Sejam kemudian teksi yang dinaiki Geoun sampai dihadapan Hospital Jinhae.
"Baiklah cik sudah sampai..."ujar pemandu itu.
"Ah...kamsahamnida ini duitnya..."Geoun memberikan duit untuk tambang teksi itu. Kemudian dia turun dari teksi.
Dia berjalan menaiki tangga yang sedikit tinggi itu untuk masuk ke dalam hospital.
Geoun menuju terus ke arah lif yang berdekatan. Dia masuk lalu menekan butang bernombor 5T iaitu tingkat di mana suaminya ditempatkan di dalam bilik rawatan.
Ting!
Lif itu berhenti di tingkat 5T. Geoun keluar dan berjalan melalui koridor hospital itu. Dia berhenti di hadapan sebuah bilik. Pintu dibuka perlahan. Kelihatan satu tubuh manusia yang kelihatan kaku dan tubuh badannya penuh dengan wayar-wayar yang disambung pada mesin.
Geoun menarik kerusi supaya berada dekat dengan katil itu. Dia tersenyum sebaik sahaja melihat wajah manusia yang disayanginya itu.
"Sayang? Saya datang ni..."ujar Geoun. Dia terus duduk di kerusi. Wajah pucat seorang lelaki yang sedang terbaring di atas katil di sentuh perlahan. Rambutnya di elus lembut sambil menyebutkan satu nama di bibir.
"Junkyu...saya rindukan awak..." ujarnya. Tangannya menyentuh lembut wajah lelaki itu.
Tok! Tok!
Pintu bilik wad diketuk seseorang.Geoun automatik berdiri dan melihat seorang doktor masuk ke dalam bilik wad.
"Puan Geoun? Boleh saya bercakap dengan Puan di luar sebentar?" ujar doktor itu yang bernama Kim Doyoung. Geoun mengangguk lalu mengikut doktor itu.
Geoun berdiri berhadapan dengan Doktor Kim iaitu doktor yang ditugaskan untuk merawat suaminya Junkyu.
"Jadi doktor nak bercakap tentang apa ya?" tanya Geoun.
"Begini...tentang keadaan suami Puan..saya dan pihak hospital telah pun berbincang untuk tetapkan tarikh...dimana kami akan mematikan semua mesin yang disambungkan pada tubuh Encik Junkyu...jika tiada tanda² suami puan akan sedar dari koma... jadi saya berharap Puan bersedia..." terang doktor Kim. Geoun mengerutkan dahinya. Tidak memahami apa yang dikatakan oleh doktor Kim.
"Sekejap? Maksudnya saya terpaksa relakan suami saya mati? Macam tu ke?" ujar Geoun. Dia menjadi emosi. Dia tahu Junkyu akan sedar.
"Bukan begitu Puan...kami sangat berharap suami Puan akan sedar sebelum kami berbuat demikian...namun jika sudah takdir...Puan hanya perlu melepaskan dia pergi...kami hanya lakukan tugas kami sahaja...itu sahaja dari saya..."ujar doktor Kim. Dia menundukkan kepala kepada Geoun dan berlalu pergi.
Tubuh Geoun tersandar di dinding. Kata-kata doktor itu membuatkan hatinya sakit. Sangat sakit untuk melepaskan Junkyu pergi. Namun jika takdir telah pun tertulis dia perlu relakan hatinya.
Sudah 2 bulan lebih Junkyu terbaring di situ dan tanpa ada tanda-tanda gelombang otaknya akan menunjukkan perbezaan. Geoun berasa buntu apabila memikirkan hidupnya tanpa ada sang suami disisinya nanti.
Maaf jika fanfic nampak pelik bila baca😔
Kita tak tau ayat doktor meh😔✋
Main hentam je😭✋
Enjoy baca fanfic ni😆💜
Jangan lupa vomment tau😁Random tag🙈(sorry klau tak suka tak payah baca pun takpe😁)
YOU ARE READING
Sampai Menutup Mata~Kim Junkyu
FanfictionSisa hidup terakhir ku yang paling bahagia buat diri aku