Tenang

47 0 0
                                    

Akhirnya kau nyatakannya,
Yang perasaan mu kembali tenang semula.

Nafasmu kembali tenang menghirup udara,
Hatimu hidup semula.

Dan ketenangan itu,
Kau dapat tanpa aku.

Boleh jika aku mahu bertanya?
Adakah kau rindukan aku?

Kerana hari ku mula kelam tanpamu,
Mimpiku dipenuhi senyumanmu.

Tapi,
Itulah realiti.

Dimana kau makin tenang tanpa ku,
Kau berhasil jatuhkan aku.

Terima kasih suri,
Fikiran ku mula berbisik pada telinga ini yang kau akan pergi.

Biarkan aku berselimutkan rindu,
Biarkan aku kembali pada fikiranku yang dulu.

Akan aku matikan segala rasa,
Hanya untuk kau kembali bersama.

luahanWhere stories live. Discover now