"Ayah nak balik kampung ni nak kawin"
Terngiang-ngiang kata-kata ayahnya di fikiran Alif. Entah betul entah tidak. Tersenyum Alif memikirkan ayahnya. Bagi Alif, jika betul pun apa salahnya.
Yang pasti, ayahnya menyerahkan bulat-bulat operasi syarikat kepadanya selama 2 minggu. Alasan ayahnya hendak berkahwin seakan satu jenaka bagi Alif kerana langsung tiada perbincangan antara mereka dua beranak. Tetapi jika benar, tidak mengapalah bagi Alif kerana sudah setengah tahun ayahnya menduda kerana kematian ibunya.
Sebaik tiba di banglo bapanya, Alif lihat Mercedes bapanya sudah ada di garaj. Alif tersenyum, takkanlah sehari saja balik kampung kalau benar ayahnya berkahwin.
Namun sebaik pintu dibuka, Alif terkejut kerana melihat mak Som menyambut dirinya.
"Ehh... Mak Som.. apa mak Som buat kat sini?" Tanya Alif yang kemudian menghulurkan tangan ingin bersalaman.
"Alif... Itulah mak baru Alif" suara ayah yang sedang menonton tv membuatkan Alif tercengang kebingungan.
Berbagai tanda tanya bermain di minda Alif. Mengapa mesti mak Som? Mengapa ayahnya memilih mengahwini sepupunya sendiri yang menurut perkiraan Alif, masih isteri orang itu?
"Som.. buatkan Alif air.. saya nak berbual kejap dengan anak tiri awak ni..." Arah ayahnya kepada mak Som.
"Alif kenalkan mak Som? Tahukan dia sepupu ayah?" Tanya Radzi kepada Alif.
"Kenal sangat.. diakan sedara kita.. cuma.. bukan ke mak Som masih isteri orang?" Tanya Alif.
"Dia dah bercerai 3 bulan lepas. Semalam edahnya tamat dan hari ni kami menikah..." Jawab Radzi.
Alif faham. Rupa-rupanya mak Som yang merupakan sepupu ayahnya itu sudah pun bercerai. Tetapi mengapa mesti mak Som? Apa dah tiada perempuan lain ke?
Selesai berbual dengan ayahnya, Alif pun masuk ke biliknya. Terus Alif menghubungi rakannya di kampung.
"Waalaikumsalam... Sihat?" Tanya Osman.
"Sihat... Man.. aku nak tanya pasal bapak aku tu.. kau tahu tak pasal dia kawin dengan mak Som?" Tanya Alif.
"Tahu sangat. Kenapa? Kau tak tahu ke?" Tanya Osman.
"Serius aku tak tahu. Ni baru tahu ni bila dah nampak mak Som depan mata tadi... Apa cerita sebenarnya? Bukan ke mak Som tu bini orang? Bila dia cerai?" Tanya Alif.
"Lep.. cerita pasal bapak kau kena tangkap basah dengan mak Som pun kau tak tahu ke?" Tanya Osman.
"Tangkap basah? Ehh.. bila? Sial la aku tak tahu langsung..." Kata Alif.
"Adoi Leppp.. Lepp... Pandai betul bapak kau cover line ye... Dia kena tangkap basah dalam 3-4 bulan lepas.. aku pun cuma dengar cerita je.. tapi kalau dah semua orang cerita benda yang sama, maknanya betul la tu.." terang Osman.
"Ha cerita sikit... Aku memang betul-betul blur gila ni... Terkejut siot balik kerja tetiba mak Som yang sambut aku..." Kata Alif.
"Ha ha ha ha.. oklah tu.. mak Som tu kan modal lancap kau dulu.. kah kah kah!" Suara Osman ketawa kuat menerajang pendengaran Alif.
"Siot kau.. eh ceritalah apa yang kau tahu.. please..." Pinta Alif.
"Ok aku tak tahu betul atau tak.. tapi camni la yang aku dengar dari mulut beberapa orang kat kampung ni... Laki sepupu bapak kau tu balik kerja kantoikan bini dia tengah mendoggie dengan bapak kau kat dapur... Kat situ juga kena cerai talak 3.. malam tu juga bapak kau bawak dia balik ke bandar... Eh.. aku ingatkan kau tahu.. abis selama beberapa bulan ni mak Som tu tinggal mana?" Tanya Osman.
"Manalah aku tahu Man... Kat hotel kot..." Jawab Alif.
"Mungkin kot.. tapi camtulah ceritanya... Dah ramai yang cerita nampak kereta bapak kau parking kat laman rumah mak Som tu.. sekali kantoi.. untunglah kau.. modal lancap kau dulu dah jadi mak tiri kau.. ha ha ha!" Osman ketawa, namun Alif masih lagi tidak dapat menerima kenyataan.
YOU ARE READING
Konspirasi Cinta
RomanceKembalinya Dato' Radzi yang menduda ke kampung untuk berkahwin telah mengejutkan anaknya, Alif. Kerana wanita yang Dato' Radzi kahwini adalah sepupunya sendiri, wanita yang menurut pengetahuan Alif masih bersuami. Bagaimanakah ianya boleh terjadi?