Tanpa adanya angin, tanpa adanya hujan, kau biarkan aku sendiri ditemani pilu.
Tanpa rasa berdosa, tanpa rasa bersalah, kau biarkan aku mati.
Mungkin mulut kamu sudah lama berbuih mendoakan pemergian ku.
Oleh kerana itu kau biarkan aku terbiar di sisi jalan dan melihat dari jauh lalu menanti.Dari jauh kau melihat aku dalam diam,
Sambil mulut terkumat-kamit mengatakan "MATI!!! MATI!!! MATI!!!".
Hatimu mula resah melihat aku masih bernafas, nyawa masih bertahan, jiwa tidak mahu lepas.Dari jauh kau berasmara dibelakang ku, sambil tersenyum melihat aku kesakitan.
Adakah terlalu hina aku menjadi seorang aku? Apakah kau tidak lagi mahu bersama-sama memperbaiki segala janji yang pernah kita janjikan?Nampaknya kau sudah ada tempat baru untuk melepaskan nafsumu. Dia lebih dekat lalu mudah untuk ada disitu bersama kamu.
Sekali lagi,
Aku ditipu oleh kau suri.Sila jawap pertanyaan ku ini,
Apa sebenarnya niat kamu terhadap aku.