Fail ditolak ke hadapan Jungkook seiring figura itu memeluk tubuh. Jungkook di kerusi mendekat ke meja dan menarik fail itu. segala isi fail itu terasa tidak asing baginya sehingga matanya menangkap gambar bersaiz pasport di biodata.
Ia gambar Hyemin.
Jeongguk cuba mengawal reaksi agar tak bawa syak wasangka pada ketuanya. Silap hari bulan, kepalanya dipenggal. Kepantangannya kalau ada konco-konconya cuba mengkhianatnya.
"kau nak aku lenyapkan dia ke?" tenang Jeongguk menyuarakan soalan seiring fail dikembalikan.
"tak." singkatnya dengan senyuman penuh makna.
Jeongguk berkerut sambil mendongak ke arah lelaki 40-an itu. walaupun sedikit berumur, namun wajahnya tak termakan usia. Lee Dong Wook, ketua kumpulan kongsi gelap iaitu Wings. Dia juga yang menghasut jiwa suci Jeongguk untuk bergelumang dengan kerja-kerja haram ini.
Tak sia-sia dia ambil Jeongguk sebagai Hitman.Tiada satu pun kerjanya gagal.
"aku nak kau pujuk dia ke sini. Dia akan jadi saintis gila kita yang baru." ujar Dong Wook sambil melemparkan pandangan ke luar bangunan.
Tiada siapa tahu bangunan 50 tingkat di tengah-tengah bandar Seoul kepunyaan ketua kongsi gelap. Identiti WK BioTech telah membutakan mata masyarakat.
"boleh aku tau.. kenapa kau pilih dia?"
"i know her background pretty well. She know who is Johnny and also.."
Lee Dong Wook tersengih sambil merenung anak mata Jeongguk sebelum menyambung katanya.
"Jungwon, your patner in crime."
shit .
+
BANG ! BANG !
Jungwon mengalihkan pistol dari pandangannya melihat sasaran pelurunya. Dia mula mengisi peluru semula dan kembali mengacu pistol ke arah kertas lingkaran putih hitam 10 meter hadapannya.
tembak jungwon tembak !
Jungwon terpejam bila suara teriak itu berdesing di telinga. Dia menggenggam erat pistol dan cuba fokus.
tolong kakak, jungwon
Bawa akak pergi dari sini
Genggaman jungwon mula terketar walaupun matanya tajam melihat ke hadapan. Dahinya mula berkeringat dibiar mengalir ke pipi. Jantungnya juga berdegup laju sehingga jelas di gegendang telinganya.
insiden kakaknya ditembak mati masih segar diingatannya.
Jari telunjuk jungwon bergerak menekan picu. Dia ketepi segala bisikan yang menganggu kontrasisasinya. Dia perlu atasi semua ini kalau tidak, pekerjaannnya akan lesap seperti angin.
BANG !
Apabila tembakan dilepaskan, tiba-tiba muncul bayangan wanita depan matanya dan terkena tembakannya. darah mula membuak keluar dari abdomennya sehingga membanjiri lantai. pandangan jungwon turut jadi kabur dekkan air matanya yang bertakung.
Jungwon gelisah yang amat lalu melepaskan penutup telinga dan melangkah ke belakang ketakutan sehingga terjatuh ke lantai.
wanita itu mula bergerak mendekati jungwon menembusi pemisah antara dua tempat seperti roh.
"Jungwon-ah.. kenapa.." rintih wanita itu sambil memegang abdomennya yang dilumuri darah.
jungwon memejam matanya rapat seiring mendekatkan kedua lututnya ke dada.

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS II ' MYG
Fanfiction⚠️ H I A T U S 𝔀𝓱𝓮𝓷 𝓯𝓮𝓵𝓵 𝓱𝓮𝓪𝓭 𝓸𝓿𝓮𝓻 𝓱𝓮𝓮𝓵𝓼 , 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓼𝓽𝓸𝓹 𝓱𝓮𝓻 𝘵𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘢 𝘴𝘶𝘳𝘱𝘳𝘪𝘴𝘦 𝘸𝘩𝘦𝘯 𝘏𝘺𝘦𝘮𝘪𝘯 𝘩𝘰𝘭𝘥 𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳𝘴𝘦 𝘤𝘢𝘳𝘥 berhenti di dunia imaginasi kini kita lihat bagaim...