Flashback 7 years ago .
Rambut yang kemas disanggul diusap seketika.
Pin nama dicapai lalu dipinkan pada dada kirinya.Jeon Hyemin
(Jururawat)Dia mula tersenyum melihat dirinya dicermin. Inilah pekerjaan yang dia mahukan selama ini, bagi dia pesakit mental layak diberi perhatian setara dengan pesakit kanser.
Tak semua manusia fahami situasi dan keadaan mereka.
Tok ! Tok!
"min-ah! Kau dekat dalam ke?" soal rakan kerja dari luar.
"Yaa!"
Hyemin berlari keluar dari bilik on-call bersama fail pesakit ditangan. Choi Juhee hanya menggeleng kepala pada sahabatnya. Mereka sama-sama intern di Hospital Rosely.
"Nah, latte untuk kau. Kenapa kau tak balik? Bilik on-call ni nampak macam hotel 5 star ke? selesa betul kau bermalam kat sini?nak jadual kau penuh, tak pulak.." Omel Juhee panjang.
Hyemin cubit manja pipi Juhee. Pagi-pagi sudah membebel.
"Kau tahukan.. Ayah aku tak habis merajuk anak dia tak jadi professor. Kalau boleh bau aku pun dia tak mahu hidu dekat rumah tu tau! tapi tulah mama tak berenti telefon semalam risau sangat agaknya.." balas Hyemin sedikit mengendur sambil memandang sekilas skrin telefonnya.
Juhee mengusap belakang Hyemin.
"Mian , aku tak teringat pasal ayah kau..kesian mak kau, rehat makan nanti kau pergilah lunch dengan mama kau.. pape nanti aku cover kau okey?"
"gumawong, chiguyaa~" ucap Hyemin terharu dengan keperihatinan rakannnya.
•
Hyemin menolak pesakit bersama kerusi roda dibawah pokok rendang melihat halaman hijau yang lapang itu. Sesekali angin meniup membuatkan daun-daun berterbangan.
Hyemin menyangkung dengan sopan disisi roda sambil memegang tangan dingin Jungwon. Berlembutlah dahulu ambil hati pesakit sebelum membuka bicara.
Good communications and gentle is motto for Hyemin as a nurse.
"Jungwon-shhi, Min dengar awak skip makan ubat pagi tadi. Kenapa awak buat macam tu? Kata nak cepat-cepat keluar dari hospital.."
Mata redup milik Jungwon statik memandang depan tanpa berkalih. Dia tahu jururawatnya sedang memujuk tapi tak mau endah.
Sekali-sekala jadi tough boy sikit takpekan ?
"Aku tak percayakan orang lain." Jawabnya dingin.
"Tapi orang tu jururawat jugak. Kerja dia pun menjaga pesakit macam min juga..samakan?" Pujuk Hyemin tambah senyuman yang paling manis.
Jungwon melempar pandangan tajam kearah Hyemin tanda dia nafi dengan pernyataan jururawat khasnya.
"Salah! diorang cuma tau pesakit kene makan ubat, makan ikut masa, tidur cukup tuh je.. Aku tahu itulah tanggungjawab diorang tapi aku manusia ada hati dan perasaan! aku nak jugak berbual bergurau macam orang normal walaupun aku gi—"

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS II ' MYG
Fanfiction⚠️ H I A T U S 𝔀𝓱𝓮𝓷 𝓯𝓮𝓵𝓵 𝓱𝓮𝓪𝓭 𝓸𝓿𝓮𝓻 𝓱𝓮𝓮𝓵𝓼 , 𝓷𝓸 𝓸𝓷𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓼𝓽𝓸𝓹 𝓱𝓮𝓻 𝘵𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘢 𝘴𝘶𝘳𝘱𝘳𝘪𝘴𝘦 𝘸𝘩𝘦𝘯 𝘏𝘺𝘦𝘮𝘪𝘯 𝘩𝘰𝘭𝘥 𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳𝘴𝘦 𝘤𝘢𝘳𝘥 berhenti di dunia imaginasi kini kita lihat bagaim...