TW : Teasing
“ Tryjng to escape from me, darling? Nampaknya kau punya kepandaian dalam kelas tak boleh diguna-pakai dalam keadaan macam ini, ya? ” ujar Jayden bersama senyuman sinisnya.
“ Stop calling me darling! ” balas Evelyn lalu mengetap rahangnya.
Dirinya rasa seperti mahu melawan namun dia tidak dapat melawan kekuatan si darah kacukan itu. Tambahan pula dengan posisi yang seperti ini dia tidak boleh menolak lelaki itu untuk menjauh. Ah, geram sungguh hatinya saat melihat senyuman mengejek milik Jayden.
“ Alright, darling. ” jawab Jayden santai dan itu membuatkan rasa geram di dalam diri Evelyn semakin memuncak dan tambahan pula wajah lelaki itu tersangatlah dekat. Jika dia mahu, hidung mancung itu digigitnya. Mungkin Evelyn akan melakukannya kerana dia tidak peduli. Sangat tidak peduli jika Jayden mahu marah kepadanya.
Semua orang tahu akan sejarah di antara Athena dan juga Poseidon. Dua orang yang tidak pernah seteru dan sering bergaduh tentang hal-hal tidak berfaedah. Bahkan selepas mereka berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, mereka memberitahu anak mereka akan permusuhan antara dua keluarga itu.
“ Jangan pernah atau kalah dengan keturunan mereka. Mama tak pernah ajar kamu untuk kalah, Alcina. ” pesan mamanya sejak dirinya kecil lagi.
“ Ehem—dah puas tenung? Aku tahulah yang muka aku kacak tapi jangan lama sangat tenung. Malulah aku! ” kata-kata Jayden yang membuatkan lamunan Evelyn terhenti.
Anak mata mereka bertemu dan itu telah berjaya mengubah suasana bilik tersebut. Lengan Evelyn diusap lembut sementara anak matanya turun ke bibir merah milik gadis itu. Rasa untuk memagut dan mencium bibir itu semakin membuak-buak di dalam diri Jayden. Jika tidak memikirkan yang dirinya hanya akan dibelasah oleh Evelyn sudah lama bibir itu dicium.
Jayden sudah lama menyimpan perasaan terhadap Evelyn—sejak mereka kecil lagi. Namun disebabkan oleh Poseidon dan Athena tidak mempunyai hubungan yang baik dia terpaksa menyimpan perasaan itu. Jayden cuba untuk menghapuskan perasaan itu namun tidak berhasil. Saat Jayden pindah ke universiti sebagai pensyarah baharu dia terkejut melihat gadis pujaannya di dalam kelasnya.
“ Alcina, may I kiss you? ” soal Jayden lembut bersama pandangan yang redup.
“ What?! ”
•
•
•
Kesal—itu yang dia rasakan sekarang. Evelyn mendengus lalu memeluk tubuhnya yang tersarung jubah mandi hotel. Mereka berdua masih lagi di atas katil namun kali ini Jayden dengan santai berbaring manakala Evelyn mahu mengeringkan tubuhnya. Jayden memandang Evelyn sekilas dan ketawa kecil melihat wajah masam gadis itu.
Sebentar tadi berlaku pergaduhan antara mereka berdua iaitu bergelut di atas katil. Evelyn dapat melepaskan dirinya namun Jayden lebih bijak—menggunakan kuasanya iaitu mengawal pergerakan air. Sekelip mata sahaja tubuh Evelyn sudah basah kuyup ulah Jayden.
“ Siapa suruh tipu aku? Kau fikir aku tak tahu ke yang kau nak larikan diri? Kan dah susahkan diri sendiri nak keringkan baju. Kau tidur sini ja lah dengan aku. ” arah Jayden lalu turun dari katil dan menuju ke almari pakaian.
“ Tak nak. Aku tak nak tidur sebilik dengan kau! Aku lagi sanggup basah kuyup dari tidur dalam bilik yang sama dengan kau! ” balas Evelyn dengan penuh benci tidak lupa raut wajahnya yang turut memainkan peranan.
Bibir Jayden mengukir senyuman penuh rahsia dan jarinya mula membuka satu per satu butang kemejanya. Dengan penuh santai Jayden menanggalkan kemeja itu dari tubuhnya dan membuatkan Evelyn yang masih lagi memandangnya menjadi terkejut. Tubuh tegap dan bahu lebar itu menyapa anak mata Evelyn.
YOU ARE READING
LACUNA | 제이크
FantasíaLacuna ; (n.) a blank space or a missing part [ Jake Alaris Lewis. ] Anak kepada Hades, God of Underworld. Kehidupannya sebagai anak berdarah kacukan itu membuatkan dirinya menjadi bakal pemerintah Underworld seandainya dia bertemu dengan belahan j...