidup sudah seperti kain pudar warna, bak bunga tiada harumnya?
"I cintakan you. Sumpah! Cumanya I tak dapat nak bertanggung jawab sekarang. You tahu, kan... Makan minum dan apartment I duduk ni, parents yang tanggung?"
"Habis tu, apa I kena buat? You lepaslah. I? Perut ni bukan makin kecik, tau tak?"
"I suruh gugurkan, you tak nak... Sekarang you paksa I jadi bapak dia pulak?"
"Apa maksud you ni? Ini memang anak you, kan? Salah ke I mintak you jadi bapanya?"
"Okey, okey... I mengaku, kita suka sama suka. You, emaknya. I, bapanya. Masalahnya kita ... Mmm... Masalahnya I... I belum sedia."
Dari hari ke hari, hari ke minggu, minggu ke bulan, Izat masih dengan alasan tidak sedia. Suzana semakin kalut memikirkan perut yang semakin akan memboyot. Macam mana mahu disorokkan nanti? Ini pun mujur dia tiada alahan apa - apa.
Suzana Jane Browne. Anak kacukan Melayu - Australia. Dia anak orang senang. Papanya datang ke Malaysia sebagai ekspatriat sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa. Mamanya pula, sebelum menjadi isteri papa, merupakan pembantu kepada setiausaha papa. Dek genit dan manis perawakan mamanya, papanya tertarik dan akhirnya mereka berkahwin. Suzana seorang anak yang ada sementelah abangnya meninggal waktu bayi dan selepas kelahiran Suzana yang berkomplikasi, mamanya terpaksa membuang rahimnya. Kini, papanya sudah punya perniagaan sendiri dan berharap Suzanalah yang akan mewarisi.
Tapi dek terbiasa diberi muka, walaupun ada diploma dalam tangan, dia tidak pernah bekerja. Datang ke pejabat sekadar mahu 'ootd' saja. Datang mesyuarat sejam dua, balik rumah semula. Tidur lagi seronok. Waktu pejabat 9 hingga 6, Isnin sampai Sabtu tapi dia masuk kerja tidak sampai 24 jam seminggu. Gaji bulannya, penuh! Kalaulah mama dan papa tahu dalam perutnya ada bakal cucu tidak diiktiraf ini, kemungkinan besar dia akan merempat! Semua keseronokan kerja main - mainnya akan berakhir. Kad - kad yang menjamin hidupnya senang dan kenyang akan disekat. Pasti! Bukan kecil anak kesalahannya ini. Apa mesti dia buat?
Satu nama saja yang dia boleh percaya untuk mengadu rasa. Sahabatnya, Mizal.
****
"Suzana!"
Suzana melepaskan straw lalu menoleh ke sisi. Dia nampak Mizal berlari ke arahnya. Pemuda itu masih memakai seragamnya. Suzana yang meminta lelaki itu menemuinya selesai dia bekerja hari itu. Mizal adalah sahabat yang dia percaya lebih dari rakan perempuannya sendiri.
"Jelas mata kau, ya? Boleh nampak aku kat sini."
Mizal merenung Suzana sejenak. Mata seakan warna teh o itu menawan sungguh. Wajah cerah, rambut perang, sedikit merah jambu dikedua pipi dengan bibir merah muda asli tanpa gincu itu tidak pernah tidak membuatnya gila bayang!
"Setakat muka kau ni, kalau kau botak sekali pun aku cam, tau?"
Suzana ketawa senang. Mizal memang dari dulu suka membeli jiwanya tapi dia yang bodoh. Menjual diri kepada lelaki tidak berguna macam Izat!
"Kau nampak pucat. Kau okey ke tak ni?"
Suzana meraba - raba mukanya. "Aku tak mekap kot..."
Mizal angguk, betul juga... Tapi perempuan satu ini, pucat pun cantik! Tiba - tiba Mizal tersengih.
"Kau sengih seorang - seorang ni, kenapa? Mengumpat aku dalam hati ya?", sambil itu lengan Mizal ditamparnya lembut.
Mizal ketawa kecil. Jangankan ditampar begitu, andai diterajang dek Suzana pun, Mizal sudi saja! Angau sungguh dia dengan gadis disisinya itu.
YOU ARE READING
Dedaunan di hujung ranting.
Short StoryBagai dedaunan kering dihujung ranting, berharap dapat bertahan menghijau dan segar sampai tamat musim... Begitulah semangat dan harapan Suzana terhadap kedua orangtuanya yang sekian lama membuangnya jauh dari keluarga. Mizal yang cuba berbuat ehsa...