09 | Sword, Blood and Memories

742 73 13
                                    

Javier kaku di tempatnya lalu menoleh ke arah Jayden yang berada di sisinya. Kembarnya itu hanya menepuk bahu lembut seolah memberi sokongan kepada Javier. Anak matanya beralih ke arah Alessia yang sudah berdiri di tengah-tengah padang sambil memutarkan pedangnya. Senyuman mengejek terukir di bibir gadis itu.

“ Javier? Sila ke depan. We don't have everyday, right? ” arah Nicholas bersama senyuman nipis sambil menunjuk ke arah Alessia.

“ Entáxei. (Alright.) Ini cuma latihan dan bukannya yang betul. Kenapa kau nak gugup sangat? ” bisik Javier sambil melangkah menuju ke tengah padang bersama pedang ditangannya.

Mereka berdua mengambil posisi sementara menunggu wisel dibunyikan oleh Nicholas. Genggaman tangan Javier pada pedang itu sangat kuat saat Alessia merenung wajahnya. Sebaik sahaja wisel ditiup Alessia terus menyerang Javier menggunakan kemahiran pedangnya. Tindakan Alessia membuatkan Javier bertambah gugup sehingga fikirannya kosong. Namun, dia tetap cuba untuk melawan Alessia.

Semakin dia cuba untuk membalas, semakin kosong fikiran seolah dirinya tidak pernah memegang pedang sepanjang hidupnya. Javier menahan sakit kerana tapak tangan, betis dan dahinya terluka ulah Alessia. Wajah kacak dan berkulit putih salju itu mulai ditambah dengan warna merah darah. Hal itu membuatkan Jayden mahu memberhentikan latihan pedang pada waktu itu juga.

“ Nicholas! ”

“ Jayden sabar ingat peraturan. ” halang Ethan Vincent Lee—salah seorang ahli kumpulannya dan kawan baik kepada Jayden. Mahu tidak mahu Jayden kekal di tempatnya. Benar kata Ethan, peraturan tetap peraturan.

Dari tempat dia berdiri dia dapat melihat senyuman sinis dan mengejek milik Alessia. Jayden yang melihat itu tidak boleh mendiamkan diri saat pipi adik kembarnya terluka. Setajam apakah mata pedang Alessia sehingga luka itu menghasilkan banyak darah? Jari Javier menyentuh luka itu lalu memandang Alessia, perasannya bercampur baur dan degupan jantungnya meningkat.

Sekali lagi Javier cuba membalas namun kepalanya mulai pening—seolah ada bunyi bingit yang sangat kuat di telinga Javier. Pedang Javier dipegang oleh Alessia lalu sekelip mata pedang itu bertukar tangan. Dan Javier disiku tempat di hujung bibir sebelum kakinya hilang imbangan dan jatuh. Kali ini ada denyutan kuat di kepalanya membuatkan rasa sakit mulai muncul.

Bermacam-macam suara dan bunyi dapat Javier dengar di dalam fikirkannya. Suara tawa, marah dan tangisan.

“ Mahir atas katil tapi tak mahir bermain pedang. And you dare to introduce to everyone that you're Son of Poseidon? You should be ashamed to yourself, Caspian. ” ujar Alessia yang mahu mencucuk pedang itu ke dalam tanah, tepat disebelah wajah Javier.

Namun ada suara Jayden memberhentikannya, “ Alessia, stop!

“ Bunuh dia! Penggal kepala dia! ”

“ Dasar penggoda! ”

“ Dia tak layak untuk hidup! ”

“ Kami tak mahu perosak rumah tangga orang di sini! ”

Suara-suara orang kampung yang bersorak saat melihat seorang wanita berumur kira-kira 30-an diikat pada tiang. Mata wanita itu ditutupi dengan sebuah kain hitam bersama raut wajah yang sangat takut dengan apa yang akan terjadi kepadanya. Pipinya sudah dibasahi dengan air matanya sendiri dan ada beberapa kotoran tanah. Bibirnya bergetar sambil berdoa agar dirinya dapat diselamatkan.

Disebalik kerumunan manusia itu, jauh di dalam hutan lebat itu ada dua orang budak lelaki yang turut sama melihat kejadian itu. Jayden dan Javier, namun tangan si abang menekup mulut si adik yang sedang menangis pilu itu. Javier yang sudah menangis sejak Mamanya ditangkap itu cuba ditenangkan oleh Jayden namun gagal. Kembar lain ibunya itu tidak henti-henti menangis meminta Mamanya dilepaskan.

LACUNA | 제이크Where stories live. Discover now