Beberapa jam selepas itu. Jam menunjukkan 12 tengah hari.
Sudah masa untuk rehat dan makan tengah hari buat pekerja di sana.Doktor Kim sengaja berjalan disepanjang koridor yang menuju ke bilik Encik Junkyu sementara sudah masuk waktu rehat. Dia mahu melihat keadaan Encik Junkyu sebentar.
"Eoh, Sera? Kamu tak pergi makan? Dah masuk waktu rehat ni..."ujarnya pada Sera kerana melihatnya masih lagi melakukan kerja di tempatnya. Umji pula telah pergi ke kafe untuk makan.
"Takpelah saya tak lapar pun...tadi doktor kata nak buat pemeriksaan pada pesakit doktor kan?"kata Sera.
"Saya pun nak buat sekarang cuma takut kamu sedang berehat...jadi ini laporan kesihatannya...kamu cek semua perkara dibawah ya?"ujar Doktor Kim. Sera menangguk faham.
Mereka berdua berjalan ke bilik wad di mana Junkyu ditempatkan. Pintu diketuk beberapa kali lalu dibuka perlahan.
Tok! Tok!
Kelihatan Geoun sedang tertidur di sisi katil suaminya. Doktor Kim dan Sera tidak mahu mengejutkannya jadi mereka membiarkannya tidur di situ.
"Kamu periksa ini ya..." arah doktor Kim. Sera segera memeriksa mesin yang bersambung pada tubuh Junkyu.
Semua yang bacaan yang ditunjukkan mesin tersebut kelihatan normal dan baik.
"Doktor semuanya nampak normal...bacaan nadi semua baik..."kata Sera. Doktor Kim menangguk.
"Sera, kamu tunggu di sini sekejap ya? Saya ada sesuatu nak selesaikan..."ujar Doktor Kim terus berlalu pergi. Sera hanya menangguk sambil mencatat bacaan nadi dan keputusan normal yang terpapar di mesin.
Suasana menjadi sunyi membuatkan Sera menjadi kekok di situ tidak tahu mengapa. Sesekali dia melihat Geoun yang langsung tidak bergerak dan tidurnya sungguh nyenyak sekali membuatkannya merasa pelik.Sera memberanikan diri dan cuba untuk mengejutkan Geoun yang sedang tidur.
"Puan Geoun? Puan?..." Sera menyentuh bahu Geoun dan menepuk perlahan beberapa kali. Namun tiada respon yang Puan Geoun berikan. Tiada langsung tindakan yang memperlihatkannya akan terbangun dari tidur.
Jari telunjuk nya diletakkan dibawah lubang hidung Puan Geoun untuk merasa nafas. Namun Sera terkejut apabila jarinya langsung tidak merasa nafas daripada Puan Geoun. Dia segera memeriksa nadi Puan Geoun. Ya, tiada langsung degupan nadi terhasil.
Sera segera keluar dari bilik itu dan segera memanggil Doktor Kim.
Kelihatan Doktor Kim sedang berbual dengan seorang doktor yang lain.
"Doktor? Puan Geoun tak sedarkan diri...saya perlukan bantuan doktor...haaa..haa..haa"ujar Sera yang kehilangan nafas akibat berlari.
"Apa maksud kamu ni? Kenapa dengan dia?"kata Doktor Kim. Sera mengambil nafas panjang sebelum menarik tangan Doktor Kim dan berlari menuju ke bilik wad Junkyu.
Doktor Kim segera memeriksa keadaan Geoun dan ternyata Geoun sedang tidak sedarkan diri. Geoun segera dibawa ke bilik I.C.U untuk dirawat.
"Kita perlu pindahkan Puan Geoun ke bilik I.C.U dengan segera?!"ujar Doktor Kim.
☆☆☆
Ibu Geoun dan ibu bapa Junkyu tiba di hospital beberapa minit selepas jururawat menelefon ibu Geoun untuk datang ke hospital.
Ibu Geoun duduk dikerusi yang sediakan dihadapan bilik I.C.U sambil kedua-dua telapak tangannya digenggam erat berharap Geoun baik-baik sahaja.
Ibu Junkyu iaitu Puan Kim terus menerus menenangkan ibu Geoun.
Hampir sejam lebih menunggu akhirnya doktor Kim berjalan keluar dari bilik I.C.U dan berjumpa keluarga pesakit.
"Puan Lee? Boleh saya berjumpa dengan keluarga kepada Puan Geoun?"ujar Doktor Kim. Ibu Geoun segera berjalan ke arah Doktor Kim lalu tangannya mencapai kedua-dua telapak tangan Doktor Kim lalu digenggam erat.
"Anak saya macam mana doktor? Dia tidak apa-apa kan? Geoun saya baik-baik sahaja kan...doktor?"ujar ibu Geoun. Wajahnya benar-benar mengharapkan keadaan anaknya baik-baik sahaja.
"Maafkan saya...pesakit telah disahkan meninggal dunia...penyakit yang di diagnosis berpunca daripada kepenatan yang teramat dan tekanan stres..."ujar Doktor Kim. Ibu Geoun terkejut mendengar berita tersebut. Dia hampir-hampir pengsan. Seperti jiwanya telahpun musnah apabila anak tunggal kini telah pergi buat selamanya.
Ibu bapa Junkyu sebak mendengar berita kematian Geoun. Mereka juga mengalirkan air mata. Ya, menantu mereka telah pergi buat selamanya. Sebelum ini Geoun hanya menghabiskan masanya buat Junkyu satu-satunya anak lelaki mereka yang mengalami kemalangan dan di rawat dihospital sehingga kini.
Kini Geoun bidadari yang akan menjaga anak lelaki mereka telah tiada.
YOU ARE READING
Sampai Menutup Mata~Kim Junkyu
FanfictionSisa hidup terakhir ku yang paling bahagia buat diri aku