0 1

5 3 0
                                    


Siap mengenakan tudung bawal sekolah, tangannya naik membetulkan awning tudung.
Apabila sudah puas dengan penampilannya, dia menapak keluar dari bilik sambil mengalas beg sekolah.

Dia turun ke bawah sambil bernyanyi kecil. Ada senyuman kecil dibibirnya apabila melihat susuk tubuh mama tirinya sedang menyiapkan breakfast membelakanginya. Dengan perlahan dia melangkah ke arah mama tirinya sebelum memeluk tubuh tua itu.

Terperanjat wanita tua itu dibuatnya. Lengan anak tirinya ditampar halus selepas mengurut dada.

" Nur Qaireen Alisa ni nak dengan mama ni kan" Puan Shaniena menggeletek ketiak anak tirinya, pantas Alisa mengelak dengan ketawa halus.

Puan Shaniena meletakkan pisau roti yang digunakan untuk menyapu jem pada roti lalu menyuruh Alisa itu duduk sarapan.

Walaupun Alisa itu anak tirinya dia tidak pernah membenci anak itu malah menyayangi seperti anak kandung. Begitu juga dengan Alisa.

" Abah mana ma?" Alisa menyoal sebelum menghirup air teh.

" Ada lagi kat dalam bilik tu, ulang alik masuk toilet tu hah" Alisa ketawa halus mendengar jawapan mama tirinya. Abah tak minum milo.

" Aish, abah tu kan Ma dari dulu lagi setiap pagi mesti tandas dulu yang dicarinya" ujaran Alisa mengundang tawa Puan Shaniena. Mereka berdua ketawa sebelum ada suara yang menyapa.

" Amboi seronok ye gelakkan abah kamu ni" celah Encik Amir yang baru turun itu.

" Hehehe gurau je abah, hmm okay lah Lisa gerak dulu eh Ma hari ni first day tak nak lambat" Alisa menghulurkan tangannya itu bersalam dengan mama tirinya. Puan Shaniena menyambut baik serta menghadiahkan ciuman ringkas di pipi anak tirinya.














Sampai sahaja di sekolah, Alisa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abahnya pula.

" Ni ingat tahun ni awak tu SPM tau, belajar elok-elok kat sekolah jangan asyik nak menggeliat je kerjanya ye" pesan Encik Amir mengusap kepala anak perempuan nya.

" Ye Lisa tahu, Lisa keluar dulu" Alisa menapak keluar lalu pintu kereta ditutup perlahan. Alisa melambaikan tangan pada abahnya yang sudah bergerak pergi.














"Babe!"

Alisa terkejut apabila tubuhnya dipeluk dari belakang. Pusing kebelakang rupa rupanya rakan baiknya,Izyan yang memeluknya.

" Weh rindu gila kat kau" Izyan mencium pipi Alisa bertalu talu. Pantas Alisa mengelak daripada dicium lagi.

" Kau ni kan! habis air liur kau kat pipi aku" Alisa mendengus sambil mengelap tempat ciuman rakan baiknya.

" Ala sorry aku tak dapat kawal tadi, rindu sangat" Izyan tersengih. Lengan Alisa pula dipeluknya mengajak untuk naik ke kelas.















Alisa mengeluarkan buku sejarahnya. Sambil menunggu cikgu, Alisa berpusing ke arah Izyan yang duduk ditengah-tengah. Manakala dia ditempatkan di sebelah kanan bersebelahan dinding dan seorang lagi rakan baiknya, Bella duduk disebelah kiri.

" Weh korang ada cerita best tak? aku bosan ni "
Alisa menyoal dua rakan baiknya itu. Izyan mengangguk dengan senyuman lebar.

" Ada! aku rindu sangat dekat korang " beritahu Izyan seraya menggenggam tangan Alisa dan Bella. Alisa menarik semula tangannya manakala Bella hanya membiarkan. Ada sebab tersendiri.

" Kau ni tak habis-habis rindu, hari-hari kot kita chat takkan rindu lagi" Alisa menjeling rakan baiknya. Izyan hanya tersengih.

" Oh Lisa kau nak tau tak? crush kau dah jadi ketua pengawas " Bella memberitahu berita itu dengan nada teruja. Bella mengerling sekilas pada Izyan apabila genggaman tangan mereka terasa longgar.

" Weh yeke? mesti dia happy" Alisa menepuk tangannya berulang kali. Wajahnya teruja tak terkata, walau bukan dia yang dapat gelaran itu tapi tetap teruja.

Izyan menggulingkan mata ke atas. Dia berpusing ke belakang mengambil buku teks sejarah di dalam beg

Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi murid berlari duduk di tempat masing-masing apabila guru mereka mula masuk ke dalam kelas.

" Selamat pagi semua "

T B C 

Jiwa yang ku pujaWhere stories live. Discover now